BANDAR GAZA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggesa konflik terbaru antara Israel dengan kumpulan pejuang di Gaza ‘diredakan secara signifikan’ ketika kedua-dua pihak terus saling berbalas serangan, menjelang usaha diplomatik untuk membendung keganasan itu daripada berlarutan, hari ini.
Jet pejuang rejim Zionis telah menyerang tempat tinggal sekurang-kurang enam pemimpin Hamas, menurut satu kenyataan tentera yang mendakwa terdapat ‘infrastruktur tentera’ disimpan di setiap kawasan berkenaan.
Kumpulan pejuang Islamic Jihad di Gaza pula mengaku bertanggungjawab melakukan bedilan roket terbaru ke atas rejim Zionis yang menyaksikan siren amaran serangan bergema pada awal pagi tadi.
Pergolakan meruncing walaupun Washington semalam mendesak supaya konflik terbaru yang tercetus pada 10 Mei lalu itu diredakan.
“Presiden memberitahu Perdana Menteri (Benjamin Netanyahu) bahawa beliau menjangka keadaan diredakan secara signifikan, hari ini (semalam), dalam laluan ke arah gencatan senjata,” menurut Rumah Putih.
Diplomat utama Jerman dijadual mengadakan rundingan dengan Israel, hari ini, bagi merintis usaha mencapai gencatan senjata itu.
Dalam tempoh 10 hari lalu, 219 rakyat Palestin terkorban, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, manakala polis rejim Zionis pula memaklumkan 12 orang di sebelah mereka terbunuh, akibat konflik kali ini.
Seorang pegawai tentera Israel yang enggan dikenali, memaklumkan bahawa rejim Zionis sedang menilai peringkat apa untuk mereka berkemungkinan menghentikan tindakan ketenteraman, lapor AFP.
“Kami sedang meneliti bila masa yang tepat untuk gencatan senjata,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Paris Saint-Germain berpeluang meraih kejuaraan domestik berganda selepas memenangi Piala Perancis dengan menewaskan Monaco 2-0 pada final di Stade de France.
Jaringan Mauro Icardi dan Kylian Mbappe memastikan kejuaraan buat PSG yang akan mengharungi aksi terakhir Ligue 1 musim ini dengan peluang untuk memenangi gelaran liga ke-10 mereka.
Juara Perancis itu sudah memenangi Piala Perancis sebanyak enam kali sepanjang tujuh musim lalu dan tidak pernah terlepas aksi final sejak tahun 2015.
Ia juga trofi kedua dalam karier pengurusan Maurico Pochettino selepas dia memenangi Trofi Juara-Juara untuk PSG pada Januari.
“Kami bekerja setiap hari untuk mengalami perasaan, ganjaran dan pengiktirafan seperti ini.
“Ia adalah hasil kerja berpasukan, semua yang terbabit dengan kelab ini, dan penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama kami, lapor AFP.
“Kami sentiasa memikirkan tentang peminat dan kejuaraan ini adalah untuk mereka juga,” kata Mbappe.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING – Salah sebuah pencakar langit tertinggi di China dikosongkan hari ini selepas bangunan itu mula bergoyang, mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam kejadian di bandar Shenzhen, selatan negara itu.
Bangunan SEG Plaza setinggi hampir 300 meter itu mula bergegar sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) sekali gus mendorong pihak berkuasa memindahkan orang ramai di dalamnya.
Media tempatan melaporkan bahawa bangunan itu ditutup setakat pukul 2,40 petang (waktu tempatan) tadi.
Siap pada tahun 2000, menara itu itu menempatkan premis barangan elektronik di samping berbilang pejabat.
Sementara itu, pegawai-pegawai pengurusan masih menyiasat punca menara itu bergoyang, demikian menurut satu kenyataan di laman sosial tempatan, Weibo.
“Selepas memeriksa dan menganalisis data beberapa stesen pengawasan gempa bumi di seluruh Shenzhen, tiada gempa bumi berlaku di bandar ini hari ini,” kata kenyataan itu, lapor AFP.
Kenyataan sama menyebut bahawa tiada keretakan pada bangunan dan kawasan di sekitarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan kira-kira 120 orang masih hilang di beberapa negeri di India selepas ribut taufan Tauktae membadai pantai barat negara itu, lapor Agensi Berita Sputnik memetik media nasional pada Selasa.
Menurut India TV, negeri Karnataka merupakan yang paling teruk dilanda taufan dengan lapan kematian dilaporkan. Dua maut ketika kapal tunda mereka terbalik di laut.
