World Health Organization (WHO) menyarankan setiap individu menjaga kesihatan dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan awam dan antarabngsa dijaga.
WHO menyatakan objektif utama adalah mencapai tahap kesihatan yang maksimum.
Nampaknya, jumlah peratus lelaki yang menjaga kesihatan kurang berbanding kaum wanita. Lelaki kurang alert mengenai kesihatan.
Hakikatnya penyakit tidak mengenal jantina. Jadi dari segi luaran sudah tahu tahap kesihatan seorang lelaki.
Kadar Degupan Jantung
Kadar degupan jantung berbeza mengikut umur. Jumlah degupan jantung adalah indikator menentukan tahap kecergasan seseorang.
Jika berlaku masalah kesihatan, degupan jantung semakin laju dan tidak cukup rehat.
Kulit
Keanjalan kulit menentukan tahap kelembapan kulit seseorang. Walaupun lelaki tidak menghiraukan keadaan kulit seperti sapu losyen tapi dengan air yang cukup dalam badan boleh memastikan kulit tidak kering dan sentiasa anjal.
Kuku Kuat Dan Merah Jambu
Tengok kuku pun dah tahu tahap kesihatan seseorang. Lelaki memang jarang jaga kuku, yang kaum lelaki tahu kuku kena pendek. Sebenarnya, kuku sihat berwarna merah jambu, lembut dan tidak mudah patah. Kuku kasar dan warna kekuningan menunjukkan individu tersebut ada masalah pernafasan.
Kuku menunjukkan segala-galanya, jadi jaga kesihatan secara tak langsung kuku anda pun sihat.
Warna Urine
Warna urine bergantung pada cara diet seharian. Semakin banyak minum air masak, semakin banyak jumlah urine anda. Jika berwarna jernih ke kekuningan, menunjukkan individu sihat, manakala yang warna kuning gelap bermakna anda dehidrasi.
Jumlah Sperm
Untuk lelaki berumur pertengahan, jumlah sperm yang boleh dikeluarkan sebanyak dua hingga lima ml. Jumlah sperm bergantung pada usia seorang lelaki. Semakin meningkat umur, semakin kurang jumlah air mani.
Kalau jumlah spem dua hingga empat ml, individu tersebut mungkin menghidapi hypospermia iaitu tahap kesuburan. Warna cecair sperm boleh mempengaruhi tahap kesihatan. Sperm yang sihat berwarna putih dan sedikit kelabu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lebih 15 tahun dalam industri fesyen, Amir Kadir menempa nama ke persada dunia dengan menghasilkan rekaan baju yang menakjubkan.
Bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini pengguna Twitter, @ahmadcashfy tweet mengenai kehebatan hasil tangan Amir Kadir yang telah dipakai oleh Taylor Swift.
Perkongsian retweet sebanyak 5,479 telah membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan hasil baju pereka fesyen ini.
Dengan penghijrahan Amir ke Kuwait, kreativiti beliau telah mencuri perhatian artis antarabangsa antaranya Jennifer Lopez, Mariah Carey dan Paris Hilton.
Tidak lupa juga artis Malaysia yang pernah memperagakan baju beliau seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Puan Sri Normala Samsudin dan Ziana Zain.
Setelah mencari pengalaman di negara orang, Amir membuat keputusan untuk membuka butik di Ampang, Amir Kadir Couture untuk mempelbagaikan rekaan fesyen tempatan.
Singgah ke Instagram Amir Kadir untuk melihat hasil baju rekaan khas dari beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kentut perkara yang sihat tetapi kalau ada bunyi sekali dengan bau sangat memalukan. Kentut atau buang angin adalah lumrah setiap manusia.
Ada ke manusia tak kentut sepanjang hidup? Rugi, tak rasa nikmat kentut!
Kentut adalah udara dalam perut yang berpunca dari pemakanan kita sendiri dan macam-macam lagi. Terjadinya kentut ini disebabkan makan secara berlebihan, terasa ingin membuang air besar, sembelit, perut masuk angin dan kesan sampingan ubat-ubatan.
Sebenarnya kentut ni baik untuk kesihatan sebab tu kentut tidak boleh ditahan.
Buasir
Kalau tahan kentut akan menyebabkan buasir kerana organ bahagian rektum dan sistem pencernaan terpaksa bekerja keras untuk menahan bahan asing atau gas dari keluar.
