MOSCOW – Sekurang-kurangnya 45 orang maut akibat dipijak semasa bersesak-sesak pada upacara penghormatan awam terakhir mendiang Presiden Tanzania, John Magufuli, lapor Sputnik.
Menurut akhbar tempatan Citizen memetik polis, hampir 37 lagi cedera. Laporan awal mengatakan lima orang terbunuh.
Magufuli meninggal dunia pada usia 61 tahun di sebuah hospital di Dar es Salaam di Tanzania, lapor AFP.
Pihak kerajaan menyatakan kematian presiden disebabkan masalah jantung setelah berjuang melawan penyakit itu selama sedekad.
Bagaimanapun pembangkang mendakwa Magufuli mengalami gejala Covid-19 yang teruk.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA – Satu ledakan bom dilaporkan meletup di hadapan sebuah gereja di Sulawesi Selatan pagi ini, lapor laman berita Detik News hari ini.
Kejadian pada pukul 10.28 pagi waktu tempatan yang berlaku di jalan berdekatan Gereja Katedral Makassar itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati.
Beberapa penduduk awam dilaporkan mengalami kecederaan namun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan setakat ini.
Menurut paderi gereja tersebut, Romo Wilhelmus Tulak, pengebom berkenaan cuba untuk memasuki gereja namun tidak berjaya.
“Seorang pengawal keselamatan terlihat seorang lelaki mencurigakan berdiri di hadapan pintu gereja dan berusaha untuk memasuki gereja.
“Apabila gagal masuk ke dalam, suspek tunggu di tepi jalan berhadapan gereja sebelum satu letupan kuat berlaku,” katanya.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Berdasarkan rakaman video saksi kejadian, terdapat dua kereta diletakkan di hadapan gereja selain terdapat empat individu yang sedang berjalan di kaki lima.
Sumber letupan bagaimanapun belum dapat disahkan.
Jurucakap polis Sulawesi Selatan, E. Zulpan dilaporkan berkata, orang ramai berada di dalam gereja ketika insiden itu berlaku.
“Kita mempercayai terdapat cebisan daging manusia. Kami masih sedang menyiasat adakah ia milik suspek atau orang ramai,” katanya.
Beberapa kenderaan di kawasan berdekatan turut mengalami kerosakan dan pihak polis sudah mengepung kawasan sekitarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING: China mengumumkan sekatan terhadap sembilan individu dan empat entiti di United Kingdom (UK) dalam kemelut diplomatik terbaru antara kedua-dua negara.
Mereka didakwa ‘berniat jahat menyebarkan penipuan dan berita palsu’ berhubung layanan Beijing terhadap etnik minoriti Islam Uighur di Xinjiang.
Kementerian Luar China, dalam satu kenyataan, berkata sekatan yang diumum hari ini membabitkan bekas pemimpin parti Konservatif Britain, Duncan Smith dan beberapa ahli Parlimen lain.
“UK mengenakan sekatan terhadap beberapa individu dan entiti dari China, kononnya kerana isu hak asasi di Xinjiang, sekali gus menjejaskan teruk hubungan China-UK.
“Tindakan ini adalah berasaskan penipuan dan maklumat palsu yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, asas hubungan luar antarabangsa serta mencampuri hal ehwal dalaman China,” katanya.
Menurut kenyataan sama, mereka yang disekat turut dilarang memasuki China termasuk Hong Kong dan Macau.
Katanya, harta mereka di negara berkenaan turut dibekukan dan warga serta institusi China dilarang berurusan dengan mereka.
Selain UK, kuasa barat seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) turut mengkritik isu hak asasi manusia di wilayah barat laut China itu,lapor AFP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHINA – Batu pelik yang ditemui oleh seorang warga China bernama Luo Yuanshui dari wilayah Fujian ini sangat aneh. Batu ini mampu menghisap rokok seperti manusia.
Pada mulanya, Luo menyangkakan bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak berstruktur adalah bongkahan batu biasa.
Namun batu itu boleh menghisap rokok sehingga habis dalam masa 5 minit.
Luo pernah cuba memberikan batu itu dengan beberapa jenama rokok dan ukuran yang berbeza namun batu seberat 2.2 kilo itu terus menghisapnya sehingga habis, demikian menurut sumber berita Daily Mail.
