NEW DELHI- Jumlah kes wabak koronavirus (COVID-19) di India mencecah sembilan juta hari ini, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan.
Dengan 45,882 kes jangkitan baharu di seluruh negara, jumlah keseluruhan adalah 9,004,365, manakala jumlah kematian seramai 132,162 setelah 584 lagi pesakit meninggal dunia, menurut data rasmi kementerian.
Sebanyak 443,794 kes aktif dilaporkan manakala 8,428,409 pesakit dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan.
Kerajaan India meningkatkan kemudahan ujian saringan yang menyaksikan sehingga Khamis sebanyak 129,591,786 ujian telah dilakukan. Pada Khamis sahaja 1,083,397 ujian saringan dibuat.
Sejak beberapa hari lalu, New Delhi mencatatkan lonjakan mendadak kes baharu.
Pemerintah New Delhi telah melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengatasi lonjakan itu, termasuk menaikkan denda kepada 2,000 rupee India (sekitar US$ 27) dan mengehadkan kehadiran tetamu kepada 50 orang dalam majlis perkahwinan berbanding 200 tetamu sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUMATERA: Seorang tukang keranda dari Sumatera Utara, Indonesia menzahirkan rasa kecewa selepas menjual batu dipercayai bongkah meteorit bernilai jutaan dolar pada harga Rp200 juta (kira-kira RM57,660).
Memetik laporan TheJakartaPost, Josua Hutagalung, 34, memberitahu dia rasa tertipu selepas menjual batu itu kepada pakar meteorit, Jared Collins dari Amerika Syarikat pada harga jauh lebih murah berbanding nilai sebenar mencecah AS$1.85 juta (RM7.56 juta).
JOSUA Hutagalung bersama batu meteorit ditemuinya awal bulan Ogos lalu
“Sekiranya itu benar, saya telah ditipu dan saya kecewa,” ujarnya selepas mengetahui harga sebenar batu itu.
Menurut Josua, dia dijanjikan harga Rp200 juta itu oleh Jared tidak termasuk tambahan Rp14 juta untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak.
“Saya telah menghabiskan semua Rp200 juta hasil daripada menjual batu itu untuk menolong keluarga, anak yatim, membina gereja dan membaiki kubur ibu bapa saya,” katanya.
Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, sebuah bongkah batu jatuh menembusi bumbung beranda rumah ketika leka Josua sedang menyiapkan keranda ditempah pelanggan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penyertaan Presidennya, Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya esok.
BHOnline melaporkan, Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob, berkata pengesahan itu dibuat secara lisan oleh pegawai kanan AS, Sandra Oudkirk.
“Oudkirk memaklumkan bahawa AS akan diwakili oleh Trump,” kata Hairil pada sesi taklimat pengarang kanan media bersempena AELM.
Difahamkan, masih belum ada pengesahan secara rasmi atau bertulis dibuat oleh AS sama ada Trump sah mewakili negara itu dalam AELM.
Ini adalah penyertaan pertama Trump dalam APEC sejak 2017.
Beliau yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden AS kepada Joe Biden baru-baru ini, bakal menyertai AELM yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LOS ANGELES: California akan menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negeri bermula Sabtu ini untuk membendung peningkatan mendadak kes COVID-19.
Gabenor Gavon Newson, berkata penduduk tidak akan dibenarkan keluar rumah mulai jam 10 malam hingga jam 5 pagi setiap hari sehingga 21 Disember ini.
“Virus ini merebak dengan pantas pada kadar yang tidak pernah kita lihat sejak pandemik ini bermula.
“Hari dan minggu mendatang akan menjadi tempoh kritikal untuk membendung penularan pandemik ini. Kami sudah memberikan peringatan,” katanya dalam kenyataan, disiarkan AFP.
Beliau turut berkata, semua pihak perlu bersama-sama untuk bertindak mengurangkan penularan dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebelum jumlah kematian meningkat.
“Kita pernah melakukannya sebelum ini dan kali ini kita harus melakukannya sekali lagi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India apabila diperkosa dua lelaki bergilir-gilir sehingga mangsa meninggal dunia.
India Times melaporkan polis memaklumkan kedua-dua suspek yang disyaki terbabit juga bertindak kejam apabila mengambil organ mangsa iaitu hati dan paru-paru untuk upacara ilmu hitam.
Mayat mangsa ditemui di sebuah hutan dekat Kanpur, Uttar Pradesh, pada Ahad lalu selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Ghatampur pada malam Deepavali.
Asisten Superintendan Brajesh Srivastava berkata, kedua-dua suspek iaitu Ankul Kuril, 20, dan Beeran, 31, bagaimanapun, sudah ditahan untuk siasatan pada Ahad lalu.
Turut ditahan kerana bersubahat adalah seorang lelaki yang menerima organ untuk melakukan upacara ilmu hitam, Parshuram Kuril dan isterinya.
Menurut Brajesh, Parshuram cuba berdolak-dalik ketika disoal siasat tetapi akhirnya mengakui perbuatannya.
