GAZA: Aplikasi TikTok membuang akaun Agensi Berita di Palestin, Quds News Network (QNN) buat kali ketiga berturut-turut.
QNN mengutuk tindakan tersebut kerana dibuat tanpa sebarang notis awal sedangkan akaun itu hanya membekalkan kandungan mengenai penduduk palestin serta mendedahkan kekejaman Zionis Israel.
QNN merupakan agensi berita pertama membuat akaun dalam Tiktok.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melakukan perjumpaan bersama Pengerusi TikTok dan meminta pihaknya membuang kandungan anti-Israel, lapor Utusan Online.
“Ini adalah tindakan untuk menghalang sebarang keganasan yang sengaja disalurkan menerusi media sosial oleh kumpulan ekstremis yang bertujuan merosakkan ‘negara’ kita.
“Kita berada dalam situasi kecemasan sosial dan kita perlukan bantuan anda,” kata Gantz.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Adakah pandemik Covid-19 sudah dapat dihidu oleh insan yang dianugerah oleh Maha Esa, mungkin tidak ada yang mustahil perkara ini mungkin boleh berlaku.
Sebelum ini ada sebuah kumpulan muzik Indonesia mencipta dan menulis lirik berkaitan dengan Carona Datang oleh trio Bimbo dari Bandung Indonesia yang dikatakan telah dicipta tiga dekad lalu, kemudian dinafikan oleh kumpulan tersebut.
Antara lirik yang terdapat dalam rap tersebut.
Kini, dikatakan sebuah lagu muncul berjudul Pandemic yang dicipta oleh Dr. Creep pada Jun 2013 dan disampaikan dalam bentuk rap disampaikan oleh DJ Mad Handz dan Lone Ninja.
Antara lirik yang ditulis menyatakan kehadiran virus, jutaan mati di awal minggu berlakunya pandemik. Kebenaran, sejarah hitam, penyakit mutasi dan penyebaran melalui udara sebagai tanda hari khiamat.
Lirik yang ditulis dalam rap tersebut berkisar pandemik Corona.
Lagu ini sepanjang 3 minit 31 saat. Cuba ikuti lirik lagu rap di bawah. Walau begitu, kita berdoa kepada Illahi agar wabak ini dijauhkan daripada manusia. Jangan lupa ingatan sentiasa menjaga kesihatan, penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka serta kurangkan keluar rumah tanpa tujuan. – SAHIH
DR. CREEP:
The Virus is harvesting What do you mean H7N3? Begin life in a lab in the first war of vaccines Million die in the first week in the pandemic dreams Reality, black death, smallpox, mutated disease Flu-shot propaganda for all population and troops Avoid the plague, it might have seeped into the room It’s now airborne with firestorm Signal our doom
The dead returns with a pissed off zombie mood The sprinkler system equipped with AuAg Where they round up survivors? In a cold facility Watch the process of terror from the hill near the stream I remain in a gasmask I still filter my water clean This isn’t past tense or the plague of Athens Couldn’t be eradicated like smallpox in action Avian influenza in the jetstream is how it happens 2020 combined with Coronavirus, bodies stacking
“The world is now at the start of the influenza pandemic” “The State is rioting, using the street outside. It’s coming to your windows” “Sequence the virus and determine its origin” “It was a virus” “Something in the blood” “A virus which should be engineered at a genetic level to be helpful rather than harmful”
SCRATCHES BY DJ MADHANDS (X2):
“This is sick like disease and can’t be cured” “Few that remain that became stained with the bloodshed” “When the smoke screen fades” “Death disease” “You feel a burning sensation” “Nothing remains”
LONE NINJA:
You have to act fast Grab your gas mask Bad disaster has passed Anarchy, cataclysm Stand guard please Blast your big guns Havoc’s begun Viral outbreak Tragic things done Crowds renounce faith Atrocious horror witnessed Broke the hopes of optimistic
Scope is post-apocalyptic Lone is harsh and vicious, gross and darker Throwing darts blow apart the wicked Foes know I’m sadistic Cold, my aura is sick Soldiers start resistance Enemy troops in NBC suits We shoot, then we regroup Conquer weak with armed fleet Bomb the streets with Dr. Creep
“The scientific criteria for an influenza pandemic have been met” “You need a doctor to tell you that” “This virus is human” “Radio stopped broadcasting. There were reports of infection in Paris and New York” “The army blockades were overrun” “What scientists know about this newer strain…” “Decided to raise the level of influenza pandemic alert”
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAMALLAH: Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Baru-baru ini wartawan Zaina Halawani dan jurugambar Wehbe Makiya turut ditahan tentera rejim itu.
