Remaja lelaki 14 tahun dikhuatiri lemas di Muadzam Shah
MUADZAM SHAH : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Lubuk Batu, Kota Bahagia, dekat sini pada jam 5.48 petang, hari ini.
Pegawai Operasi, Mohamad Nurudin Yunus melaporkan seramai 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sementara menunggu ketibaan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan dan Kuantan.
Katanya, BBP Muadzam Shah turut menggunkan 2 jentera dan sebuah bot jenis gentian kaca dalam operasi SAR hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG, 19 Ogos- Jenazah mangsa penunggang ehailing nahas pesawat Muhamad Hafiz Muhamad Saleh akan dihantar ke kampung halamannya di Kampung Sidam Sungai Petani hari ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Waris keluarga juga kelihatan berkumpul di hadapan Jabatan Forensik bersama van jenazah.
Waris mangsa diwakili oleh ayah dan abang mangsa dengan kerjasama Jabatan Agama Islam, JAKIM.
Allahyarham yang berusia 32 tahun juga dijangka akan dikebumikan di kampung asalnya, iaitu di Kedah.
Tambah Datuk Hussein lagi, bedah siasat telah selesai dan persampelan DNA telah dihantar ke Jabatan Kimia.
Sehingga kini 8 cap jari telah dikenalpasti untuk proses pengecaman – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Exco Pahang antara 10 terkorban kejadian pesawat terhempas di Elmina
SHAH ALAM – Seorang Exco Kerajaan Pahang antara 10 orang yang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina di sini, petang tadi.
Pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.
“Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.
Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.
Pesawat berkenaan dipercayai jenis Premier 1 Beechcraft dengan nombor pendaftaran N28JV dengan kapasiti 8 orang penumpang.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pesawat ringan terhempas, juruterbang, penumpang dan penunggang motosikal maut
Shah Alam – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang dipercayai terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie, di sini tadi.
Juruterbang dan penumpangnya turut dipercayai maut dalam kejadian itu. Difahamkan, pesawat itu dari Langkawi ke Subang.
Difahamkan model pesawat itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Tong gas memasak meletup mengakibatkan kerosakan pada bahagian ruang dapur sebuah rumah di Lot 1650, Belakang Masjid Taqwa, dekat sini pada jam 5.13 petang, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, bahagian dapur berkeluasan 10 kaki x 6 kaki turut merosakkan siling bahagian dapur yang jatuh termasuk pintu dan cermin tingkap telah pecah.
Komander Operasi, Sadun Razali melaporkan, seorang wanita cedera terkena kaca yang pecah dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Katanya 7 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan penugasan.
“Seorang wanita cedera terkena kaca dan tiga lagi terselamat termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.
“Anggota BBP Peramu turut memeriksa kawasan sekitar rumah tersebut dan tiada lagi bahaya-bahaya lain,” katanya.
Katanya, orang ramai perlu sentiasa memeriksa getah paip dan penyambung gas sentiasa baik untuk menggelakkan berlaku kebocoran gas. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di kawasan paya berhampiran Evoke Residence, Jalan Baru, di sini petang tadi.
Mangsa yang merupakan warganegara Rohingya berjaya diselamatkan orang awam dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam tadi.
“Mangsa telah dibawa orang awam ke Hospital Seberang Jaya sebelum pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai tiba di lokasi kejadian.
“Pemantauan dilakukan dalam keadaan terkawal dan operasi ditamatkan pada pukul 7.25 malam tadi,” katanya, di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota bomba memadamkan di bilik guru Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya yang berlaku 11.10 pagi hari ini.
Bilik guru SK Jerantut terbakar
JERANTUT- Tindakan pantas beberapa orang guru yang kebetulan berada di bilik guru ketika itu telah sempat menyelamatkan beberapa perkakasan komputer yang terletak di bilik guru dalam kejadian kebakaran di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, dekat sini pad ajam 11.10 pagi hari ini.
Ketua Unit Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Shuaimi Mihamad melaporkan, setiba di tempat kejadian, mengesahkan berlaku kebakaran perkakasan komputer di bilik guru, kebakaran ini berjaya dipadamkan oleh kaki tangan sekolah tersebut dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.
“Seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama sebuah jentera pemadam bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada pihak sekolah.
“Kejadian ini tidak melibatkan struktur bangunan sekolah, anggota bomba terus membuat pemeriksaan di tempat tersebut bagi memastikan keadaan selamat sebelum mereka bertolak pulang ke BBP Jerantut,” katanya di sini hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.-PDRM Lipis.
Maut Dihempap Batu Ketika Lombong Emas
KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas dihempap batu dalam kejadian berhampiran tebing sungai di Kampung Sungai Temau, dekat Lipis, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu jam 4 petang.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian itu dipercayai berpunca akibat runtuhan tebing ketika mangsa sedang menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Suhami Sudin, berusia 44 tahun dari FELCRA Sungai Temau, Lipis.
Azli memaklumkan, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai datang melombong di kawasan terbabit bersama dua lagi rakan.
Katanya, jarak lokasi kejadian dengan kawasan mangsa tinggal di FELCRA Sungai Temau adalah kira-kira 3 kilometer.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut, kereta rentung bertembung dengan lori dalam kemalangan di Jerantut
JERANTUT : Seorang maut, empat cedera parah serta sebuah Proton Exora rentung dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah lori Isuzu di Jalan Jerantut- Sungai Salan, berdekatan Pusat Tahfiz, Pulau Tawar pada jam 12.39 tengahari semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata Pegawai Operasi, Rosdi Talib yang mengetuai operasi itu melaporkan, tiba di tempat kejadian sebuah kereta jenis Proton Exora dianggarkan terbakar 100 peratus akibat kemalangan dengan sebuah lori.
“Seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan 2 wanita dewasa mengalami kecederaan parah.
“Lelaki dewasa disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua wanita mengalami kecederaan dihantar ke Hosptial Jerantut untuk rawatan selanjutnya,” katanya..
Katanya, seramai 8 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya memadamkan api kebakaran.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu Perodua Myvi maut tersepit dalam kemalangan
TEMERLOH – Pemandu Perodua Myvi maut tersepit dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Maran-Temerloh pada jam 1.38 petang, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kereta Perodua Myvi bertembung dengan sebuah kereta Kia Sportage dalam kemalangan itu dan seorang penumpang lelaki dewasa Perodua Myvi dan pemandu kereta Kia Sportage turut cedera.
Katanya, pegawai operasi, Ridzuan Hashim dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin melaporkan, pemandu yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan, “ katanya.-SAHIH.