Sebanyak 121 kampung di tujuh daerah Karnataka turut terjejas akibat taufan.
Sementara itu, Ketua Menteri Goa Pramod Sawant berkata ribut itu telah mengorbankan dua orang.
Di tempat lain di India, enam penduduk Maharashtra maut dalam kejadian berasingan dan tiga pelaut masih hilang setelah dua kapal karam di laut pada awal pagi.
Pada masa sama, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran merah untuk daerah Rajasthan yang berdekatan dengan Gujarat, lapor Bernama.
Tentera Laut India masih meneruskan pencarian 127 orang, yang berada di dalam kapal yang tenggelam kira-kira 175 kilometer dari Mumbai. Kapal itu membawa 273 penumpang di dalamnya, 146 daripadanya berjaya diselamatkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HARGA EMAS MAMPU CECAH KE PARAS TERTINGGI SEKALI LAGI
KUALA LUMPUR: Harga emas pukal berupaya mencecah ke paras tertinggi tahun lalu iaitu AS$2,076 seauns atau RM301.93 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ia berikutan trend kenaikannya yang menyaksikan harga emas
hari ini berada pada paras tertinggi dalam tiga bulan berikutan ketidaktentuan tahap pemulihan ekonomi global, jangkaan peningkatan inflasi dan jaminan bank pusat Amerika Syarikat (AS) bahawa dasar monetari kekal akomodatif.
Ketua Strategi Pasaran Global ATFX, Alejandro Zambrano, berkata prospek positif harga logam berharga itu dalam tempoh jangka pendek di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 yang dibayangi kebimbangan mengenai kadar inflasi di seluruh dunia.
Katanya, untuk tempoh beberapa minggu akan datang, harga emas berkemungkinan diniagakan lebih tinggi selepas pelabur turut bimbang dengan pasaran saham yang berada di bawah tekanan dan akan beralih kepada emas sebagai aset selamat.
“Buat masa ini, kenaikan harga emas juga selaras dengan kebimbangan mengenai inflasi dan kenaikan ini adalah baik selain berpotensi melonjak sehingga paras tertingginya. Cuma, masih belum ada petunjuk jelas mengenai prospek mengenai sejauh mana ia akan melonjak.
“Faktor inflasi akan mendominasi pasaran emas dalam tempoh dua bulan akan datang dan ia akan menjadi pemangkin apa yang kita akan lihat untuk tempoh jangka panjang.
“Selagi emas diniagakan di atas paras terendah 29 April iaitu AS$1,755 (RM7,235.97) seauns atau RM255.24 segram, saya menjangkakan komoditi ini mungkin dapat mencapai paras tertinggi 20 Januari iaitu AS$1,874 (RM7,726.62) seauns atau RM272.55 segram,” katanya kepada BH.
Mengulas lanjut, Zambrano berkata, prospek peningkatan harga emas juga bakal didorong jangkaan kadar faedah lebih tinggi di AS menjelang akhir tahun ini.
“Untuk tempoh jangka panjang, secara realistiknya saya melihat harga emas akan meningkat tetapi kita melihat mata wang kripto seperti Bitcoin memiliki minat yang rendah untuk membeli emas ketika ini.
“Mungkin akhir tahun ini, pelabur akan bercakap mengenai kadar faedah lebih tinggi di AS dan ia berpotensi memacu harga emas.
“Buat masa ini, kenaikan harus stabil, tetapi kita harus berhati-hati dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana tekanan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengurangkan program pelonggaran kuantitatif, yang akan melonjakkan dolar AS dan ‘menenggelamkan’ emas,” katanya.
Mengulas mengenai pakej rangsangan AS, beliau berpendapat ia akan memberi kesan jangka panjang kepada pasaran emas, namun tiada impak kepada harga untuk tempoh terdekat.
“Namun, jika pakej rangsangan itu mula mendorong kepada inflasi, ini mungkin menyebabkan pelabur beralih kepada emas, tetapi saya berpendapat ia tidak akan menjadi tumpuan peniaga dalam masa terdekat.
“Bagaimanapun, saya melihat kenaikan komoditi lain yang besar harus membantu harga emas. Sebagai contoh, harga jagung di AS meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun ini sahaja,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley, berkata emas menjadi semakin menarik ketika ini susulan ketidaktentuan membimbangkan terhadap inflasi sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, katanya, di sebalik kebimbangan inflasi, sokongan kritikal kepada AS$1,800 (RM7,421.51) seauns atau RM261.79 segram tidak pernah diuji, sekali gus memberi petanda baik untuk peningkatan harga emas bagi tempoh jangka panjang.
