Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras ditemui.
Foto atas : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi. -Foto BBP Bentong.
Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus deras ditemui.
BENTONG : Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini ditemui pada jam 9.35 malam tadi.
Mayat, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, berusia 17 tahun yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini telah pergi kawasan itu bersama tiga rakannya pada jam 5.10 petang hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman 3 meter (8 kaki) di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
Katanya, pegawai operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan sebelum kejadian, mangsa bersama 3 rakannya telah pergi ke kawasan kejadian untuk mandi manda bersama 3 orang rakan.
“Tidak semena-mena mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut dan dibawa arus deras.
“Pasukan PPDA turut membantu dalam operasi tersebut untuk membantu menaikkan mangsa kerana air terlalu deras,” katanya kepada media.
Katanya, seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama 2 jentera telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada petang tadi.
“Mangsa dipercayai terjatuh itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya.-SAHIH.
Sumber : Berita Harian.