BERA – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34 Jalan Temerloh-Bahau di sini semalam.
Dalam kejadian itu menyaksikan mangsa See Ben Kooi, 63, meninggal dunia di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah selepas badannya terputus dua.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mansor Shamsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau ke Triang.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.
“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian jalan kering dan tidak hujan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LALUAN LRT KLCC-KG BHARU BERLANGGAR, PENUMPANG CEDERA
KUALA LUMPUR: Koc Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Bharu yang dipandu secara automatik dengan Koc dari Stesen Kampung Bharu menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual dipercayai berlaku perlanggaran pada jam 8.45 malam, hari ini.
Maklumat awal kejadian dipercayai pemandu koc daripada stesen KLCC tidak dapat mengesan atau “detect” koc dari Kampung Bharu kerana berlaku “miscommunication” daripada pusat kawalan.
Kejadian itu berlaku di laluan Kelana Jaya tren nombor 40 dan 81 di Stesen KLCC-KJ 10, Jalan Ampang mengakibatkan kecederaan penumpang yang berada di dalam tren tersebut.
Pihak Rapid KL melalui laman Facebook memohon orang ramai bertenang, pihaknya sedang menggerakkan pasukan penyelamat untuk membantu dengan segera ke tempat kejadian.
Pihaknya memohon maaf dengan kejadian tersebut yang berlaku di Stesen KLCC- Kampung Bharu yang menyebabkan kerisauan dan kegelisahan orang ramai dengan memberi bantuan secepat mungkin dan membetulkan keadaan.
Beberapa penumpang turut memuatnaik hantaran masing-masing melalui laman yang sama menyatakan kegelisahan.
Menurut Jeniffer Fan, tidak pernah berlaku kejadian kemalangan LRT seperti ini yang melibatkan tren kedua-dua arah… ada sesuatu yang tidak kena dan pasti ada yang bertanggung jawab dengan kejadian kecuaian ini.
Seorang lagi warga net dalam hantarannya, Amar Kaur Horty berkata, ini kali pertama saya mendengar kejadian seperti ini. Diharapkan semua penumpang selamat.
Warga net, Bahar Aziz turut memuatnaik hantaran memohon semua berdoa agar penumpang selamat dan bantuan kecemasan wajar diberi segera kepada penumpang yang cedera dan dihantar ke hospital atau klinik berdekatan.
Nur Nabila Husna berkata, dia tengok video ramai yang cedera, ada yang dah terbaring dalam train.. semoga mereka cepat keluar daripada train tu, risau ada yg lemas dalam tu…bawah tanah tak silap saya, dah mcm dalam lift terkurungnya
Setakat ini jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, BOMBA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta dibantu bersama kakitangan Rapid KL.-SAHIH.
Foto – media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TELUPID: Guru sekolah rendah meninggal dunia ketika mendaki bukit di Bukit Hutan Simpan Tawai, dekat sini semalam.
Dalam kejadian 11.40 pagi itu, Jahir Korotok, 29, dikatakan tiba-tiba pengsan sebelum meninggal dunia.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, Abdullah Sabaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.45 pagi memaklumkan sekumpulan 10 pendaki termasuk guru itu sesat di bukit berkenaan.
“Kumpulan itu mendaftar pendakian pada 8 pagi dan mula mendaki sejam kemudian. Pada 11.45 pagi, seorang daripada pendaki meminta bantuan kerana sesat.
“Sepasukan anggota APM Telupid melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan berjaya menemui kumpulan itu beberapa jam kemudian,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seorang pendaki didapati tidak sedarkan diri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dimaklumkan untuk bantuan membawa turun mangsa, lapor Harian Metro.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.06 pagi hari ini sebelum lima anggota dikerah ke lokasi itu yang terletak 1,360 meter dari balai.
“Anggota tiba di lokasi pada 4.48 pagi tadi seterusnya mendaki ke tempat mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan jenazah dibawa turun menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya yang memberitahu operasi tamat pada 5.57 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak menepis tangan dua individu lain yang cuba menyelamatkannya sebelum terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri, di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur di sini hari ini.
Video detik-detik kejadian berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan dua individu lain cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangannya, namun mangsa menepis pegangan tersebut lalu terjun.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki sekitar pukul 2.08 petang.
“Individu berkenaan memaklumkan ada seorang lelaki (mangsa) mahu terjun di pangsapuri itu dan mangsa kelihatan berlegar-legar di tingkat 12 sekitar pukul 1.50 petang menyebabkan salah seorang saksi telah menegurnya.
“Mangsa bagaimanapun hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam sebelum memanjat tembok,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi. Jelasnya, tindakan mangsa menyebabkan beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba memujuknya.
“Bagaimanapun tindakan mereka gagal apabila beberapa minit kemudian mangsa telah terjatuh dan meninggal dunia.
“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di kepala, bahu, tangan dan kaki,” ujarnya.
Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat penduduk, mangsa yang berusia 37 tahun dan beralamat di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang dipercayai bukan penghuni pangsapuri berkenaan, lapor KOSMO online.
Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Beaufort: Seorang lelaki yang tergelincir ketika menolak perahu dinaiki bapa dan kakak iparnya, ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Mantao, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan membantu mengemas barang di tempat jualan sarang burung milik abang kandungnya.
