KUALA SELANGOR – Mendapan jalan sepanjang 100 meter berlaku di Jalan Merbau di sini hari ini.
Pemendapan tanah sedalam 1.3 meter itu dikesan Jabatan Kerja Raya ( JKR ) daerah ini pukul 12 tengah hari tadi.
JKR Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku susulan kegagalan struktur tanah di lokasi kejadian.
Katanya, Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan susulan penutupan jalan kepada semua lalu lintas, lapor KOSMO online.
“Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif di persimpangan Jalan Rizab Hj. Ali – Jalan Rezab Masjid – Jalan Rizab Yaakob,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KERJASAMA SEMUA BERJAYA SELAMATKAN RUMAH TERBAKAR DI SUNGAI RETANG
JERANTUT: Sebuah rumah peneroka Felda terbakar hampir kira-kira 60 peratus di Felda Sungai Retang, dekat sini , kejadian berlaku kira-kira jam 2.00 petang, hari ini.
Rumah tersebut disedari terbakar oleh jiran yang memaklumkan kepada anak tuan rumah tersebut yang berada di bandar Jerantut ketika kejadian.
Orang ramai turut membantu memberi bantuan awal memadamkan kebakaran.
Anak peneroka tersebut yang dimaklumkan oleh jirannya, Hasbullah Mat Isa, 31 tahun berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Taman Saujana Utama, manakala bapanya Mat Isa Mat Kassim,74 tahun, berada di rumah Taman Saujana Idaman.
“Saya terus memaklumkan kepada ayah dan kami bergegas balik ke Sungai Retang dan mendapati rumah kami terbakar kira-kira 60 peratus dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut berjaya mengawal kebakaran, kira-kira jam 3.30 petang.
“Bapa saya yang berada di rumah di Taman Saujana Idaman kerana memudahkan urusan untuk melawat ibu saya, Halimah Abdullah (71) yang sedang berada di wad Hospital Jerantut kerana sakit angin ahmar,”katanya.
Katanya, rumah itu hanya didiami bapa dan ibu sahaja kerana adik-beradik lain semua tinggal di luar, tetapi ketika kejadian bapa dan ibu tidak berada di rumah, mujur dan bersyukur semua selamat.
BBP Jerantut berjaya memadam keseluruhan kebakaran pada jam 5.18 petang.
“Rumah jiran di sebelah kiri rumah saya turut terjejas sedikit kerana dipercayai terkena haba panas disebabkan angin bertiup ke arah rumah tersebut. Punca kebakaran dan kos kerugian tidak diketahui, pihak bomba akan melalukan siasatan esuk,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata tindakan pantas pihak Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut, Pasukan Bomba Sukarela Felda Sungai Retang dan Pengurusan Felda Sg. Retang.
ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kanan) menenangkan Mat Isa Mat Kassim.
“Manakala bantuan turut diberi oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Sungai Retang serta orang ramai yang turut membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Jurucakap BBP Jerantut menerima panggilan pada jam 2.47 petang dengan kekuatan pasukan seorang pegawai dan 8 anggota ke lokasi dengan dibantu 7 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Retang.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 25′ x 70′ dan dipercayai bermula dari bilik bersebelahan dengan ruang dapur, ketika kejadian tiada penghuni semasa kejadian, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.18 petang, punca dan kerugian masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMBAU – Dua penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJKT Ladang Chembong itu, mangsa, S Mahesan, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala, seorang lagi mangsa, Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan Mohd Bakri, 15, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintendan, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah motosikal iaitu dua daripadanya jenis Honda dan satu jenis Modenas.
“Berdasarkan siasatan awal, Mahesan menunggang dari arah Seremban menghala ke Rembau. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Ikhmal Zaqwan yang datang dari arah bertentangan.
“Kemudian datang motosikal ketiga yang ditunggang dari arah Rembau oleh seorang lelaki berusia 29 tahun menghala ke Seremban tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal yang berada atas laluan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Hazri berkata, motosikal yang ditunggang Ikhmal Zaqwan turut membonceng kakaknya, Hana Amyliya Marsyainir Mohd Bakri, 18, yang kini dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau susulan mengalami kecederaan kaki patah dan luka di bahagian kepala.
