Kes COVID-19 global sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data JohnsHopkinsUniversity, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan (2224 GMT).
Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.
Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.
Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico manakala negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAHORE: Seorang lelaki Pakistan hari ini didakwa sebagai suspek utama dalam kes rogol beramai-ramai terhadap seorang wanita di tepi jalan raya hingga mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara.
Mangsa mengatakan dia dirogol di hadapan dua anaknya selepas keretanya kehabisan minyak berhampiran timur bandar Lahore bulan lalu.
Mahkamah Lahore memerintahkan Abid Ali Malhi, yang diberkas semalam, ditahan, menurut jurucakap ketua polis bandar itu.
Malhi juga mempunyai sekurang-kurangnya 10 kes lain yang didaftarkan oleh polis ke atasnya.
Protes terhadap serangan ke atas wanita terbabit meningkat selepas ketua polis Lahore menyalahkan mangsa dan mengatakan wanita itu seharusnya tidak memandu sendirian.
Kes itu mendorong Perdana Menteri, Imran Khan meminta pelaku seks digantung di depan umum atau dimandulkan secara kimia, suatu proses yang membabitkan penggunaan dadah untuk mengurangkan libido seseorang.
Pemerkosaan sangat sukar untuk diadili di Pakistan, di mana mangsa wanita sering difitnah dan diperlakukan sebagai warga negara kelas dua.
Suspek kedua, Shafqat Ali yang menurut polis mengaku melakukan jenayah itu, masih dalam tahanan.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Selepas memenggal kepala isterinya, seorang lelaki tampil menyerah dirinya di balai polis di daerah Banda, Uttar Pradesh, kelmarin, lapor GulfNews.
Lebih memeranjatkan apabila lelaki itu datang bersama kepala isterinya yang dipenggal ketika menyerah diri.
Menurut laporan berita tempatan, suspek Chinnar Yadav dan isterinya, Vimala yang berusia 35 tahun menetap di Netanagar.
Pasangan itu pada mulanya bertikam lidah sekitar jam 7.30 pagi hari kejadian selepas Yadav menuduh Vimala tidak setia serta menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Ketika keadaan tegang, Yadav bertindak memenggal kepala isterinya dengan senjata tajam hingga mangsa mati,” kata Asisten Superintendan Mahendra Pratap Chauhan kepada media tempatan.
Susulan kejadian itu, Yadav ditahan untuk siasatan selepas tampil menyerah diri.
Senjata digunakannya turut dirampas manakala mayat isterinya dibedah siasat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NURBURGRING: Lewis Hamilton menerima topi keledar perlumbaan yang pernah digunakan Micheal Schumacher selepas dia menyamai rekod 91 kemenangan diraih legenda itu di Grand Prix (GP) Eifel, malam tadi.
Pelumba dari Britain itu diganggu ketika sesi temubual oleh anak Schumacher, Mick yang menyerahkan memorabilia ikonik itu sekali gus mencetuskan detik yang menyentuh hati.
Ia seakan seperti sudah ditakdirkan apabila Hamilton menyamai rekod yang dilakukan Schumacher pada 2006 itu di tanah air pelumba Ferrari itu sendiri iaitu di Jerman.
Hamilton kemudiannya berdiri di atas podium dan menjulang topi keledar terbabit ketika dia meraikan kemenangan ketujuhnya dalam 11 perlumbaan.
Pelumba berusia 35 tahun itu berkata: “Terima kasih. Ini adalah satu penghormatan. Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
“Apabila anda membesar menyaksikan seseorang dan menjadikan dia sebagai idola. Apa yang dia lakukan berterusan.
“Saya masih ingat bermain sebagai Michael Schumacher dalam permainan yang dipanggil GP2. Melihat dia mendominasi dalam tempoh masa yang panjang, saya tidak pernah terfikir dapat menyamai pencapaiannya.
“Jadi, ini adalah satu penghormatan yang menakjubkan. Saya perlukan masa untuk membiasakan diri dengan semua ini.
“Semasa saya tiba di garisan penamat, ketika itulah baru saya sedar yang saya sudah menyamai rekod itu.
“Saya tidak terfikir mengenainya sebelum itu. Saya tidak dapat melakukannya tanpa pasukan hebat yang sentiasa memberikan sokongan. Jadi terima kasih dan penghormatan besar buat Micheal,” katanya.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HONG KONG: Ubat anti-mikrob untuk merawat ulser perut dan jangkitan bakteria menunjukkan petanda positif bagi membasmi coronavirus dalam haiwan.
Penyelidikan dihasilkan saintis Hong Kong itu ketika ini turut meneroka kemungkinan sama ada ubat itu mempunyai keupayaan untuk memerangi coronavirus SARS-CoV-2 (nama saintifik COVID-19).
Menggunakan tikus Syria sebagai bahan uji kaji, penemuan mendapati satu daripada ubat berkenaan, iaitu ranitidine bismuth citrate(RBC) adalah ejen anti-SARS-CoV-2 yang sangat kuat.
