KUALA KANGSAR – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan balak di KM256 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Lotfi Abd Latib, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Azizan Hassan berkata, siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 56 tahun berada di lorong kiri menuju ke arah utara.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang lori muatan barang kurier yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang kenderaannya dan mengenai muatan balak.
“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk hadapan. Mangsa yang dikeluarkan oleh anggota bomba disahkan meninggal dunia,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan saringan COVID-19, lapor SINAR HARIAN
“Pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Gambar: Bomba
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Dua daripada tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah bot karam di perairan Kuala Besar di sini ditemui selamat selepas hampir 19 jam terapung di lautan.
Dua mangsa, Mat Awang@Jali, 54, dan Mat Harun Mohd. Nor, 55 yang turun ke laut untuk mencandat sotong ditemui kira-kira pukul 3 petang tidak jauh daripada lokasi bot mereka karam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kedua-dua mangsa ditemui sedang berpaut pada sebuah kotak di fiber di tengah-tengah laut.
“Kedua-dua mangsa yang selamat dibawa mendarat ke Jeti Pantai Sabak dekat Pengkalan Chepa di sini, lapor KOSMO online.
“Mangsa akan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Menurut Abd. Rahim, setakat ini, seorang lagi mangsa, Zulshahmin Danial Zulazman, 26, masih belum ditemui.
Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dijalankan dan akan bersambung semula pagi esok sekiranya masih belum ditemui sehingga lewat petang ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KRI NANGGALA 402 DISAHKAN TENGGELAM PADA KEDALAMAN 850M
JAKARTA – Panglima Tentera Hadi Tjahjanto Dan Ketua Angkatan Laut Tentera Indonesia, Yudo Margono, memgesahkan Kapal Selam KRI Nanggala 402 tenggelam di Perairan Sebelah Utara Bali.
Serpihan dan barangan dari dalam kapal selam itu di temui tidak jauh dari lokasi kontak terakhir dibuat dengan Nanggala 402.
Yang ditemui antaranya, sebahagian badan kapal selam, minyak dan sejadah
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN SERAI – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia setelah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Merah malam tadi di sini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Mohd Izzul Farhan Mohd Nayan, 34, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dari Tebuk Panchor menghala ke arah Lembah Beriah.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang secara sendirian itu dipercayai telah hilang kawalan serta gagal mengawal motosikalnya sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Motosikal mangsa telah melanggar bahagian sebelah kanan kereta Perodua Bezza yang di pandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun, lapor KOSMO online.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak ke tengah jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mazuki, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk tujuan bedah siasat dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Video/gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENAMPANG – Seorang lelaki warga emas maut dipercayai dihempap dahan pokok sewaktu melakukan kerja pembersihan kebunnya di Rugading Kibambangan kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia 69 tahun dikatakan sedang memotong dahan di kawasan berkenaan bersama anaknya sebelum dihempap pokok berkenaan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa sedang menebang dahan kayu.
“Bagaimanapun, tiba-tiba dipercayai sebatang dahan telah jatuh dan terkena kepala mangsa mengakibatkan mangsa menjerit kesakitan serta meminta tolong.
“Anak mangsa kemudiannya segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang menerima panggilan kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Haris berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika cuba dibawa keluar daripada kebun terbabit, lapor KOSMO online.
“Siasatan awal mendapati mangsa sudah berada di kebun itu selama seminggu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI DITEMUI LEMAH DI PAYA BAKAU DIKENAL PASTI WARGA MYANMAR
KEMAMAN – Identiti lelaki yang terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam kira-kira 0.3 meter di Kampung Injin Gergaji, Chukai pada kelmarin dikenalpasti sebagai Kyi Htut Naing, 37.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan warga Myanmar yang bekerja di sebuah kedai tayar di bandar Chukai di sini.
“Pengecaman telah dilakukan majikannya setelah fotonya yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia tersebar di media sosial.
“Berdasarkan keterangan majikan mangsa, lelaki itu sudah dua hari tidak bekerja dan pulang ke rumah pekerja yang disediakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Hanyan berkata, Htut Naing didakwa mengalami masalah kemurungan beberapa hari sebelum menghilangkan diri.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Hospital Kemaman masih belum sedarkan diri.
Kosmo! hari ini melaporkan seorang pemancing terkejut selepas terserempak dengan seorang lelaki tidak bermaya dan hanya berseluar dalam di dalam lumpur tebal di kawasan paya bakau tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUA MUSANG – Selepas 24 jam nahas melibatkan sebuah treler balak terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang di sini, mayat pemandunya ditemui tersepit di ruang penumpang kenderaan berat itu hari ini.
