Setor rumah di Taman Inderapura terbakar sepenuhnya
JERANTUT – Kejadian setor sebuah rumah di Jalan 6, Taman Inderapura dekat sini terbakar sepenuhnya pada jam 9.30 pagi hari ini
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, , Shuaimi Muhammad melaporkan, kejadian kebakaran setor berkeluasan 15 kaki x 20 kaki jenis separuh kekal yang dijadikan tempat simpanan barang lusuh dan baja.
Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki, nozle dan satu aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
“Seramai lapan anggota BBP Jerantut bersama dua buah jentera digerakkan ke tempat kejadian. Kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mangsa ribut Padang Piol terima sumbangan Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka
JERANTUT – Seramai 12 ketua keluarga dari FELDA Padang Piol dekat sini yang ditimpa musibah ribut menerima sumbangan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Biro Sosial dan Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud.
Razak berkata, sumbangan berkenaan adalah bertujuan bagi meringankan bebanan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
Turut hadir pada jamuan Aidilfitri adalah Pengerusi JKKK Jengka 10, Jantan Mat Saman, Pengerusi JKKK Jengka 8, Sahahril Othman dan Ketua UMNO Tekam Utara, Shariff Salleh.
Penyerahan sumbangan itu juga turut dihadiri AJK UMNO Bahagian Jerantut, Liza Ibrahim.
Sumbangan diberi di rumah mangsa felda Padang piol selepas jamuan hari raya Felda Gelangi 2 dan 3 yang dihadiri 12 orang ketua peneroka wilayah jengka.
Dalam perkembangan lain, Razak berkata, kebanyakan penduduk ketika ditemui pada majlis sama meluahkan kebimbangan mereka terhadap tarif air dan elektrik yang meningkat sejak Ramadan lalu.
“Ramai yang mengeluh kerana mendakwa berlaku kenaikan tarif air dan elektrik yang di luar jangka.
“Jadi, perkara ini kita akan teliti dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Besi scrap jatuh dari lori punca 30 kenderaan pancit tayar
BENTONG: Punca banyak kenderaan yang pancit tayar ketika melalui Lebuh Raya Karak Lebuh dan Lebuh Raya Pantai Timur sehingga tular di media sosial adalah disebabkan oleh besi scrap yang jatuh dari sebuah lori dan bukanya kegiatan kianat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata hasil siasatan mendapati pada 29 April lalu sebuah lori treler yang membawa muatan besi scrap dari Balakong, Selangor menuju Ke Gebeng, Kuantan.
Katanya, dipercayai terdapat beberapa serpihan besi scrap jatuh ke atas jalan menyebabkan banyak kenderaan yang melanggarnya mengalami tayar pancit.
“Polis telah berjaya mengesan lori dan pemandu lori treler berkenaan yang merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun.
” Pemandu lori treler berkenaan telah dihubungi untuk hadir ke Pejabat Trafik IPD, Bentong untuk membantu siasatan,” katanya.
Zaiham berkata, dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang dan kenderaan terlibat kebanyakkannya mengalami kerosakan tayar pancit.
Menurutnya pada 29 April lalu (Isnin) pada kira jam 10.40 malam, pihak konsesi lebuh raya telah mengesan beberapa kenderaan membuat aduan kerosakan tayar pancit akibat melanggar objek besi tajam di atas jalan di Lebuhraya Karak dan juga Lebuhraya Pantai Timur.
“Terdapat lebih kurang 30 buah kenderaan pelbagai jenis telah membuat aduan kerosakan tayar pancit pada hotline Lebuhraya Pantai Timur 1.
” Polis Bentong turut menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut Iaitu dari seorang lelaki warganegara tempatan merupakan mangsa berusia 30 tahun dan juga dari seorang lelaki yang merupakan pegawai peronda LPT yang berusia 44 tahun,” katanya.
Kes Di Siasat Di Bawah Rule 19 Ln 166/59.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang penunggang setelah motosikal berkuasa besar maut selepas merempuh belakang sebuah pacuan empat roda berhenti secara mengejut selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.
Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, 4:18 petang semalam.
Video nahas tular memaparkan rakaman sebuah motosikal berkuasa besar merempuh belakang pacuan empat roda terbabit tular di media sosial sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, nahas berlaku ketika motosikal berkuasa besar dan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Kuantan Ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4:45 petang semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya terbabit.
“Pemandu pacuan empat roda terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak merempuh wanita itu,”
“Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa besar dari arah belakang melanggar belakang pacuan empat roda terbabit,”
“Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat ronda.” katanya menerusi kenyataan media di sinim hari ini.
Mazlan berkata, akibat kemalangan itu penunggang terbabit Ahmad Haziq Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian dan motosikal mangsa tercampak ke atas pacuan empat roda dirempuh mangsa.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian wanita terbabit melintas jalan.
