Hulu Selangor: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, ditemukan lemas pada malam ini.
Mayat Ashraff Saari, 23, yang berasal dari Assam Jawa, Kuala Selangor ditemukan pihak bomba pada 9.55 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan kegembiraan lima sekawan mandi bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas, hari ini,lapor HM online
Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 petang sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR: Seorang kelindan lori maut dalam keadaan tragis apabila tersepit dan lemas selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni 1, Ijok di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Kamarul Najmi Abdullah, 24, bersama pemandu lori jenis lori jenis Nissan UD berkenaan yang membawa muatan ayam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari sebuah reban ayam di Ijok menghala ke sebuah kilang pemprosesan ayam di Puchong.
“Setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan melalui selekoh dan tiba-tiba memasuki sebuah parit lalu terbalik.
“Pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri manakala kelindannya dipercayai tersepit dan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor kosmo online
Menurutnya, pemandu lori, Saihol Ihsan Rapsidi, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kata Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, 8.40 pagi tadi.
Insiden berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun.
Menurut Wan Mat, pihaknya menerima aduan daripada seorang perempuan yang mendakwa anak buahnya mengalami kecederaan akibat gigitan seekor kera di halaman rumah dan segera dikejarkan ke hospital berhampiran.
“Bertindak atas aduan, anggota jabatan Perhilitan hadir ke rumah mangsa untuk melihat keadaan dan situasi di rumah mangsa. Semasa sampai di rumah mangsa, kera yang menyerang mangsa masih ada atas pokok seberang jalan di hadapan rumah mangsa, dan pihak Jabatan telah menembak mati kera tersebut.
“Kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram telah dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.
Wan Mat berkata, kanak-kanak berkenaan kini masih lagi berada di hospital dan ditahan di wad bagi rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan,lapor kosmo online
Menurutnya, pihak Perhilitan akan membantu keluarga mangsa dengan memohon keluarga mangsa mengisi borang tabung serangan binatang buas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUNGUN – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki bersama dua lagi rakannya ketika pulang daripada menangkap ikan di perairan Kuala Dungun di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.55 tengah hari itu, bot gentian kaca dinaiki Mohd. Noor Mamat, 67, dan rakannya, Mohd. Ibrahim,63, bersama tekong, Mahadi Ibrahim, 56, dilambung ombak sewaktu memasuki muara Sungai Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Mohd. Noor dan rakannya Mohd. telah terjatuh dari bot tersebut yang telah dipukul ombak besar.
“Tekong bot yang berpatah balik, berjaya menyelamatkan Mohd. namun mangsa Mohd. Noor masih tidak dijumpai,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di Kuala Dungun di sini hari ini.
Baharudin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan sebaik sahaja laporan diterima.
“Operasi hari ini disertai oleh 50 anggota dan pegawai polis, bomba, Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lapor kosmo online
“SAR turut menumpukan kawasan pesisir pantai Kuala Dungun sehingga ke perairan Marang,” katanya.
Baharudin berkata, berdasarkan keadaan cuaca dan ombak lebih 0.5 meter, pihaknya percaya mangsa kemungkinan dihanyutkan ke pesisir pantai Marang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI SIPUT: Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang warga emas maut selepas digilis sebuah lori membawa muatan tanah di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Nahas berlaku mengakibatkan mangsa yang berusia lingkungan 60-an dan menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan kira-kira jam 8.15 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan tersebut membabitkan motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mangsa dari arah Lintang manakala lori terbabit datang dari arah Kuala Kangsar.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar lampu isyarat merah.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian lampu isyarat berkenaan, motosikal ditunggang mangsa terus melepasi lampu isyarat merah, sehingga mengakibatkan lori dipandu lelaki berusia 30-an gagal mengelak lalu melanggar dan menggilis warga emas berkenaan.
“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Menurutnya, pemandu lori itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – lapor Getaran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tinjauan udara sekitar tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Nampaknya berbulan jugalah nak siapnya.
Pengguna jalan raya masih dapat menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Tapah-Ringlet.
Gambar ihsan – Izzuan Ishak
KEMASKINI Kenyataan Pengarah JKR Perak:
Kira-kira RM130 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan bagi projek pengukuhan dan pembaikan cerun di kawasan itu susulan insiden serupa yang kerap berlaku sekitar kawasan terbabit membabitkan jarak kira-kira 600 meter.
JKR masih dalam peringkat merekabentuk selain mengadakan perbincangan terperinci dan rundingan bersama kontraktor yang sudah dipersetujui.
Sijil setuju terima (SST) dijangkakan akan diberi kepada kontraktor terbabit pada pertengahan Disember ini dan pembinaannya dijangka mengambil tempoh tiga tahun iaitu sehingga Disember 2024 bagi memperkukuhkan kawasan ini.
JKR memang ada perancangan untuk menambah baik (kawasan) cerun ini tetapi dalam masa sama insiden ini berlaku terlalu awal berpunca daripada beberapa elemen termasuk hujan yang seterusnya menjadi pemangkin kepada kegagalan cerun berlaku lebih cepat berbanding perancangan JKR.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang basikal mengekori dengan rapat di belakang sebuah lori bagaikan menempah maut.
