Kuantan – IPD Kuantan terima maklumat satu kemalangan maut berlaku di Jalan Kuantan – Kemaman berhampiran Tiong Nam Transport melibatkan sebuah M/Lori & sebuah Basikal.
Seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.
Berhati-hati ketika memandu dan menunggang kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku di atas jalanraya.
Polis Trafik Kuantan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LORI TENGGELAM DALAM LONGKANG, PEMANDU DIKHUATIRI LEMAS
SEBERANG JAYA – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap di dalam lori dipandunya yang terbabas ke dalam longkang besar di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 137 dekat Perai di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.34 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbabas ke dalam longkang besar dan membabitkan dua mangsa lelaki iaitu pemandu dan kelindan lori.
“Kelindan berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu masih berada didalam lori tersebut dan dikhuatiri telah lemas,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi, lapor KOSMO online.
Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Butterworth melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pencarian di sepanjang longkang tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam rumahnya di Jalan Molek 2/8, Taman Molek, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang ditemui meninggal dunia berusia 44 tahun merupakan warga tempatan.
Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung dengan wayar di ruang tamu rumah didiami nya, lapor KOSMO online.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Pusat Kawalan IPD Seri Alam menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki dewasa berusia 44 tahun mati dalam keadaan tergantung dengan wayar.
“Lelaki terbabit ditemui di ruang tamu rumahnya di Taman Molek dan punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Taman Sri Paya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.15 pagi.
“Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dimaklumkan mengenai kejadian gantung diri di lokasi tersebut.
“Siasatan mendapati si mati merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan tergantung pada kipas siling di biliknya.
“Waris kemudian menghubungi pihak Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk bantuan dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk dibedah siasat, lapor KOSMO online.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
“Siasatan termasuk sama ada mangsa mengalami masalah peribadi masih dijalankan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LANGKAWI – Sebahagian struktur benteng pemecah ombak berhampiran Pangkalan Nelayan Chenang di sini runtuh dipercayai akibat ombak kuat petang tadi.
Satu video berdurasi 56 saat di Facebook menunjukkan keadaan benteng sepanjang 800 meter runtuh dan tidak boleh dilalui lagi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, benteng itu dipercayai pecah pada pukul 2 petang.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Langkawi memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berkunjung atau memancing di sekitar kawasan itu atas faktor keselamatan.
“Ribut petir dengan kelajuan angin sehingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berterusan hingga esok,” katanya di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Tindakan pantas seorang pemandu telah mengelakkan dia daripada kecelakaan setelah kenderaan Nissan Teana dipandunya terbakar di Jalan Lang Indah, Gunung Lang di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, kenderaan tersebut musnah 80 peratus.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 tengah hari daripada orang awam
Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.
“Semasa bomba tiba, pemilik kereta yang tidak mengalami kecederaan sempat keluar sebelum api merebak membakar kenderaan tersebut.
“Pemadam dilakukan menggunakan dua hos air daripada jentera bomba sebelum api padam sepenuhnya,” ujar jurucakap tersebut, lapor KOSMO online.
Operasi yang diketuai PBK II Mohd. Rosli Ibrahim ini tamat sepenuhnya pada pukul 1.32 petang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENUNTUT MAUT DIPERCAYAI AKIBAT TEKANAN PEMBELAJARAN
SUNGAI PETANI – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meninggal dunia hingga menimbulkan persoalan berkaitan dengan tekanan pembelajaran.
Mangsa berusia 22 tahun yang mengambil jurusan dalam bidang pengurusan dan perniagaan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.50 petang semalam, lapor KOSMO online
Penuntut terbabit sebelum itu dikatakan mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum tidak sedarkan diri di rumah yang disewa bersama rakannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: “Harga dekat RM200,000 tu, ke pokok juga kau tala,” salah satu komen orang ramai apabila menyaksikan satu hantaran di Facebook berkenaan kemalangan tragis sebuah kereta sport idaman ramai hari ini.
Dalam hantaran melalui perkongsian di laman Facebook Darwin Raj, Kereta Nissan Skyline GTR R34 itu dikatakan baru sahaja dibeli oleh pemiliknya tidak sampai satu jam.
Kemalangan kereta berwarna biru itu juga didakwa tidak disengajakan oleh orang tengah ketika ingin membawa kenderaan tersebut kepada pemilik baru.
Difahamkan lokasi kemalangan dikatakan berlaku di sebuah lokasi di Johor Bahru petang tadi.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai antaranya, pemegang akaun dengan nama Izwan EZ berkata kemungkinan pemandu terbabit teruja dan terkejut dengan kelajuan kereta tersebut.
“Mungkin dia tak pernah rasa stereng kereta sport macam tu sebelum ini, sekali tekan pedal minyak pergi dia lain macam. Ke pokok juga dia singgah,” ujarnya, lapor KOSMO online
Seorang lagi pengguna Facebook, Mad Nakal pula berkata, “kalau nak rugi dalam masa singkat pun boleh, jenuh pemandu tu fikir apa nak jawab dengan pemilik kereta itu selepas ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sandakan: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari beranda rumahnya ke dalam laut di kawasan perkampungan atas air di Pulau Bai dekat sini, pagi hari ini.
Mangsa, Mohamad Fairul Iman Fairus yang berusia dua tahun itu ditemukan terapung kira-kira satu batu nautika di utara pulau berkenaan pada 6.30 pagi.
Pengarah Zon Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Sub Rescue Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi Carilamat sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 6 petang semalam.
Menurutnya, pasukan itu kemudiannya dibahagikan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan membabitkan lima aset terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan.
“Selepas membuat pencarian, mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan mayatnya dihantar ke rumah keluarga untuk pengesahan.
“Selepas keluarga mengesahkan, mayatnya dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapanya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor HM online.
Menurutnya, operasi pencarian kemudiannya ditamatkan pada 8 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kluang: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkap tandas wad 8B, tingkat lapan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa, Lim Sweet Peng, 55, sebelum itu, memberitahu kakitangan bertugas untuk ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya sendiri dalam tandas berkenaan.
“Pada 3.45 petang hari ini, polis menerima makluman daripada anggota bertugas pondok Hospital Kluang mengatakan ada seorang lelaki terjun dari tingkap bilik air di wad 8B (hospital berkenaan).
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu kerana menghidap masalah ulser usus dan menjalani pembedahan pada hari yang sama.
Katanya, hari ini mangsa meminta keluar wad dan pihak hospital memberi kebenaran mangsa keluar hospital pada sebelah petang.
“Sementara menunggu proses keluar wad, mangsa memberitahu hendak pergi tandas (di tingkat lapan hospital itu).
“Mangsa masuk ke tandas dan mengunci pintu dari dalam tandas serta memecahkan cermin tingkap tandas. Mangsa kemudian terjun (membunuh diri),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat si mati telah dibawa ke unit forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang.
“Permintaan bedah siasat dikeluarkan kepada pegawai perubatan untuk tentukan sebab kematian,” katanya, lapor HM online
Dalam pada itu, Low berkata, mangsa bukan pesakit Covid-19 dan punca sama ada mangsa mengalami masalah peribadi hingga nekad terjun sehingga kini masih dalam siasatan pihaknya.
Dalam pada itu, video dan gambar mangsa yang sudah terbaring dan diuruskan kakitangan hospital tular di laman sosial dan mendapat simpati masyarakat.