Badan Sakit
Terlalu kerap tahan kentut menyebabkan badan lemah. Terasa loya, mual, pening kepala dan demam. Kalau rasa nak kentut tu, kentut je guys!
Perut Kembung
Perut tidak selesa dan tiada selera makan. Sepanjang hari anda akan rasa sentiasa tidak sihat. Jalan penyelesaian hanya sendawa atau kentut.
Sembelit
Kentut adalah mengeluarkan gas dan mampu mengurangkan tekanan dalam usus besar. Kalau anda tahan kentut, anda akan mengalami kesukaran buang air besar dan sembelit sampai kena makan ubat atau masukkan ubat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rambut setiap hari gugur, penat sapu bilik. Macam mana nak kurangkan rambut gugur dan dapatkan rambut yang sihat seperti dalam iklan? Dengan hanya mencuci rambut setiap hari bukanlah jalan terbaik.
Baca 6 langkah terbaik untuk mencuci rambut dengan betul. Cuci rambut pun ada langkah dan syaratnya tau. Baca dan amalkan. Semoga berjaya!
Air Panas
Sudah ramai yang menggunakan water heater di rumah. Sebenarnya air yang hangat tidak sesuai untuk kulit kepala kerana akan memberi tindak balas pada akar rambut. Cuci rambut menggunakan air biasa untuk menjaga kesihatan kulit kepala.
Kasar Dengan Kulit Kepala
Kalau syampu rambut mesti kena pada kulit kepala. Tetapi jangan terlalu kasar menggaru atau menekan kulit kepala. Urut dengan lembut menggunaka jari bukan kuku ya.
Syampu Tidak Sesuai
Cari jenama syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut. Cuba pelbagai syampu hingga jumpa jenama yang paling sesuai.
Pakai Conditioner
Pakai conditioner tanpa mengenakan pada kulit kepala. Pakai pada rambut sahaja dan biarkan selama tiga ke lima minit. Bersihkan seperti biasa.
Kerap Cuci
Jangan selalu cuci rambut. Rambut boleh jadi kering, bercabang dan akhirnya rosak. Sebaiknya, cuci rambut dua hingga tiga kali seminggu. Kalau terlalu kerap mencuci rambut, kelembapan kulit kepala akan hilang dan merosakkan akar rambut.
Pakai Vitamin Rambut
Pakai vitamin atau serum tambahan untuk kesegaran, kurangkan rambut kering dan kurangkan rambut gugur. Ratakan pada rambut dan jangan kerap guna hair dryer untuk keringkan rambut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MINGGU ini, dua perkara merenjat perhatian gelanggang industri seni tanah air.
Pertama, isteri kepada penyanyi rap, Aman Ra iaitu Natiqah membuat pendedahan suaminya berlaku curang.
Kedua, dua anak seni, Farid Kamil dan Boy Iman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk daripada Istana Pahang.
GAMBAR HIASAN
Semua itu mendapat perhatian meluas khalayak.
Secara peribadi, selain dunia politik yang hidup seperti di bawah mikroskopnetizen, golongan selebriti juga tidak terlepas daripada nasib yang sama.
Adakala, bekerja dan hidup dalam nuansa sedemikian seumpama rakyat atau netizen adalah majikan yang menumbuhkan gaji kita semua.
Peribadi-kualiti kerja
Berbalik tentang dua isu hangat membabitkan dua situasi berbeza itu, boleh disimpulkan dengan frasa popular orang putih, walk the talk.
Rata-rata peminat termasuklah penulis merupakan antara penggemar muzik Aman Ra yang sentiasa menghidangkan perihal positif menerusi muzik, antaranya berkaitan kebangkitan hidup, motivasi dan kasih sayang.
Biarpun dengan apa yang berlaku, tidak menghilangkan walau seinci rasa kagum penulis terhadap diskografi atau hal kerjaya Aman Ra atau nama lengkapnya, Aman Jamaluddin yang berprofesi sebagai penyanyi rap.
GAMBAR HIASAN
Pendedahan mengejutkan Natiqah dilakukan menerusi InstaStorynya dengan mengatakan rumah tangga mereka berantakan selepas dia mengetahui hubungan sulit si suami.
Bahkan, dia juga sudah menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.
“Dalam kereta siap ada beg pakaian lengkap dengan seluar dalam kau dan berus gigi.
“Kau tak bawa masuk rumah sebab sebelum itu tinggalkan anak bini berminggu-minggu semasa perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab nak jaga b**i kau di The Fennel,” tulisnya membongkar pekung di dada.