Menurutnya, seorang lagi penunggang yang terbabit kemalangan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.
“Mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat pukul 10 pagi esok di Jabatan Forensik Hospital Rembau, lapor KOSMO online.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA TERENGGANU – Seorang budak perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih 45 minit selepas jari telunjuk kirinya tersepit dengan tombol pintu bilik rumahnya di Kampung Bukit Payung di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.08 pagi itu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dalam keadaan tombol pintu tersebut masih berada pada jarinya.
Penyelia Operasi Balai Bomba Jalan Kota, Faizal Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan jari telunjuk mangsa yang tersepit dengan tombol pintu berkenaan.
Beliau berkata, difahamkan mangsa bermain dengan tombol pintu salah sebuah bilik di rumahnya sebelum jari telunjuknya tersepit.
“Ibu dan ibu saudara kanak-kanak perempuan berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit cuba mengeluarkan jari mangsa daripada tombol pintu itu tetapi gagal.
“Mereka kemudian membawa mangsa ke HSNZ sebelum pakar perubatan hospital itu menghubungi bomba untuk meminta bantuan,” katanya di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Faizal berkata, jari mangsa berjaya dikeluarkan daripada tombol pintu tersebut dengan menggunakan peralatan khas.
Jelas beliau, operasi bantuan tersebut agak mencabar kerana tombol pintu itu agak tebal dengan mempunyai dua lapisan besi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTATAN – Tiga beradik antara empat yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di Pantai Gorongan berhampiran Kampung Contoh, di sini, petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam jam 5 petang itu, semua mangsa berusia antara 8 hingga 17 tahun bersama empat lagi rakan dihanyutkan arus laut yang dikatakan tiba-tiba menjadi deras.
Bagaimanapun, empat daripadanya sempat menyelamatkan diri manakala mangsa, Korais Amit berusia 8 tahun bersama dua kakaknya Norain dan Rafidah masing-masing berusia 13 dan 14 tahun serta seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Dalang berusia 17 tahun masih hilang.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, empat mangsa yang berjaya menyelamatkan diri berusia antara 9 hingga 13 tahun.
“Mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan daripada penduduk berhampiran.
“Empat lagi mangsa gagal dikesan sebelum pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.
Katanya lagi, seorang daripada empat mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan lanjut, lapor SINAR HARIAN.
“Usaha mencari mangsa lain giat dilakukan oleh Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) JBPM,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh maut selepas disambar petir ketika melakukan kerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Industri Jaya, Skudai, kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.45 petang itu, mangsa yang maut berusia 39 tahun sedang melakukan kerja menuang konkrit menggunakan kaedah bucket transfer dan kren berantai.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir. Mohd. Rosdee Yaacob berkata, siasatan awal mendapati cuaca ketika itu mendung sebelum berlaku dentuman kuat semasa mangsa sedang melakukan kerja.
“Mandur dan rakan sekerja mangsa mengesahkan kren berantai yang sedang digunakan itu disambar petir manakala mangsa rebah di lokasi berhampiran dengan kesan koyakan pada baju dan seluar.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 4.40 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini, lapor KOSMO Online.
Mohd. Rosdee berkata, susulan kejadian itu, pihaknya mengeluarkan dua notis larangan mengarahkan majikan mengambil tindakan serta-merta bagi mengadakan penaksiran dan kawalan risiko komprehensif dan Kawalan Risiko dan Prosedur Kerja Selamat (SOP) bagi aktiviti kerja penuangan konkrit.
“Dua lagi notis dikeluarkan adalah notis pembaikan untuk majikan mengemukakan laporan siasatan dalaman kejadian dan laporan lengkap berkaitan peranti keselamatan yang dipasang pada kren berantai tersebut,” ujarnya.
Mohd. Rosdee turut memberitahu, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
“Kejadian seumpama ini boleh dielak jika majikan memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mereka.
“JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kepada sesiapa kenal @ nampak kenderaan ini. Perodua axia Silver
Plat num – DDB9027 Kemalangan langgar lari di Kota Masai Kejadian berlaku harini 31/5/21 – 1.24ptg
Sila hubungi 0187921986
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti berkayak di Sungai Ulu Geruntum. FOTO ihsan bomba
Kampar: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti berkayak di Sungai Ulu Geruntum, Gopeng, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa berusia 20 tahun ditemukan berhampiran Resort River Bug oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi pencarian pada jam 5.40 petang.
Katanya, polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki terjatuh dan disyaki lemas sebelum anggota ke lokasi menjalankan siasatan.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika arus air agak deras, mangsa dan saksi mula menaiki kayak secara individu di Resort Hijauan pada jam 2.40 petang.
“Ketika melalui selekoh sungai berhampiran Resort Kuala Razila, kayak mangsa tidak dapat dikawal lalu terbalik dibawa arus. Mangsa dihanyutkan air sehingga ke River Bug Resort di Sungai Jahang kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian,” katanya.
Hasron Nazri berkata, mangsa berkerja sebagai River Guard di Sungai Ulu Geruntum hampir dua tahun serta tidak terikat dengan mana-mana agensi pelancongan.
“Semasa kejadian dimaklumkan mangsa bersama saksi sedang membuat aktiviti kayak secara persendirian untuk memantau kederasan air sungai di sekitar kawasan Sungai Ulu Geruntum.
“Semasa sedang membuat pemantauan secara tiba-tiba kayak yang dinaiki mangsa terbalik dan dihanyutkan arus, ketika kejadian saksi cuba membantu menarik mangsa tetapi tidak berjaya kerana arus sangat deras,” katanya.
Katanya, kes diklasifikasikan kematian secara mengejut dan mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk tindakan lanjut, lapor KOSMO online.
“Proses bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diketahui,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai lemas dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Pelandok di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.51 pagi dan tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian.
“Apabila sampai pihak bomba mendapati kebakaran sudah mencapai 80 peratus dan kami cuba memadamkan api berkenaan pada masa yang sama turut menjalankan penyelamatan mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, lapor KOSMO online.
“Bagaimanapun, selepas masuk ke bilik kedua iaitu di ruang tengah kami menjumpai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang sudah meninggal dunia dalam timbunan pakaian di tepi sebuah katil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEAUFORT – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dapat digambarkan bagi seorang lelaki yang terpaksa bergelut dengan buaya selama lima minit sebelum berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian di kawasan laut di Sungai Gadong di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Kasturi Alang, 53, cedera bahagian belakang badan dan bahu kanan sehingga menerima 17 jahitan akibat digigit haiwan reptilia terbabit.
Menurut Kasturi, sebelum kejadian dia bersama isteri dan ibu mentuanya datang ke kawasan itu untuk mencari siput pada jam 9 pagi.
Katanya, sebaik tiba, mereka masing-masing turun dari bot dan berada di tempat berasingan untuk mencari siput.
“Tiba-tiba saya diserang dari arah belakang sebelum mengetahui ia adalah buaya. Saya terpaksa bergelut di dalam air, manakala isteri serta ibu mentua tidak sempat berbuat apa-apa.
“Saya akhirnya berjaya menyelamatkan diri selepas kira-kira lima minit bergelut, namun buaya itu sempat menggigit belakang badan dan bahu saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Kasturi berkata, selepas kejadian mereka bergegas keluar dari kawasan itu dan segera ke Klinik Kesihatan Padas Damit untuk mendapatkan rawatan.
“Kami menaiki bot semula untuk pulang ke Kampung Bintuka dan dibawa ke klinik dengan menaiki kereta.
“Kemudian saya dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut dan menerima sebanyak 17 jahitan,” katanya.
Kasturi yang juga penduduk Kampung Bintuka memaklumkan bahawa kawasan itu memang ada buaya tetapi tidak pernah ada kejadian serangan dari haiwan berkenaan, lapor KOSMO online.
“Dulu memang ada serangan tetapi cerita orang dulu-dulu. Tetapi ini kali pertama saya diserang haiwan berkenaan kerana memang kawasan ini menjadi tempat saya mencari siput,” katanya yang bekerja sebagai pencari siput di kampung berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!