Penyelidik Universiti Hong Kong, Runming Wang, menjelaskan RBC mampu mengurangkan bilangan virus dalam saluran pernafasan tikus Syria sebanyak 10 kali ganda.
“Oleh itu, penemuan kami mendapati RBC mempunyai potensi sebagai ejen antiviral bagi COVID-19,” katanya.
Ubat antiviral yang digunakan untuk tujuan meluas, remdesivir dan sejenis kortikosteroid, dexamethasone, sebelum ini dikenal pasti antara penawaruntuk merawat COVID-19.
Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua jenis ubat berkenaan, termasuk dalam merawat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas disahkan positif COVID-19 dilaporkan mempunyai kesan sampingan.
Wang berkata, harga remdesivir di pasaran mahal dan ia berdepan kekurangan kadar bekalan untuk pesakit di seluruh dunia, manakala dexamethasone mempunyai kesan terhadap sistem pertahanan badan yang berupaya mengundang risiko sekiranya diberikan kepada pesakit kritikal.
“Ubat lain yang digunakan untuk merawat COVID-19 pula boleh merosakkan fungsi hati, justeru RBC adalah pilihan rawatan paling selamat setakat ini,” katanya.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Koronavirus (COVID-19) mampu bertahan sehingga seminggu pada permukaan wang kertas dan skrin sentuh telefon pintar serta permukaan licin seperti cermin atau gelas.
Saintis dari AustralianCentreforDiseasePreparedness (ACDP) berkata, virus COVID-19 sangat mudah tersebar selain mampu bertahan sehingga 28 hari pada permukaan licin seperti cermin atau skrin sentuh pada telefon pintar serta wang kertas yang disimpan pada suhu 20 Celcius atau 68 Fahrenheit.
Virus itu bagaimanapun dikesan mulai lemah pada suhu 40 Celcius di permukaan tertentu, berdasarkan kajian diterbitkan dalam VirologyJournal hari ini.
GAMBAR HIASAN
Kajian itu juga menyatakan bahawa virus COVID-19 boleh bertahan lebih lama pada suhu atau cuaca lebih sejuk dan sukar untuk dikawal pada musim sejuk.
“Hasil kajian dan penyelidikan kami mendapati virus COVID-19 bertahan dan boleh tersebar untuk jangka masa tertentu… jadi, amalan membasuh tangan secara kerap dan amalan kebersihan lain perlu diteruskan untuk tempoh yang panjang,” kata Debbie Eagles, Timbalan Pengarah ACDP melalui emel.
Virus COVID-19 mudah tersebar melalui kontak rapat dengan pesakit, terutamanya melalui partikel dibebaskan ke udara dengan batuk, bersin, bercakap, menyanyi dan melalui pernafasan.
Virus itu juga boleh mencemari udara sebaik sahaja ia dilepaskan dan secara tidak langsung mampu menjadi penyumbang utama kepada penyebaran COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Akibat sering dikasari suami, seorang wanita berasal dari Arunachal Pradesh di timur laut India nekad melarikan diri dari rumah untuk berkahwin dengan kekasihgelapnya yang sudah berumah tangga.
Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila dia dipukul dan diaibkan penduduk selepas kembali ke kampung halamannya.
GulfNews memetik laporan media tempatan pada 9 Oktober lalu melaporkan wanita itu mengakui terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan apabila berterusan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Saya tidak berkahwin lari kerana curang dengan suami sebaliknya tidak tahan dikasari dan teman lelaki saya tahu apa yang berlaku.
“Sepanjang lima tahun berumah tangga, hampir setiap hari saya dipukul oleh suami dan pernah keguguran kerana ditendang di perut.
“Pernah sekali, saya dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius,” katanya.
Menurut wanita berkenaan, keadaan jadi bertambah buruk apabila ibu mentua tidak menghalang tindakan suaminya.
Difahamkan, beberapa pertemuan antara kedua belah keluarga sudah diadakan, tetapi masalah berkenaan tidak selesai.
Selepas melarikan diri, keluarga teman lelakinya menghubungi mereka dan meminta wanita itu dan kekasihnya pulang ke kampung.
Pada awalnya, wanita itu enggan, tetapi akhirnya menurut permintaan keluarga sebelum kedua-duanya pulang ke kampung pada tengah malam, 25 September lalu.
Rupanya, ia hanya satu perangkap apabila mereka ditangkap sebaik tiba di kampung.
Wanita itu terus ditarik keluar dari kenderaan kemudian dimandikan sebelum dicukur rambutnya sebagai hukuman.
Dia turut dibogelkan dan gambarnya diambil oleh penduduk yang ada di situ kemudian ditinggalkan di dalam sebuah bilik tanpa diberi makan.
Pasangannya cuba menyelamatkan wanita itu namun dia dihalang dan dipukul penduduk kampung.
Wanita berkenaan cuba menghubungi datuknya untuk bantuan.