“Selepas mencatat harga di bawah AS$1,810 (RM7,462.74) seauns Khamis lalu, emas melonjak 0.90 peratus kepada AS$1,843 (RM7,598.80) seauns pada Jumaat ketika hasil Perbendaharaan AS turun sedikit dan dolar pula merosot.
“Menariknya, dalam gambaran yang lebih besar, emas mengekalkan keuntungan jangka panjangnya walaupun hasil jangka panjang AS tetap berada di puncak julatnya. Ini menguatkan lagi bahawa emas mengesan harga struktur rendah pada AS$1,680 (RM6,926.74) seauns.
“Kebimbangan mengenai COVID-19 di Asia juga mendorong bpembelian aset lindung nilai memandangkan pasaran ekuiti berada di bawah tekanan. In mendorong emas 0.55 peratus lebih tinggi kepada AS$1,853 (RM7,640.03) seauns atau RM269.49 segram, melonjak melepasi pergerakan purata 200-hari (200-DMA) pada AS$1,848 (RM7,619.42) seauns,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW YORK: Sokongan masyarakat antarabangsa kepada penduduk Palestin semakin ketara apabila ribuan mengadakan tunjuk perasaan di serata dunia dengan tanda pagar #FreePalestine (Bebaskan Palestin).
Penyokong pro Palestin berkumpul di bandar utama seluruh dunia termasuk di Amerika Utara dan Eropah, menggesa serangan Israel terhadap Palestin dihentikan serta merta.
Perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin diadakan di bandar besar Amerika Syarikat (AS) seperti New York, Boston, Washington dan Michigan selain di Montreal, Kanada.
Lebih dua ribu orang berarak dari kawasan Bay Ridge di Brooklyn, New York sambil melaungkan ‘Palestin yang bebas’ serta ‘Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’.
Mereka turut mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk tertulis ‘Akhiri Apartheid Israel’ dan ‘Kebebasan untuk Gaza’.
Super model berketurunan Palestin-AS, Bella Hadid, menyertai tunjuk perasaan menyokong rakyat Palestin diadakan di Brooklyn, New York.
Bella atau nama penuhnya Isabella Khair Hadid, 26, menyertai protes yang berlangsung selama beberapa jam tengah hari semalam.
Selain penduduk berketurunan Arab, Palestin dan warga tempatan, beberapa warga Yahudi turut hadir sambil membawa sepanduk bertulis ‘bukan atas nama saya’ dan ‘Solidariti bersama Palestin’.
Sementara itu, puluhan ribu penunjuk perasaan turut berarak secara aman menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin di bandar utama Eropah termasuk London, Berlin, Madrid dan Paris, lapor Agensi.
Di London, beberapa ribu penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis ‘Henti Mengebom Gaza’ melaungkan ‘Bebaskan Palestin’ ketika berkumpul di Marble Arch, berhampiran Hyde Park sebelum menuju ke Kedutaan Israel.
Orang ramai bersesak membentang bendera Palestin di sepanjang Kensington High Street iaitu lokasi Kedutaan Israel.
Di Montreal, polis Kanada terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan pertembungan antara penunjuk perasaan pro Israel dan pro Palestin di ibu negara semalam.
Perkhidmatan Polis de la Ville de Montreal (SPVM), mengesahkan tunjuk perasaan itu dianjurkan secara haram dan polis anti rusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh.
Tunjuk perasaan pro Palestin juga berlangsung sepanjang kelmarin di beberapa bandar di Kanada, termasuk Toronto, Ottawa dan Vancouver.
Di Perancis, pasukan polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan pro Palestin di Paris.
Lapor Arab News, ribuan penduduk berkumpul di kejiranan Barbes di utara ibu negara itu untuk berarak ke Palace de la Bastille dan mereka didakwa mengingkari arahan pihak berkuasa selepas protes itu tidak mendapat permit.
Protes seumpamanya turut diadakan di Jerman, Belanda, Sepanyol, Rom, Cyprus, Itali dan Denmark dengan beberapa pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa dilaporkan berlaku.
Di Madrid, kira-kira 2,500 penduduk, kebanyakannya orang muda yang memegang bendera Palestin, berarak ke arah plaza Puerta del Sol di pusat bandar.
Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan di Sydney dan ratusan orang di Melbourne mengadakan protes sama.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar beberapa bandar di Iraq bagi menyuarakan solidariti bersama rakyat Palestin di Gaza dan Baitulmaqdis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GAZA: Penduduk Gaza hari ini terus diselubungi ketakutan untuk berada di dalam rumah ekoran serangan bertubi-tubi jet Israel yang mengorbankan lebih 200 mangsa, setakat ini.
Serangan beberapa minit sebelum subuh itu menyaksikan kawasan pesisiran pantai Palestin yang dikuasai pejuang Hamas dihujani peluru berpandu, roket dan bedilan artileri.
Serangan tidak mengenal sasaran itu menyebabkan penduduk Palestin tidak keruan kerana nyawa terus terancam biarpun berada di rumah.
Pihak berkuasa tempatan berkata, api marak ketika letupan kuat menggegarkan Gaza, mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan ratusan bangunan musnah, lapor AFP.
Sebanyak 3,200 roket dibedil pejuang Palestin ke Israel sejak konflik memuncak, pada 10 Mei lalu, dalam pertempuran paling teruk sejak beberapa tahun lalu, dipacu rusuhan di Baitulmaqdis.
Penduduk Palestin menyelamatkan barangan mereka yang terselamat dari Al-Jawhara Tower di Gaza yang musnah dibedil dalam serangan udara Israel. – Foto AFPAnggota bomba Palestin memadamkan kebakaran di sebuah kilang di timur Jabalia. – Foto AFPPenduduk mengusung mayat seorang kanak-kanak dari runtuhan kediaman yang musnah di Rimal, Gaza akibat dibom Israel. – Foto AFPRibuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang serangan Israel dan menunjukkan solidariti mereka kepada rakyat Palestin di Dam Square di Amsterdam, Belanda, semalam. – Foto EPA
Wartawan AFP di Gaza pagi tadi, melihat kepulan asap tebal dari kilang tilam, ketika anggota pertahanan awam menyasarkan hos air tekanan tinggi ke lokasi kebakaran.
Kemudian, kepulan debu dilihat di pelabuhan Mediterania Gaza susulan letupan berikutnya dengan tentera Israel mengesahkan mereka menyasarkan ‘senjata tentera laut Hamas’.
Penduduk Gaza Barat, Mahdi Abed Rabbo, 39, mengakui ‘ngeri dan ketakutan’ susulan ketegangan serangan itu, selain menegaskan: “Tidak pernah berlaku serangan sebesar ini,” katanya.
Seorang lagi penduduk Gaza, Mani Qazaat, berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, perlu sedar bahawa penduduk adalah orang awam dan bukannya pejuang.
“Saya rasa seolah-olah akan mati,” katanya menyingkap detik cemas ketika serangan terbabit.
Cahaya lampu Menara Kuala Lumpur yang berwarna bendera Palestin sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin. Penunggang basikal berkesempatan menyaksikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang dilimpahi cahaya lampu melambangkan warna bendera Palestin ketika tinjauan malam ini. Pemasangan lampu itu adalah sebagai tanda solidariti barisan kepimpinan dan rakyat Terengganu terhadap rakyat negara itu terutama di Gaza yang sedang diserang rejim Zionis Israel ketika ini. - Foto BERNAMA
Ia turut memusnahkan infrastruktur penting, dengan pihak berkuasa elektrik hari ini, memberi amaran baki bahan api untuk menghasilkan tenaga hanya mampu bertahan beberapa hari lagi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata pihaknya sedang cuba berusaha dari belakang tabir dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangguhkan resolusi berkaitan konflik Israel-Palestin.
Utusan AS bagi Urusan Israel-Palestin, Hady Amr, tiba di Ramallah hari ini untuk bertemu Presiden Palestin, Mahmud Abbas, yang mendesak Washington bertindak menentang ‘pencerobohan Israel’ lapor agensi berita rasmi Wafa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan amaran bahawa tahun kedua penularan COVID-19 jauh lebih buruk ketika Jepun melanjutkan perintah darurat di tengah-tengah desakan supaya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan.
“Kini kita berada di tahun kedua penularan pandemik yang jauh lebih buruk berbanding tahun pertama,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Jepun mengenakan perintah berkurung di tiga wilayah, 10 minggu sebelum bermulanya temasya Sukan Olimpik ketika lebih 350,000 petisyen mendesak ia dibatalkan.
Pandemik COVID-19 mengorbankan sekurang-kurangnya 3,346,813 penduduk dunia sejak virus pertama kali muncul pada akhir 2019, menurut data rasmi AFP.
Sementara itu India mula memberikan vaksin Sputnik V Russia, vaksin negara luar pertama yang digunakan di negara itu berikutan lonjakan kes dan kematian.