Itu antara kata-kata amarah seorang wanita yang ditinggalkan suaminya seperti dirinya tidak mempunyai hak untuk bersuara selama ini.
Hal ini kerana, dia turut mengatakan suaminya itu telah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.
“Hendak cakap aku jangan jadi isteri kurang ajar. Kau sudah lafaz cerai empat kali semua sebab sun**l kau.
“Sebab aku diam selama ni. Makin lama makin teruk. Bila aku bersuara, aku yang salah. Kau buat aku macam musuh,” luahnya lagi.
Apa yang berlaku kepada Nuratiqah sebenarnya hampir serupa dengan pendedahan isteri pelawak Shuk Shahar yang kini sudah kembali berbaik dengan suaminya.
Kemarahan sememangnya mudah dicanang namun penyelesaian tidak seperti sebagai yang disumpah seranah netizen, si penyokong, batu api atau peguam tidak bertauliah selama ini.
Reaksi berbeza
Beralih kes penarikan gelaran Datuk membabitkan Farid dan Boy Iman, penulis sendiri berkesempatan berhubung dengan kedua-dua selebriti itu sewaktu berita berkenaan meletus Rabu lalu.
GAMBAR HIASAN
Farid dengan hati terbuka menerima penarikan tersebut sementara, Boy Iman yang terkenal dengan pelbagai kes mulanya masih mahu bermain tarik-tali.
“Saya juga dengan penuh rasa hormat menerima keputusan pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya.
“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan Istana Pahang,” ujar pelakon filem Lagenda Budak Setan itu.
Lain pula respons Boy Iman ketika mula dihubungi Pose yang seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut.
“Saya sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambang protokol sedangkan saya tidak menerima surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini (Rabu),” kata Boy.
Namun, tidak lama kemudian Boy menerusi Instagramnya menjunjung kasih dan akur dengan titah daripada istana.
Pada akhirnya, setiap selebriti mempunyai pengaruh besar dalam setiap perbuatan, baik atau buruk.
Cuma sebagai peringatan, untuk selebriti atau insan terdekat mereka berhentilah menjadikan seni seperti longkang untuk menutupi perkara yang apabila terbongkar, akan diingati sampai bila-bila.
artikel asal boleh dibaca di laman portal KOSMO! Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DIHARAP GEMILANG 60 RTM DIIKTIRAF OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR) – THE FIRST ORCHESTRA TO CELEBRATE 60TH ANNIVERSARY
KUALA LUMPUR: “Diharapkan Gemilang 60 RTM mendapat pengiktirafan daripada MBOR sebagai The first Orchestra to Celebrate 60th Anniversary dan doakan saya panjang umur dan diberi kesihatan yang baik kerana 22.02.22 adalah tarikh akhir saya sebagai penjawat awam,” kata Pengarah Muzik Radio Televsiyen Malaysia (RTM).
Pengarah Muzik (RTM) itu, Datuk Mokhzani Ismail telah bersama ORTM selama 29 tahun dan mengalami pelbagai kenangan dan perubahan serta turut mengukir sejarah peribadi dan ORTM bersama sehingga sekarang.
Pengarah Muzik (RTM) itu, Datuk Mokhzani Ismail
Beliau anak jati negeri Perlis, bermula sebagai guru lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPIK), Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 1980-1981, di usia 20-an sudah menjadi guru terlatih di negeri kelahirannya, malah hati dan jiwa gurunya tetap ada.
Kemudian beliau ditawarkan biasiswa pada tahun 1986 untuk melanjutkan pengajian muzik peringkat ijazah di Berklee College of Music, Boston.
Datuk Mokhzani semasa menuntut di Boston
“Selepas tamat belajar di Amerika Syarikat, bermulalah perjalanan baharu saya di RTM, pada 1993 buat julung kali diberi tugasan memimpin Orkestra RTM di Konsert Senada Seirama dari Medan Indonesia.
“Konsert demi konsert sehingga tahun 1996, saya menjadi pengurus orkestra dan mengetuai Jazz band RTM ke Thailand International Jazz Fest dan sempat bertemu Sergio Mendes, Dave Valentine, Benny Carter, David Sanborn dan ramai lagi pemuzik handalan,” katanya .
Katanya, 29 tahun bersama ORTM dan orkestra ini terus melangkah ke depan, pada 1998 beliau ditawarkan ke Ambang Klasik TV3 tapi atas sebab tertentu beliau tidak dapat menerima tawaran itu.