Katanya, susulan kejadian itu wanita bertindak melintas jalan itu serta penumpang SUV dipandunya, seorang lelaki warga China berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan anggota tentera yang terkorban dalam nahas kejadian pertembungan dua buah helikopter di udara di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Timbalan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.
“Salam takziah buat keluarga mangsa,” katanya.
Kejadian tersebut melibatkan dua helikopter jenis HOM (M503-3 dengan tujuh krew dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
Helikopter HOM dinaiki oleh Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM – PM Skuadron 503, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan tiga lagi belum dipastikan..
Manakala, sebuah lagi helikopter jenis Fennec (M502-6) dengan tiga 3 orang krew, Kdr Muhamad Amir Mohamad TLDM – PM Skuadron 502, Lt Sivasutan Thanjappan TLDM dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LUMUT – Dua buah helikopter bertembung dan terhempas ketika berada di udara dan tiga maut, manakala empat daripada tujuh cedera dari sebuah helikopter di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Kejadian dilaporkan sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Ahmad Ya Amiri Yaccob melaporkan, helikopter pertama (AS5530) terdapat tiga mangsa, dua daripadanya sempat keluar dan seorang tersepit, namun ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM.
“Manakala helikopter kedua, Pheonix (AW1139) terdapat tujuh mangsa dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
“Kesemua anggota BBP melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hasrat penunggang maut dalam perjalanan jumpa tunang
LIPIS : Seorang penunggang motosikal berhasrat bertemu tunang di Kampung Batu Balai tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di KM 9, Jalam Jerantut- Benta berdekatan Kampung Kemahang, pada jam 1.20 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, penunggang yang maut, Ahmad Solihin Fazuni berusia 21 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu menuju ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh dan motosikal yang ditunggangnya telah bertembung dengan lori treler dengan muatan tandan sawit yang dipandu oleh awrag temoatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka, Maran
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan (APJ) 1987.
Katanya, penunggang motorsikal berada di bawah lori treler itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Katanya, pihak polis memohon Kerjasama pihak yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Warga emas maut dalam kemalangan setelah selesai beraya di Kelantan.
LIPIS : Seorang warga emas wanita berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta yang dipandu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) dekat sini pada jam 6.45 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, ketika tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu oleh lelaki warga tempatan bersama ibu, isteri dan tiga anak telah melanggar belakang lori yang membawa muatan kayu getah ke sebuah kilang kayu di Padang Tengku.
“Dalam siasatan awal, kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori tersebut.
“Kedua-dua kenderaan tersebut dari arah yang sama dan kereta itu yang datang dari arah Kampung Labok, Machang untuk pulang ke Puncak Alam setelah selesai bercuti hari raya, “katanya dalam kenyataan media, semalam.
Katanya, wanita yang maut, Sharifah Abu Bakar yang duduk di hadapan bahagian penumpang meninggal dunia, manakala pemandu kereta, isteri pemandu dan ketiga -t iga anaknya yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapat rawatan selanjutya.
“Pemandu lori seorang warga tempatan bersuai 51 tahun tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Sebuah rumah separuh kekal terbakar hampir sepenuhnya di Blok 20, Jengka 20, pada jam 8.27 malam ini.
Komander Operasi, Nor Dzaini Md Zin melaporkan rumah jenis separuh kekal berukuran 30 kaki x 80 kaki, mengalami 95 peratus terbakar tetapi tidak melibatkan mangsa.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bompa dan Penyelamat Bandar Jengka bersama sebuah jentera turut di bantu oleh lima anggota dari BBP Kuala Krau (Balai Bantuan) bersma sebuah jentera.
“Anggota bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan bantuan air tangki pam jentera bomba,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah bas persiaran yang membawa 16 orang penumpang termasuk empat orang warga asing terbalik dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Hentian Rehat Lentang hala timur, Lebuhraya Karak dekat sini pagi ini.
Bas Persiaran terbalik, dua maut, 11 cedera
BENTONG : Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran terbalik mengakibatkan dua maut dan 11 cedera dalam kemalangan yang berlaku di KM 51.4 arah timur berdekatan Lentang, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dekat sini pada jam 7.53 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut termasuk seorang lelaki warganegara asing dan seorang lagi penumpang wanita yang masih belum dikenalpasti.
“Pemandu bas tersebut mengalami kecederaan parah dan seorang wanita warga tempatan mengalami kecederaan serupa.
“Sebelas penumpang lain mengalami kecederaan dan lima terselamat. Bas tersebut yang bertolak dari TBS menghala ke Kuantan dengan membawa seramai 20 penumpang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong menerima panggilan telefon kira-kira jam 8.00 pagi tadi memaklumkan kemalangan tersebut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!