Kedua-duanya diserang dengan kejam dan masih ditahan dengan alasan untuk melengkapkan siasatan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa penjajah baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap wartawan dan kru media Palestin, terutama di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang diduduki.
Menurut suruhanjaya itu sejak awal bantahan mengutuk dasar Israel yang mencabuli hak penduduk Palestin, khususnya di Baitulmaqdis, pihak berkuasa penjajah telah mengganggu tugas wartawan dan menghalang mereka menyampaikan kebenaran serta mendedahkan jenayah yang dilakukan.
Pelbagai cara digunakan untuk menghalang tugasan wartawan dan kru media termasuk merampas peralatan, menyekat kebebasan bergerak dan melepaskan tembakan ke arah mereka, selain menyerang ibu pejabat media dan institusi, lapor AFP.
Suruhanjaya itu meminta pertubuhan hak asasi manusia dan organisasi antarabangsa menghantar suruhanjaya penyiasatan untuk mendokumentasi keganasan terhadap kru media, dan memastikan pihak penceroboh bertanggungjawab terhadap jenayah dilakukan kepada wartawan yang menjalankan tugas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel dilaporkan cuba untuk menyekat media sosial ekoran tunjuk perasaan yang diadakan penduduk Israel berketurunan Palestin kerana membantah serangan rejim itu di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza yang dikepung, menurut Agensi Anadolu.
Akhbar Israel melaporkan pada Ahad, Benjamin Netanyahu berusaha untuk menyekat media sosial semasa serangan di Gaza pada 10-21 Mei.
Menurut pegawai, Netanyahu mencadangkan sebanyak dua kali supaya media sosial disekat, tetapi syornya ditolak Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit dan pihak pegawai keselamatan.
Netanyahu mengemukakan cadangan itu dengan alasan untuk menghalang kemungkinan berlakunya rusuhan, kerana mendakwa penduduk Israel berketurunan Palestin mahu menganjurkan tunjuk perasaan melalui TikTok.
Sementara itu, Walla News berkata bukan Netanyahu yang mengesyorkan untuk menyekat media sosial, sebaliknya beliau cenderung menyokong rancangan dicadangkan pihak pegawai keselamatan.
Sekurang-kurangnya 255 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita dan lebih 1,900 yang lain cedera dalam 11 hari serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.
Serangan Israel di Tebing Barat sejak 13 April pula meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa rakyat Palestin, lapor Agensi.
Rejim Israel menghentikan serangan susulan gencatan senjata yang dipersetujui pada 21 Mei dengan Mesir bertindak sebagai orang tengah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PHILADELPHIA: Badan antarabangsa perlu menangani konflik Israel-Palestin dengan menghentikan penjajahan Israel dan memastikan penubuhan negara Palestin.
Perkara itu ditegaskan oleh Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour dalam fasa seterusnya yang perlu diambil tindakan oleh badan dunia.
Jelasnya, usaha PBB terhadap Palestin tahun ini dilaksanakan menerusi tiga fasa berbeza seperti dijelaskan kepada Arab News.
“Fasa pertama adalah persiapan untuk persidangan antarabangsa berdasarkan gesaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas,” katanya.
Menurut Mansour, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memainkan peranan penting bagi fasa itu merangkumi kebangkitan semua Kuartet Asia Barat yang tidak aktif seperti Rusia, Amerika Syarikat, PBB dan Kesatuan Eropah serta pihak lain.
“Kami melihat kebangkitan semula Kuartet dan penciptaan ‘Quartet-plus’ yang merangkumi negara-negara Arab dan antarabangsa yang penting.
“Quartet-plus cuba untuk menyelesaikan halangan di Baitulmuqaddis semasa pilihan raya di Palestin,” katanya.
Pilihan Raya Palestin pertama diadakan setelah tempoh 15 tahun, 22 Mei lalu.