“Parshuram memberitahu sudah berkahwin sejak 1999, tetapi belum dikurniakan zuriat.
“Jadi, dia meminta anak saudaranya, Ankul dan rakannya Beeran untuk menculik mangsa serta mengambil organnya.
“Akur dengan arahan, Ankul dan Beeran yang mabuk ketika itu kemudian menculik mangsa yang keluar dari rumahnya di kampung Bhadras pada Sabtu malam,” katanya.
Gambar Hiasan
Brajesh berkata, kedua-dua suspek membawa mangsa ke hutan berhampiran sebelum memperkosa dan membunuhnya.
“Berikutan kesalahan itu, tertuduh akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: China akan terus membuka pintu bagi membolehkan kitaran ekonomi dan perdagangan domestik serta antarabangsa kekal beroperasi.
Presidennya, Xi Jinping, berkata pembukaan ekonomi China untuk dagangan dua hala antara lain membuka runag kepada syarikat luar mengembangkan pasaran di China.
Menurut laporan BHOnline, beliau berkata, syarikat asing boleh meneroka pasaran China yang menawarkan akses populasi yang luas iaitu sekitar 400 juta penduduk.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada pembukaan Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUKA SEMULA PINTU SEMPADAN UNTUK HUBUNGAN PERDAGANGAN ORANG RAMAI
BAGHDAD: Iraq dan Arab Saudi hari ini, membuka semula pintu sempadan di laluan gurun Arar, keputusan yang ditunggu-tunggu bagi hubungan perdagangan lebih erat, selepas 30 tahun sempadan darat kedua-dua negara itu ditutup.
Pegawai atasan termasuk Menteri Dalam Negeri Iraq dan Ketua Suruhanjaya Sempadannya tiba dari Baghdad untuk membuka Arar secara rasmi.
Duta Arab Saudi ke Iraq turut hadir bersama rombongan dari Riyadh, membuka sempadan sebelah Arab Saudi.
Seperti dipetik dari BH Oline yang dilaporkan AFP, Arar akan dibuka kepada perdagangan dan orang ramai selepas Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Baghdad, pada 1990, susulan pencerobohan Kuwait oleh bekas diktator Iraq, Saddam Hussein.
Hubungan kekal keruh sejak itu, tetapi Perdana Menteri Iraq yang baharu, Mustafa al-Kadhemi mempunyai hubungan erat dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Kadhemi mengadakan lawatan ke Arab Saudi, iaitu kunjungan luar pertamanya sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu, tetapi lawatan itu dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Raja Saudi Salman dimasukkan ke hospital.
Beliau bagaimanapun belum melakukan kunjungan, walaupun menteri Iraq sudah mengunjungi Riyadh untuk bertemu dengan rakan sejawatan, selain delegasi tertinggi Arab Saudi melawat ke Baghdad, minggu lalu.
Baghdad melihat Arar sebagai alternatif berpotensi bagi memasuki negara jiran, Iran, yang Iraq membawa sebahagian besar importnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HONIARA: Kepulauan Solomon dilaporkan merancang untuk mengharamkan Facebook (FB) selepas mendapat kritikan keras di media sosial itu, sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan hak asasi dan pemimpin pembangkang negara kepulauan Pasifik itu.
Sumber AFP menyatakan, Menteri Komunikasi, Peter Shanel Agovaka dilaporkan merancang mengharamkan sementara Facebook pada minggu ini dan perbincangan sedang dilakukan dengan penyedia perkhidmatan internet mengenai kaedah pelaksanaannya, lapor SolomonTimes.
“Bahasa kasar terhadap menteri, perdana menteri (Manasseh Sogavare), pembunuhan karakter, fitnah karakter, semua ini adalah masalah yang menjadi perhatian,” katanya kepada akhbar itu.
Bagaimanapun, pejabat Sogavare tidak menjawab pertanyaan mengenai rancangan itu, yang mana pemimpin pembangkang, Matthew Wale berkata ia cuma menggambarkan penapisan tidak wajar.
“Media sosial terutamanya Facebook menjadi platform utama bertukar-tukar pandangan rakyat secara bebas. Tidak ada alasan yang cukup kukuh untuk menjamin larangan di Facebook dan media sosial pada masa ini.
“Rakyat dan setiap warganegara sangat penting bagi satu kerajaan yang bertanggungjawab,” kata Wale.
Facebook digunakan secara meluas di Kepulauan Solomon berpopulasi 700,000 orang yang tinggal berselerakan di pulau gunung berapi berbatu dan terumbu karang atol, sehingga menyukarkan komunikasi.
Sogavare kerap menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan mesej kerajaan termasuk mengemaskini hal kesihatan mengenai jangkitan COVID-19.
Sementara itu, AmnestyInternational menyifatkan campur tangan terhadap sumber maklumat terpenting ketika penularan pandemik global boleh mengancam nyawa, sekali gus menuntut kerajaan perlu segera memikirkan kembali strategi menghadapinya.