GAMBAR IHSAN DAILY MAIL
Luo menemui batu merokok itu di Gunung Shangyou. Dia mengaku menemui batu itu secara tidak sengaja sewaktu ingin mencari lubang untuk meletakkan rokoknya untuk sementara waktu. Luo tidak sedar memasukan puntung rokoknya kedalam sebuah lobang batu dan rokoknya habis seperti sedang dihisap.
Luo mendemontrasikan kehebatan batunya itu dihadapan para penduduk lain.
Penduduk yang mengunjungi kediaman Luo terkejut dengan batu misteri itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
THAILAND MAHU TOM YAM KUNG TERSENARAI DALAM UNESCO 2021
BANGKOK – Thailand mahu hidangan terkenal Tom Yam Kung disenaraikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara negara itu.
Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha semalam bersetuju untuk hidangan nasional Thailand – Tom Yam Kung– sebagai calon untuk senarai Warisan Budaya UNESCO 2021 tahun ini.
Tom Yam Kung adalah sup pedas, dihasilkan dengan mencampurkan pelbagai bahan segar termasuk serai, daun limau purut, jus limau nipis, cili, sos ikan, dan udang.
Perkataan Tom Yam merujuk kepada proses memasak, Tom bermaksud merebus dan Yam bermaksud bercampur, sementara Kung merujuk kepada udang.
Menteri Kebudayaan, Itthiphol Kunplome berkata, Tom Yam Kung mencerminkan gaya hidup sederhana masyarakat pertanian yang tinggal di sepanjang sungai dan terusan Thailand yang subur, lapor Bernama.
“Mencadangkan Tom Yam Kung sebagai warisan global akan menjadi detik yang membanggakan buat rakyat Thailand dan juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang asing mengenai kepelbagaian makanan Thailand.
“Penyenaraiannya dalam UNESCO akan mewujudkan peluang perniagaan kepada makanan Thailand, pekerjaan dan pendapatan bagi pengusaha makanan termasuk penternak udang dan petani tumbuhan herba serta pengeksport, pengusaha restoran dalam dan luar negara,” katanya seperti dipetik The Nation.
Tarian Khon dan urutan tradisional Thailand masing-masing telah disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2018 dan 2019.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAIPEI – Taiwan memulakan program vaksinasi bagi menguatkan daya tahan mencegah pandemik Covid-19 apabila Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang dan Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung menerima suntikan vaksin keluaran AstraZeneca pada Isnin.
Kedua-dua mereka menerima suntikan tersebut di sebuah hospital di Taipei selepas pihak berkuasa tempatan meluluskan penggunaan vaksin keluaran syarikat Britain dan Sweden itu.
“Saya tidak berasa sakit. Saya berharap setiap orang akan berasa lega selepas melihat keadaan saya,” kata Tseng-chang yang berusia 73 tahun seperti dilaporkan AFP.
Kenyataan beliau itu disiarkan menerusi televisyen Taiwan.
Awal bulan ini, beberapa buah negara anataranya Perancis, Itali, Venezuela dan Indonesia menggantung buat sementara penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca ekoran kebimbangan berlaku darah beku dan pendarahan otak.
Bagaimanapun, kebanyakan negara itu kemudian menyambung balik penggunaannya selepas pihak kawal selia vaksin tersebut di Eropah mengesahkan ia selamat dan berkesan bagi menentang Covid-19.
Vaksin keluaran AstraZeneca itu adalah yang termurah dan mudah disimpan sebelum ia digunakan.
Taiwan meneruskan penggunaan vaksin itu selepas sebuah jawatankuasa yang dianggotai pakar-pakar tempatan memutuskan ia memberikan lebih banyak kebaikan klinikal berbanding dengan risiko kesan buruk akibat penggunaannya.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun, beberapa orang yang mengambil pil pencegah kehamilan dan yang mengamalkan terapi hormon dinasihatkan tidak menerima suntikan vaksin tersebut.
Taiwan yang mempunyai penduduk berjumlah 23 juta dijadikan sebagai model pengawalan pandemik Covid-19 apabila mencatatkan hanya lebih 1,000 kes dan 10 kematian sejak ia mula dikesan di Wuhan, China pada lewat tahun 2019.