Kumpulan pertama vaksin Sputnik – dilaporkan 150,000 dos – tiba pada 1 Mei dan penghantaran kedua dijangka dalam beberapa hari akan datang.
Beberapa pengeluar ubat terkemuka di India mempunyai perjanjian untuk pengeluaran tempatan Sputnik V dengan tujuan untuk menghasilkan lebih 850 juta dos setiap tahun.
Lebih 260,000 penduduk di India maut akibat COVID-19.
Di Eropah, Perdana Menteri Britain Boris Johnson memberi amaran bahawa kemunculan varian B1.617.2, antara faktor berlakunya lonjakan kes India.
“Varian baharu ini menimbulkan gangguan serius terhadap kemajuan kita,” kata Johnson, sambil menambah “kami akan melakukan apa sahaja untuk menjaga keselamatan rakyat.”
Kementerian Kesihatan Britain mengesan varian berkenaan di barat laut England dan London.
WHO turut mengingatkan bahawa walaupun program vaksinasi dilakukan, pemakaian pelitup muka perlu dilakukan terutama di kawasan penularan wabak.
Ketua saintis WHO, Soumya Swaminathan, menegaskan vaksinasi bukan jaminan kebal daripada jangkitan.
Hampir 60 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat (AS) menerima satu atau lebih dos vaksin, dengan kes di negara itu semakin menurun.
AS turut memulakan kempen vaksinasi kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun sejak Khamis lalu.
Bagaimanapun WHO mendesak negara kaya supaya menghentikan pemberian vaksin kepada kanak-kanak, sebaliknya menyalurkan vaksin berkenaan kepada negara miskin.
“Saya faham kenapa ada negara yang mahu memberi vaksin kepada kanak-kanak dan remaja tetapi ketika ini saya mendesak mereka untuk mempertimbangkan semula dan mendermakan vaksin itu kepada COVAX,” kata Tedros.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KONFLIK DAPAT DISELESAIKAN JIKA NEGARA ISLAM BERSATU-TUN M
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata satu penyelesaian boleh dicapai untuk konflik Arab-Israel melalui tindakan bersama oleh negara Islam dan mereka yang menyokong hak dan perjuangan rakyat Palestin.
Adalah penting bagi mereka yang menyokong rakyat Palestin untuk mempunyai strategi betul untuk mencapai penyelesaian itu, katanya dalam ucapan awam secara langsung melalui laman Facebooknya yang menarik perhatian pengguna Facebook di seluruh dunia.
“Berjuang semata-mata demi perjuangan atau hanya membalas dendam tidak akan membawa sebarang hasil,” katanya dalam ucapan berjudul ‘ Seruan Untuk Kemanusian dan Ummah Mengenai Isu Palestin dan Mengecam Kezaliman Israel.”
Dr Mahathir juga menzahirkan harapan agar dunia Arab dan rakyat Palestin duduk berbincang dan memikirkan strategi sesuai untuk berdepan dengan rejim Zionis itu.
“Saya harap dunia Islam bangkit kepada situasi semasa. Saya harap kita semua akan menderita sedikit terhadap aktiviti keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menentang kemanusiaan,” katanya.
Dr Mahathir berkata, adalah penting untuk mendapatkan pengiktirafan diplomatik dan meneroka alam diplomasi bagi menjelaskan kebenaran dalam perjuangan bahawa mangsa adalah rakyat Palestin dan bukan sebaliknya.
Katanya, dunia seolah-olah berfikir bahawa ia adalah rakyat Palestin yang menimbulkan provokasi terhadap Israel tetapi rejim Zionis mengambil keputusan untuk menceroboh dan menyerang ketika jemaah Palestin sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, lapor Bernama.
“Orang yang bersolat bukan bahaya kepada sesiapa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Israel tidak akan berlembut dalam serangannya terhadap Hamas di Gaza, selepas melancarkan serangan bom besar-besaran menyasarkan umat Islam di wilayah Palestin.
“Mereka menyerang ibu negara, mereka melancarkan roket ke arah bandar, lapor AFP
“Mereka perlu membayarnya dan terus membayar akibat perbuatan mereka.
“Ini belum berakhir,” katanya susulan perundingan keselamatan di ibu pejabat tentera dekat Tel Aviv.
Pasukan keselamatan Israeli menembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan berhampiran petempatan Yahudi di Beit El, dekat Ramallah, wilayah yang diduduki Tebing Barat, hari ini. - Foto AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!