Namun, pelaksanaan itu tergugat akibat timbul kebimbangan sama ada tentera Israel akan membenarkan penduduk Palestin keluar mengundi di bandar itu.
“Dalam satu-satu masa, seramai sembilan menteri luar menghadiri dan bercakap kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, fasa kedua adalah PBB perlu memastikan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis dibenarkan mengundi.
Fasa ketiga pula katanya, bermula sejak April semasa bulan Ramadan dan berterusan sehingga gencatan senjata selepas 11 hari pertempuran antara pejuang Hamas dan Zionis Israel bulan ini.
“Kami mahu gencatan senjata selama-lamanya, kami mahu bantuan kemanusiaan yang serius melibatkan semua agensi PBB dan Israel tidak meletakkan sebarang halangan,lapor AFP.
“Akhir sekali, kami ingin memastikan usaha segera dan serius dilakukan dalam menamatkan penjajahan Israel dan ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
OTTAWA: Ahli Parlimen Kanada meletakkan jawatan daripada beberapa tugas rasmi dan memerlukan ‘bantuan’ selepas video dirinya membuang air kecil semasa persidangan video Parlimen tersebar.
Bagaimanapun, dia tidak memperincikan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan.
Malah, bulan lalu semasa sesi dalam talian diadakan, video William Amor berbogel turut terdedah.
Ketika itu, dia sedang berdiri sambil berbogel antara bendera Kanada dan Quebec, dengan alat sulitnya tersorok oleh telefon bimbit semasa sesi soal jawab Parlimen.
“Semasa menghadiri sesi Parlimen malam kelmarin secara maya, saya membuang air kecil tanpa sedar kamera masih diaktifkan.
“Saya sangat berasa malu dengan tindakan itu dan gangguan yang terpaksa dialami oleh individu yang menyaksikannya. Walaupun tidak disengajakan dan tidak dapat dilihat oleh orang ramai, perbuatan itu sama sekali tidak dapat diterima dan saya meminta maaf,” ciapnya dalam Twitter.,lapor AFP.
Amos yang merupakan ahli Parti Liberal yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau turut mendakwa kejadian itu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAPAL PENUMPANG BAWA 181 PENUMPANG, 14 KRU TERBAKAR DI MALUKU, INDONESIA
JAKARTA: Sebuah kapal penumpang, KM Karya Indah yang membawa 181 penumpang dan 14 kru kapal terbakar di Perairan Pulau Limafatola, Sanana, di Maluku Utara, Indonesia, lapor Agensi.
Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), semua penumpang dan kru kapal berjaya diselamatkan.
“Punca kebakaran masih disiasat,” kata kenyataan itu.
Kapal berkenaan yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Ternate ke Pelabuhan Sanana itu dilaporkan terbakar jam 8.30 pagi waktu Indonesia Timur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI JUAL VIDEO K-DRAMA DIHUKUM MATI DI HADAPAN KELUARGA
WONSAN, KOREA UTARA – Seorang lelaki Korea Utara ditembak mati skuad penembak di hadapan 500 penduduk dan ahli keluarganya kerana menjual muzik dan filem secara haram, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Ketika hukuman mati dijalankan, ahli keluarga lelaki dikenali sebagai Lee itu dipaksa berdiri di barisan hadapan bersama-sama orang ramai.
Lee yang merupakan ketua jurutera di Suruhanjaya Pengurusan Pertanian Wonsan dikenakan hukuman mati selepas 40 hari dia diberkas.
“Ini merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan di wilayah Gangwon melibatkan Akta Anti-Sosialis.
“Sebelum ini, pesalah seperti Lee dihantar untuk menjadi buruh paksa atau ke kem pendidikan semula. Adalah menjadi satu kesalahan jika dia menyangka dia akan menerima hukuman ringan.
“Tingkah laku seperti ini akan mendorong orang lain yang mempunyai niat untuk menghancurkan fahaman sosialis pemerintah,” kata pihak berkuasa Korea Utara dalam satu kenyataan.
Sebanyak 12 das tembakan dilepaskan ke arah Lee selepas pihak berkuasa membacakan kesalahannya.
“Jasadnya yang sudah tidak bernyawa kemudiannya dimasukkan ke dalam karung jerami sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak dan dibawa ke satu lokasi lain.