Bagaimanapun, ketika hendak pulang dari tempat berkenaan, mangsa dikatakan tergelincir ketika menolak perahu sebelum tenggelam dan gagal ditemui.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Fairol Jisirun dan siasatan awal mendapati mangsa cuba menolak perahu yang dinaiki ahli keluarga selepas selesai membantu di premis abangnya.
“Bagaimanapun, selepas tergelincir, abang mangsa yang turut berada di lokasi kejadian cuba membantunya namun gagal kerana tidak tahu berenang.
“Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudiannya dimaklumkan dan usaha pencarian segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yusoff Zaki berkata, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa tergelincir.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), lapor Asia times.
“Mangsa adalah korban pertama insiden banjir di daerah Beaufort,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuching: Seramai 284 mangsa banjir di utara Sarawak ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.
Daripada jumlah itu, seramai 143 mangsa ditempatkan di lima PPS di Limbang, manakala 141 lagi di tiga PPS di Lawas sehingga jam 8 malam ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pemantauan masih dijalankan berikutan hujan masih berlaku di beberapa tempat di Limbang manakala ribut petir di Lawas.
“PPS di Limbang yang masih aktif ialah Dewan Masyarakat Medamit yang menempatkan 29 mangsa, Dewan Masyarakat Ukong seramai 25 orang, Dewan Masyarakat Serbaguna Buloh Baloi seramai 28 orang, Dewan Masyarakat Kampung Bidang seramai 46 orang dan Dewan Sekolah Kebangsaan Menuang, seramai 15 orang, lapor HM online.
“Di Lawas pula di tiga PPS iaitu di Dewan Masyarakat Trusan seramai 68 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Trusan seramai 60 orang dan Sekolah Kebangsaan Sundar seramai 13 orang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BATU PAHAT – Seorang pakar bius sebuah hospital swasta di sini maut apabila kereta Porsche Coupe yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Kluang, Taman Koperasi Bahagia di sini pagi hari ini.
Dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Dr. Noor Zairul Muhammad, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala lelaki berusia 31 tahun yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire mengalami kecederaan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Saifulle Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.59 pagi.
“Seramai 16 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Sejurus tiba di lokasi nahas benar terdapat kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Porsche Coupe dan Toyota Vellfire.
“Terdapat dua mangsa terlibat dan salah seorang mangsa tersepit dalam kereta Porsche Coupe,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, menurut saksi awal, mangsa yang memandu Porsche Coupe dikatakan gagal mengawal keretanya ketika melalui selekoh di laluan berkenaan.
Kereta terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu elektrik sebelum melambung dan terbalik ke laluan bertentangan serta melanggar Toyota Vellfire.
Saifulle berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dibawah kereta menggunakan peralatan khas, lapor KOSMO online.
Jelasnya, mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Batu Pahat: Mayat tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan, 1.5 batu nautika barat laut Sungai Lurus, Senggarang, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 5.50 petang.
“Mayat dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti indentitinya itu berada dalam keadaan sudah reput dan tidak sempurna.
“Mayat mangsa dibawa ke jeti nelayan Sungai Lurus Senggarang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum diserah kepada pihak polis pada 7.50 malam,” katanya ketika dihubungi dekat sini, lapor HM online.
Ismail berkata, mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Taiping: Warga emas ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di dalam longkang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poey Eng Kuala Sepetang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.30 pagi yang menemui mayat lelaki dalam longkang berhampiran sekolah berkenaan.
Menurutnya, polis dibantu anggota bomba dan penyelamat serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera ke lokasi.
“Khidmat pasukan bomba diperlukan bagi menaikkan mayat manakala pihak KKM menjalankan pemeriksaan awal dan sanitasi Covid-19.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada mangsa.
“Mayat dibawa ke Hospital Taiping dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian Covid-19 diperolehi, “katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, waris mangsa yang hadir di lokasi membuat pengecaman dan mengesahkan mayat itu adalah bapanya, lapor HM online
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA TERENGGANU – Mayat kedua nelayan yang hilang sejak Rabu lepas ditemukan pada kedudukan kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Kapas dekat Marang pada Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mayat Ja’afar Sulong, 66, ditemukan nelayan tempatan dalam keadaan terapung kira-kira 10 pagi tadi, semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti Maritim Terengganu kira-kira 3.30 petang tadi oleh Kapal Maritim (KM) Nusa sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Rabu lepas, Ja’afar dan krunya, Baharudin Abdullah, 47, didapati tidak pulang selepas keluar menangkap ikan dan kedua-dua mereka gagal dihubungi.
Mayat Baharudin ditemukan nelayan tempatan pada Khamis lalu semasa operasi SAR dijalankan.
Muhammad Suffi berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan operasi SAR bagi mengesan seorang lagi nelayan, Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, yang hilang dalam kejadian berasingan sejak Khamis lalu.
Katanya pencarian dijalankan menggunakan KM Nusa, pesawat AW139 dan dibantu oleh aset Jabatan Perikanan serta komuniti nelayan setempat.
“Pencarian tersebut dikoordinasikan Sub-Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan dengan sektor pencarian hari ini diperluaskan meliputi 492.72 batu nautika persegi iaitu meliputi kawasan perairan Kuala Terengganu sehingga ke Marang,” katanya, lapor Bernama.
Wan Mohd Sufian dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan kira-kira 6.30 pagi Khamis lalu dan botnya ditemukan seorang nelayan pada jarak 10.1 batu nautika dari perairan Terengganu dalam keadaan enjin yang masih hidup.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!