Mangsa, Kamarulzaman Sallehuddin, 33, yang berasal dari Padang Rengas, Perak ditemui dalam kenderaan itu kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu telah berjaya membawa naik bahagian kepala treler balak berkenaan menggunakan dua buah kren bermula pukul 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.
Katanya, anggota bomba yang bertugas mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang dipercayai terperangkap di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, lapor KOSMO online.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEGEMBIRAAN BERKELAH BERAKHIR DUA PELAJAR UMP LEMAS
KUANTAN: Kegembiraan sebelas orang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkelah di Air Terjun Sungai Pandan berakhir dengan dua daripadanya lemas kira-kira jam 1.45 petang, semalam.
Dua mayat penuntut UMP yang lemas itu A Sharvin Ananth, 24, berasal dari Skudai, Johor, 24 dan Goobi, 23, dari Karak, Bentong, Pahang, masing-masing ditemui pada jam 3.10 petang dan 3.37 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian lemas di air terjun itu pada jam 1.45 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati dua mangsa mandi di air terjun sebelum itu gagal timbul di permukaan bersama Sembilan lagi rakannya.
“Mayat mangsa itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota polis dengan bantuan 14 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sementara menunggu bantuan Unit Selam Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang tiba.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang menghadapi tekanan dalam pembelajaran nekad terjun daripada tingkat tiga bangunan sekolahnya di Tanjong Karang di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, pelajar berusia 15 tahun itu patah tulang belakang dan kaki kanannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati pelajar itu hadir ke sekolah pukul 7 pagi dengan kelasnya berada di tingkat tiga bangunan tersebut.
Katanya, setengah jam kemudian remaja itu telah keluar kelas dan melompat melalui koridor bangunan.
“Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini mempunyai tekanan dalam pembelajaran dan tidak mampu menahan tekanan itu lagi sebelum nekad terjun.
“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi,lapor KOSMO online.
Ramli menambah, pelajar itu yang patah tulang belakang dan kaki kanan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
Ujar beliau, remaja itu kini masih berada di unit kecemasan HSB telah disimen di bahagian pinggul sehingga dada selain menjalani pemeriksaan ujian imbasan (CT-Scan).
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAMAN – Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemaman menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam 0.3 meter di Sungai Kemaman, Kampung Enjin Gergaji di sini pada Rabu.
Mangsa berusia awal 20-an dan hanya berseluar dalam dijumpai terlentang dalam keadaan menggigil akibat kesejukan oleh penduduk kampung yang hendak menangguk udang di lokasi berkenaan.
Difahamkan, individu yang menjumpai mangsa ternampak lambaian tangan mangsa dari jauh yang pada mulanya disangkakan biawak, sebelum menghubungi pasukan bomba.
Ketua BBP Kemaman, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Hasbullah Halipah berkata, seramai lapan anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, kelihatan mangsa yang dibaluti lumpur seluruh anggotanya dalam kepenatan dan sedang menggigil mungkin kesejukan.
“Kita sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mangsa semasa itu kerana dia memang tidak boleh bercakap dan seolah-olah dalam kebingungan serta trauma.
“Melihat keadaan mangsa ketika itu, kita percaya mungkin dia sudah terperangkap di lokasi lebih dua jam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Mohd Hasbullah yang merupakan ketua operasi berkata, anggaran jarak antara lokasi mangsa terperangkap dengan kawasan darat adalah lebih kurang 50 meter sahaja.
“Kita dimaklumkan oleh penduduk setempat yang lokasi berkenaan hanya dikunjungi penduduk yang hendak menjalankan aktiviti mencari lokan, udang dan lain-lain hidupan dalam paya bakau.
“Penduduk setempat dan kampung berhampiran turut memberitahu mereka tidak mengenali mangsa. Jadi kita percaya mungkin mangsa adalah orang luar atau kampung lain yang berhampiran,” ujarnya.
Jelas Mohd Hasbullah, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dibawa ke Hospital Kemaman bagi rawatan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, identiti sebenar lelaki itu masih belum dikenal pasti kerana mangsa masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kemaman, lapor HM online.
“Saya memohon kerjasama kepada orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ada maklumat mangsa agar tampil ke balai untuk membantu siasatan.
“Saya difahamkan gambar mangsa juga sudah ditularkan di laman sosial selepas penemuannya sejak malam Rabu untuk mencari sesiapa sahaja yang mengenali mangsa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!