“Isteri dan anak perempuannya pengsan ketika menyaksikan Lee ditembak. Pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengangkat mereka ke dalam trak untuk dibawa ke kem penjenayah politik,” kata beberapa saksi.
Jiran-jiran Lee turut dilaporkan menangis apabila melihat isteri dan anaknya dihumban ke dalam trak seperti sampah.
Lee dilaporkan mengaku bersalah kerana menjual filem, muzik dan drama dari Korea Selatan.
Gambar Hiasan
Pihak berkuasa Korea Utara sedang memburu mereka yang membeli bahan-bahan tersebut daripadanya, lapor Agensi.
“Jika seseorang ditangkap kerana menonton filem atau drama dari Korea Selatan, mereka akan menerima hukuman sama ada penjara seumur hidup atau dihukum mati. Jadi, tiada siapa tahu giliran siapa selepas ini,” ujar seorang sumber.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JUMPA BUNGKUSAN DALAM MASAKAN TUDUH RAKAN CUBA SANTAU
JAKARTA – Seorang wanita menuduh rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas terlihat satu bungkusan ‘aneh’ dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu, lapor laman berita Suara.com.
Wanita itu memuat naik hantaran video masakan sup yang disediakan rakannya melalui akaun TikTok @jannah_04_ selepas percaya rakannya itu berniat jahat.
“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.
“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” demikian kenyataan yang ditulis wanita tersebut pada video yang dimuat naik.
Dia juga menambah bahawa dia merakam video tersebut secara senyap dan berharap agar rakannya itu tidak menonton video yang dimuat naik.
Sebaik sahaja menyedari bahawa bungkusan itu merupakan sup bunjut, netizen yang menonton terus beramai-ramai ‘menyerang’ wanita itu di ruangan komen, lapor Agensi.
“Kalau masak soto banjar juga begitu, jika tidak digunakan (untuk masak sup), boleh juga dibaling ke kepala rakan yang curiga,” tulis seorang lagi netizen.
“Ternyata awak tidak pernah masak, itu merupakan rempahnya,” tulis netizen yang lain.
Video tersebut sudah ditonton sehingga 2 juta kali.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HONG KONG: Hong Kong mungkin terpaksa membuang jutaan dos vaksin COVID-19 dalam masa terdekat kerana menghampiri tarikh luput, ditambah sambutan dingin penduduknya.
Seorang petugas vaksin memberi amaran warga Hong Kong cuma ada tiga bulan sebelum kumpulan vaksin Pfizer-BioNTech yang pertama diterima mereka akan luput.
“Kesemua vaksin ada tarikh luput. Ia tidak dapat digunakan selepas tarikh luput dan pusat vaksinasi komuniti untuk BioNTech dijadualkan menghentikan operasi selepas September.
“Seluruh dunia berusaha mendapatkan vaksin dan tidak wajar kita memiliki tetapi tidak memanfaatkannya,” kata bekas Pengawal Pusat Perlindungan Kesihatan kepada penyiar RTHK.
Hong Kong antara sebilangan kecil wilayah di dunia yang mempunyai bekalan dos mencukupi bagi menjalankan program inokulasi secara menyeluruh kepada 7.5 juta penduduknya.
Bagaimanapun, isu seperti hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang diburukkan lagi dengan berita palsu di media sosial menyebabkan keraguan terhadap keberkesanan vaksin, lapor AFP.
Untuk rekod, Hong Kong membuat pembelian sebanyak 7.5 juta dos masing-masing bagi vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac.
Kerajaan turut membuat pesanan awal sebanyak 7.5 juta dos vaksin AstraZeneca tetapi perjanjian itu dibatalkan pada awal tahun dengan pihak berkuasa merancang untuk menggunakan peruntukan berkenaan bagi mendapatkan bekalan vaksin generasi kedua tahun depan.
Setakat ini, cuma 19 peratus daripada keseluruhan populasi di Hong Kong sudah menerima satu dos vaksin, manakala 14 peratus lagi sudah melengkapkan kedua-dua dos.
Kira-kira 3,263,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech sudah dihantar ke Hong Kong, bagaimanapun cuma 1,231,600 yang sudah diuruskan.
Beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pemimpin politik di Hong Kong mencadangkan supaya bekalan vaksin disalurkan kepada negara lain sekiranya sambutan terus hambar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!