Ia menutup sempadan dengan segera, melaksanakan kuarantin ketat dan melakukan pengesanan Covid-19 yang bertaraf dunia dalam kalangan penduduknya bagi menghalang penularan pandemik itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON – Vaksin AstraZeneca dihasilkan bersama Oxford University didakwa 80 peratus berkesan mencegah Covid-19 dalam kalangan warga emas dan tidak meningkatkan risiko pembekuan darah, menurut syarikat farmaseutikal itu pada Isnin.
Laporan ujian fasa ketiga itu juga menunjukkan tahap keberkesanannya adalah 79 peratus untuk mencegah asimptomatik dan 100 peratus efisien untuk mencegah penyakit teruk dan individu dimasukkan ke hospital.
Ujian klinikal terakhir itu membabitkan 32,449 sukarelawan dan kira-kira 20 peratus daripadanya adalah individu berusia 65 tahun dan ke atas manakala kira-kira 60 peratus lagi adalah mereka yang berdepan masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti atau penyakit jantung, lapor AFP.
GAMBAR HIASAN
“Laporan itu mengesahkan keputusan sebelum ini. Ia menunjukkan keberkesanan sama ke atas golongan warga emas buat pertama kali,” kata penyelidik bersama, Profesor Ann Falsey di University of Rochester School of Medicine.
Ketika ini, beberapa negara Eropah menarik balik langkah penggantungan sementara ke atas vaksin AstraZeneca-Oxford selepas Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) mengesahkan ia selamat dan efektif pada minggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TOKYO: Keadaan darurat COVID-19 yang dikuatkuasakan di ibu negara Jepun, Tokyo berakhir hari ini.
Ia turut meliputi tiga wilayah jiran Tokyo iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa.
Semua restoran dan bar bagaimanapun masih diarahkan tutup sebelum 9.00 malam, manakala acara besar-besaran masih dilarang.
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, berkata jumlah kes jangkitan COVID-19 sudah menurun lebih 80 peratus sejak Januari lalu.
Begitupun, sebilangan pakar prihatin kes jangkitan akan kembali meningkat.
Pengkritik pula menyifatkan langkah menarik balik keadaan darurat itu sebagai satu langkah simbolik memandangkan Sukan Olimpik Tokyo bakal diadakan dalam masa kurang lima bulan.
Semalam, pihak berkuasa Jepun mengumumkan Sukan Olimpik tidak akan dibuka kepada penonton luar negara.
Mereka yang sudah membeli tiket akan menerima bayaran balik, lapor Agensi.
Peraturan bagi penonton tempatan dan warga asing yang menetap di Jepun bagaimanapun masih belum ditetapkan.
Acara larian obor Olimpik selama 121 hari akan bermula pada Khamis ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Ketika beberapa negara Eropah menguatkuasakan langkah perintah berkurung bagi membendung wabak COVID-19 yang semakin meningkat, penganjur Olimpik Tokyo terpaksa mengumumkan larangan kehadiran penonton luar negara pada temasya itu atas faktor keselamatan.
Walaupun lebih 400 juta dos vaksin disuntik di seluruh dunia, penganjur Olimpik Tokyo 2020 masih berharap sukan musim panas itu sebagai peluang menunjukkan bukti kejayaan manusia dalam memenangi virus ini.
Bagaimanapun, Sabtu lalu Ketua Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto mengumumkan penonton kejohanan itu dari luar negara dilarang menghadiri temasya itu kerana dikhuatiri berisiko mengundang ramai orang luar ke Jepun.
“Kita harus memastikan persekitaran yang selamat dan aman bagi semua peserta. Ini keputusan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Larangan itu yang belum pernah dibuat sebelum ini akan menjadikan Olimpik Tokyo yang pertama berlangsung tanpa penonton dari luar negara di tempat kejohanan diadakan.
Sementara itu, penduduk di Poland, sebahagian Perancis dan ibu negara Ukraine berdepan langkah sekatan baharu, dengan kebanyakan kedai ditutup dan orang ramai digesa bekerja dari rumah.