“Mengharamkan laman media sosial hanya kerana ada orang membuat komen yang tidak disukai pihak berkuasa adalah serangan terang-terangan dan tindakan keras terhadap hak asasi manusia,” kata penyelidik Amnesty Pasifik, Kate Schuetze.
Beliau mendakwa, jika rancangan itu diteruskan maka Kepulauan Solomon akan menyertai China, Korea Utara dan Iran sebagai negara yang mengharamkan Facebook.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Polis antirusuhan Thailand menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba memotong kawat berduri dan mengalih penghadang konkrit di luar Bangunan Parlimen di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya 23 cedera, termasuk lima akibat ditembak.
Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar Parlimen ketika Ahli Parlimen membincangkan usul untuk meminda perlembagaan sejak 3 petang (waktu tempatan) semalam.
Terdahulu polis mengeluarkan amaran tidak membenarkan penunjuk perasaan berada 50 meter dari Bangunan Parlimen.
Walaupun diberi amaran, penunjuk perasaan antikerajaan itu tetap berkumpul di dua tempat iaitu Kiak Kai dan Samsen Road, terletak berhampiran Parlimen dan mula mengalihkan penghadang.
Menurut laporan Bernama, polis antirusuhan menembak meriam air diikuti gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang memakai topi keledar dan topeng yang cuba memotong kawat berduri.
Penunjuk perasaan yang marah dengan tindakan polis itu, kemudiannya bertindak membaling bom asap berwarna serta botol air ke arah polis.
Ambulans kelihatan membawa mereka yang cedera ke hospital. Pusat Perubatan Erawan di Bangkok melaporkan, sekurang-kurangnya 12 orang cedera akibat gas pemedih mata dan lima mengalami kecederaan akibat tembakan di pergelangan tangan, kaki serta perut manakala selebihnya mengalami kecederaan lain. Kesemua mereka menerima rawatan di hospital berdekatan.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata, polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran berulang kali dan cuba membolosi halangan untuk memasuki kawasan Parlimen.
“Polis berulang kali memberi amaran kepada mereka (penunjuk perasaan) supaya tidak masuk tetapi mereka tidak mengendahkannya dan berusaha memusnahkan penghadang. Itulah sebabnya polis mengambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, kumpulan menyokong Raja, memakai baju shirt kuning yang berkumpul di luar Bangunan Parlimen membantah pindaan perlembagaan, bertembung dengan penunjuk perasaan antikerajaan di Kiak Kai Road.
Saksi melaporkan, kedua-dua kumpulan dilihat saling membaling botol air dan batu.
Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan perhimpunan di Bangkok dan bandar lain mengulangi tuntutan untuk perubahan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi kepada sistem beraja.
Pemimpin tunjuk perasaan, Parit Chiwarak mengumumkan berakhirnya perhimpunan hari ini di luar Bangunan Parlimen kira-kira 9 malam tadi.
“Perhimpunan besar akan diadakan secara berterusan, mulai esok,” katanya kepada penunjuk perasaan.
Peguam hak asasi manusia Arnon Nampa yang juga antara pemimpin tunjuk perasaan yang dibebaskan dari penjara baru-baru ini meminta penunjuk perasaan berkumpul di daerah perniagaan Bangkok, Ratchaprasong, pada jam 4 petang semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: New York berusaha membendung gelombang kedua jangkitan COVID-19 menerusi larangan baharu terhadap bar dan restoran, semalam, manakala Donald Trump menegaskan rakyat pertama Amerika Syarikat (AS) akan menerima vaksin dalam masa beberapa minggu.
Menurut laporan AGENSI, dalam ucapan pertamanya kepada umum sejak diumumkan tewas pemilihan Presiden AS pada 3 November lalu, Presiden AS itu kerap menyuarakan mengenai usaha perubatan di bawah pemerhatiannya dan pada masa sama, menentang larangan terhadap bar dan restoran itu.
Dia menjangkakan vaksin COVID-19 dibangunkan Pfizer dan BioNTech serta dinyatakan berkesan sehingga 90 peratus dalam percubaan sebelum ini, akan memperoleh kelulusan kecemasan dalam masa terdekat.
“Vaksin itu akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, orang tua dan rakyat AS berisiko tinggi dalam masa beberapa minggu,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih, sambil menyatakan ia akan diberikan kepada populasi umum seawal April ini.
Jumlah kes COVID-19 melonjak di seluruh Amerika dan Eropah sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik di sebalik kebimbangan tindakan itu akan menjejaskan sektor ekonomi.
Wabak itu mengorbankan hampir 1.3 juta mangsa di seluruh dunia dan menjangkiti hampir 53 juta individu sejak mula dikesan di China pada Disember lalu.
Di New York, Gabenor Andrew Cuomo mengarahkan semua premis berlesen menjual alkohol ditutup pada 10 malam.
Manakala Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memberi amaran dia mungkin mengikut langkah bandar besar lain di AS termasuk pembelajaran dalam talian seawal Isnin ini, berikutan jangkitan harian melonjak kepada tiga peratus berbanding sekitar satu peratus sejak beberapa bulan lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!