Tindakan penunggang basikal tersebut mengundang kemarahan orang ramai kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa malah menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Menerusi sebuah video berdurasi dua minit 34 saat, penunggang basikal berkenaan dengan jelas mengekori dengan rapat sebuah lori tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.
Video berkenaan mendapat lebih 5,000 reaksi dan dihujani lebih 2,000 komen di media sosial Facebook.
Salah seorang pengguna @Watie Saran berkata, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah boleh melibatkan individu lain,lapor kosmo online
“Nak membahayakan diri tapi pada masa sama cuba nak membahayakan nyawa orang lain. Nak berbasikal tu boleh bang, tapi cari la tempat yang sesuai untuk berbasikal.
“Bukannya tunjuk taiko atas jalan raya. Follow bukan main rapat. Sekali kena sodok bawa lori, otak berkeliaran dah satu kerja nak kena kutip pulak,” jelasnya.
Sementara itu, @Adib Zakaria berkata, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan pemandu lori sebaliknya salahkan diri sendiri.
“Selamba je penunggang basikal. Kalau ada kemalangan lori terbrek secara mengejut, jangan salahkan pemandu lori. Salahkan diri sendiri,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jabatan Kesihatan Perak nafi pesakit Covid-19 lari ke dalam hutan
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menafikan berita tular dalam media sosial kononnya terdapat pesakit Covid-19 dalam kalangan Orang Asli di Gopeng, melarikan diri masuk ke dalam hutan.
Pengarahnya, Datuk Dr. Ding Lay Ming memberitahu, tiada laporan diterima Pejabat Kesihatan Daerah Kampar berhubung perkara tersebut.
“Sehingga kelmarin, tiada laporan rasmi diterima mengenai khabar angin yang pesakit Covid-19 telah lari masuk ke dalam hutan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau mengulas berita tular di media sosial mengenai 250 Orang Asli di Kampung Ulu Groh dekat Gopeng positif Covid-19 dan melarikan diri masuk ke dalam hutan.
Kampung Ulu Groh dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 hingga 25 September ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, video tular berdurasi 24 saat yang memaparkan petugas kesihatan memakai peralatan pelindung diri (PPE) menyeberangi sungai di kampung itu adalah video pengebumian dipercayai pada Selasa lalu.
Katanya, lokasi tapak pengebumian di kampung itu terletak di seberang sungai di mana petugas kesihatan perlu melalui jambatan buluh untuk menyeberangi sungai berkenaan.
“Jenazah sampai ke kampung lewat petang sekitar pukul 7 petang. Disebabkan petugas dan dua orang waris telah ada dan menunggu di sana, jadi mereka teruskan pengebumian.
“Jenazah diuruskan seperti mana urusan jenazah pesakit Covid-19 lain iaitu dibalut dengan lapisan pelindung yang telah menjalani prosedur disinfeksi,” katanya.
Sementara itu, mengulas PKPD Kampung Ulu Groh, beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan susulan pengesanan 52 kes positif Covid-19 dengan satu kematian pada 8 September lalu.
Katanya, sehingga kelmarin, 204 kes positif kumulatif Covid-19 telah dilaporkan di kampung itu dengan enam kematian Covid-19 direkodkan dalam kalangan penduduk di situ.
“Daripada keseluruhan jumlah kes positif yang telah direkodkan, seramai 191 kes positif Orang Asli telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Sungkai manakala dua kes ke PKRC Arena Badminton di Ipoh,lapor utusan online
“Selain itu, sebanyak 10 kes telah dimasukkan ke hospital dan satu kematian dilaporkan di rumah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Suri rumah maut, Ford Ranger dirempuh Toyota Estima
HULU TERENGGANU – Hasrat seorang suri rumah bersama keluarga untuk menziarah ibunya di Dungun tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 380.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Nurshahyda Mohd. Zaki, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Nurushahyda bersama suami, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya, lima bulan dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Tanjung Pagar, Dungun dari rumah mereka di Kampung Saujana, Setiu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka tiba-tiba dirempuh oleh kenderaan pelbagai jenis, Toyota Estima dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.
“Sebelum kejadian, kenderaan Toyota Estima yang dipandu seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Dungun tersebut dikatakan cuba memotong kenderaan Ford Ranger dinaiki mangsa sebelum hilang kawalan lalu terbabas,” katanya di sini hari ini, lapor kosmo online
Mohd. Adli berkata, kenderaan pelbagai jenis Toyota Estima dipandu remaja tersebut kemudiannya merempuh sisi kiri kenderaan dinaiki Nurshahyda dan keluarganya.
“Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa (Nurshahyda) telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAMAN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kendera saji di Kilometer 122 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kertih, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Helmi Faizal, 35, dari Ketengah Jaya, Dungun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berkhidmat di sebuah restoran makanan segera di Kertih dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya dari arah Dungun selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di lokasi berhampiran.
“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kendera saji dari arah sama dipercayai tiba-tiba memasuki lorong kiri jalan selepas cuba mengelak sebuah Proton Wira yang dipandu seorang warga emas.
“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 tidak sempat mengelak lalu merempuh kendera saji itu,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor utusan online
Hanyan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman bagi membantu siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!