Di bahagian lain Eropah, kekecewaan terhadap perintah sekatan terus meningkat, menyaksikan pergaduhan dan demonstrasi anti sekatan berlaku di bandar Kassel, Jerman, manakala ribuan menyertai tunjuk perasaan di Liestal, Switzerland dan London.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk ‘Tamatkan perintah berkurung’ dan ‘pemberontak Corona’, di Kassel, anjuran kumpulan yang berjaya menarik sokongan aktivis berhaluan kiri dan kanan serta anti vaksin dan ahli teori konspirasi.
Di Afrika, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mengulangi keraguan vaksinnya sendiri, dan menambahkan ia akan menjadi ubat herba yang belum pernah diuji walaupun dikatakan akan melindungi beliau dan keluarganya.
Menurut data AFP, wabak masih meningkat di seluruh dunia, dengan jumlah jangkitan COVID-19 baharu meningkat di seluruh dunia sebanyak 14 peratus sejak seminggu lalu.
Lebih satu pertiga penduduk Perancis kini berada dalam keadaan perintah berkurung kerana negara itu dan beberapa negara jiran Eropah, memerangi gelombang ketiga pandemik itu.
Tetapi perintah sekatan lebih longgar dilaksanakan berbanding tahun lalu, dengan sekolah tetap dibuka dan salon rambut, pembuat kasut serta coklat dimasukkan ke dalam senarai perniagaan dibenarkan menerima pelanggan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KARACHI: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, positif COVID-19 semalam, kata pegawainya.
“Ketika ini, pejabat perdana menteri hanya dapat mengesahkan bahawa Perdana Menteri positif COVID-19 dan kini melakukan pengasingan kendiri,” kata pejabatnya.
Sementara itu, jurucakap Perdana Menteri, Shahbaz Gill, berkata Khan menderita batuk dan demam ringan dan keputusan ujian saringan semalam mendapati beliau positif.
Bekas pemain kriket berusia 68 tahun itu menerima suntikan vaksin Sinopharm buatan China pada Khamis, ketika negara itu berhadapan gelombang ketiga virus itu.
“Jangan kaitkan dengan vaksin COVID-19. Sistem imuniti badan hanya berkembang dalam beberapa minggu selepas vaksin diberikan. Pastikan orang tua terus diberikan (vaksin), begitu juga orang tersayang,” katanya.
Khan mungkin dijangkiti sebelum mendapat suntikan vaksin, dalam beberapa siri kunjungan awam minggu ini, kata Menteri Penerangan, Shibli Faraz kepada saluran televisyen Geo News.
Pada awal pagi semalam, penasihat kesihatan Perdana Menteri, Faisal Sultan menyatakan peningkatan kes positif virus sejak beberapa hari lalu sangat membimbangkan.
Beliau menyatakan jangkitan itu cukup terlihat membebankan sistem penjagaan kesihatan, terutama di wilayah Punjab yang paling ramai penduduk.
Angka kes mula meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sejurus selepas varian United Kingdom pertama kali dilaporkan di Karachi pada akhir Disember.
Lebih 620,000 kes dan hampir 13,800 kematian dilaporkan sejak wabak itu sampai ke negara ini, tetapi ujian saringan yang terhad menunjukkan bahawa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi, lapor Agensi.
Pakistan negara miskin yang mengelak perintah sekatan sepenuhnya, sebaliknya melaksanakan penutupan pintar yang menyaksikan kawasan kejiranan ditutup untuk jangka masa pendek, serta sekatan untuk makan di dalam kawasan tertutup dan perjumpaan besar.
Namun, banyak arahan sekatan telah diabaikan, dan Sultan mengkritik kurangnya penguatkuasaan pentadbiran dan kurangnya kepatuhan masyarakat.
Beijing telah menyumbangkan sejuta dos vaksin kepada Pakistan, yang mana negara dengan jumlah penduduk melebihi 220 juta itu telah mula memberikan vaksin kepada pekerja kesihatan dan orang yang berusia lebih 65 tahun.
Sebaik wabak itu dikesan, Khan menyatakan negara itu tidak panik, dengan mengatakan 97 peratus pesakit pulih sepenuhnya, namun beberapa bulan kemudian memberi amaran apabila orang tidak menganggapnya serius.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!