Datuknya mahu menuntut keadilan tetapi penduduk kampung memutuskan memberikan 40,000 rupee (kira-kira RM2,267) kepada lelaki itu.
Malah, wanita itu bukan saja dihalang berkahwin lagi tapi diusir dari kampung.
Kes itu mendapat perhatian polis dan sehingga kini, 15 daripada 38 suspek itu ditahan untuk siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK : Kira-kira 20 individu maut manakala puluhan lagi cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka bertembung dengan kereta api di wilayah Chachoengsao yang terletak 50 kilometer (km) di timur Bangkok, hari ini.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) di lintasan landasan kereta api berhampiran stesen kereta api Chachoengsao.
Difahamkan, kereta api yang merempuh bas itu dalam perjalanan dari Laem Chabang di Royang.
Bas terbabit membawa 60 penumpang dari Samut Prakan menuju ke sebuah kuil di Chachoengsao untuk menghadiri acara keagamaan.
Gabenor Chachoengsao, Maitree Traitilanansaid berkata, kemalangan berlaku apabila bas sedang melintasi landasan kereta api.
“Siasatan awal mendapati kereta api itu sudah membunyikan wisel. Tetapi pemandu bas berkenaan terus memandu dan melintasi landasan. Akibatnya, bas itu dirempuh oleh kereta api berkenaan.
“Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh manakala 30 lagi cedera akibat kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RENNES: Empat maut manakala seorang lagi hilang selepas dua pesawat ringan bertembung di barat Perancis pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.
Pesawat mikro yang membawa dua penumpang bertembung dengan pesawat pelancongan DA40 dengan tiga orang di dalamnya sekitar jam 4:30 petang waktu tempatan di Loches, kata pegawai kerajaan tempatan, Nadia Seghier kepada AFP.
“Pesawat mikro berkenaan bagaimanapun mendarat di sekitar rumah tanpa membahayakan orang lain, manakala satu lagi pesawat yang lebih besar (DA40) pula beberapa ratus meter jauhnya di kawasan tidak berpenghuni,” kata Seghier.
Seorang Pendakwa raya, Gregoire Dulin, dari Tours yang berdekatan dengan lokasi kejadian, berkata empat mayat ditemui akibat perlanggaran dua pesawat berkenaan.
“Seorang lagi mangsa dikatakan masih hilang,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi, Genevieve Allouard-Liebert berkata, dia kebetulan berada di luar rumah bersama suaminya dan melihat mangsa jatuh daripada pesawat akibat pertembungan itu.
Menurut Dulin, seorang lelaki berusia 75 tahun mengemudikan pesawat peklancongan dengan dua penumpang masing-msaing berusia 28 dan 30 tahun, sementara seorang lelaki berusia 66 tahun membawa pesawat mikro dengan seorang penumpang berusia 50 tahun.
Kira-kira 50 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian manakala 30 anggota polis turut mengawal lalu lintas di dua lokasi nahas itu.
Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui
“Tidak pernah ada pesawat melintas ruang udara di sekitar Loches. Ini kemalangan yang tidak mungkin dan sukar untuk dipercayai,” kata Datuk Bandar, Marc Angenault.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: Sepanyol semalam mengumumkan perintah darurat selama 15 hari di Madrid susulan peningkatan kes COVID-19 di ibu negara itu.
Ia menyaksikan pihak berkuasa menguatkuasakan semula sekatan pergerakan separa di bandaraya berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan pusat menguatkuasakan sekatan pergerakan separa di bandaraya itu, namun perintah itu ditarik balik selepas mahkamah pada Khamis lalu membenarkan permohonan pihak berkuasa tempatan Madrid yang mencabar arahan berkenaan.
Susulan keputusan berkenaan, kerajaan mengumumkan perintah darurat, sekali gus memberikannya kuasa untuk menguatkuasakan semula sekatan pergerakan berkenaan.
BBC melaporkan bahawa 7,000 polis akan memantau penguatkuasaan sekatan berkenaan.
Perintah itu akan meliputi 4.5 juta orang penduduk di Madrid dan kawasan sekitarnya termasuk Fuenlabrada, Getafe and Leganés.
Madrid berdepan kadar jangkitan yang meningkat lebih dari 700 kes bagi 100,000 orang, berbanding hanya 300 bagi 100,000 orang di seluruh Sepanyol, kadar tertinggi dalam KesatuanEropah (EU).
Bandaraya itu sebelum ini pernah dikenakan sekatan pergerakan pada Mac lalu.
Masalah di Madrid sama seperti yang dihadapi pemerintah Perancis bulan lalu apabila menutup bar dan restoran di pelabuhan selatan Marseille, di mana wakil tempatan bertindak balas dengan kemarahan.
Sejak itu, penutupan sebahagian dilanjutkan ke Paris dan kawasan bandar utama yang lain, sementara empat bandar raya Perancis lainnya Khamis lalu diletakkan di bawah amaran maksimum COVID-19, yang bermaksud mereka harus menutup bar dan mengehadkan perhimpunan awam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!