“Tahun 1999 di usia 37 tahun saya diberi rezeki dilantik ke jawatan Pengarah Muzik RTM dan tahun yang sama Kerajaan Negeri Perlis menganugerahkan Dato Panglima Putra Jamallulail (DPPJ) membawa gelaran datuk.
“Tahun 1999 kerajaan persekutuan turut mengurniakan bintang Kesatria Setia Mahkota (KSM), 2003 sekali lagi rezeki untuk saya menerima anugerah dari kerajaan Pahang serta menerima bintang daripada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,” katanya.
Mokhzani berkata, pada tahun 2006, turut mengadakan Konsert Malam Simfoni Irama Malaysia bagi merealisasikan impian Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Zainuddin Maidin.
MBOR telah mengiktiraf Simfoni Putrajaya ORTM sebagai konsert simfoni terbesar yang mengadakan persembahan secara langsung di pentas terbuka yang diadakan pada tahun 2007.
ORTM tidak menoleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan bersesuaian dengan usianya yang semakin matang, pada 2009, 2010, 2011 dan 2012 membawa orkestra RTM ke Java Jazz Festival, selain itu beliau mengalas tugas untuk Konsert Gemilang 50 tahun pada tahun 2011.
MBOR turut mengiktirafkan ORTM sebagai The Longest Running Orchestra iaitu orkestra yang masih bergerak aktif sehingga sekarang.
“Pada tahun 2011, saya diberi peluang untuk memimpin Malaysia Philhamonic Orchestra (MPO) untuk Concert Chris Botti World Tour di Dewan Filharmonik, peluang yang diberi untuk berkerja bersama pemuzik professional.
“Saya bangga menjadi pemuzik ORTM dan rakyat Malaysia, pada 2015 saya memegang dua rekod Malaysia sebagai pemuzik pertama menjadi Endorsee (duta) jenama antarabangsa dan juga pemain piano pertama membuat persembahan secara langsung (live) dari Great Wall, “katanya.
Semasa mengadakan persembahan secara langsung di China
Katanya, album pianonya, The Great Wall Comes Alive diterbitkan pada 2016, beliau juga turut menerima Anugerah Icon Leadership Award daripada Brand Laurreate, tahun 2017 dilantik sebagai profesor pelawat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau turut menerima anugerah Icon Leadership Award daripada Brand Laurreate
Pada tahun 2015 sehingga 2018, Mokhzani menjelajah untuk Masterclass dan Konsert Hagspiel di Luizhou Shenzen, Guanzhou Zhongshan, Shanghai , Beijing , Herbei , Tianjin dan Inter Mongolia.
Mokhzani berkata, pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020, semua aktiviti muzik turut mengikut norma baru, beliau sempat berkerjasama mengadakan persembahan secara maya bersama artis Singapura dan Indonesia termasuk Dato Shake di Paris, Perancis.
Beliau sempat mencipta dan mengubah lagu untuk petugas Frontliner “Satukan Jiwa” dan juga melakar sejarah menggabungkan 3 orkestra Malaysia Philhamonic Orchestra (MPO) , National Symphony Orchestra (NSO) dan ORTM untuk memainkan lagu tema Hari Kebangsaan “Malaysia Prihatin”.
Seterusnya Konsert Bangkit Malaysia pada Ogos 2020 dan pada tahun ini (2021), beliau bakal meneraju untuk meraikan Gemilang 60 ORTM sempena orkestra RTM ke-60 tahun dan diharapkan dapat memberi kepuasan kepada semua dan mencipta sejarah tersendiri.
Beliau pernah memenangi Skor Muzik Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 untuk filem Embun dan menulis lagu untuk artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Saleem, Azharina, Adibah Noor dan Mawi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bukan perempuan je susah nak lupa lelaki. Lelaki pun ada juga yang susah nak lupakan perempuan. Lagi-lagi perempuan yang hadir dalam hidup mereka membawa seribu makna.
Lelaki pun bukan semua memandang paras rupa dan penampilan, ada juga yang mementingkan sifat dalaman dan peribadi yang diperlukan oleh lelaki. Nak tahu tak apa ciri-ciri perempuan yang susah dilupakan oleh lelaki? Mungkin korang salah seorang daripadanya?
Ada Passion
Tak kira passion sebagai hobi atau pekerjaan. Yang pasti perempuan yang ada passion ini membuatkan lelaki lebih suka sebab ada pandangan dan kehendak tersendiri. Kalau nak tahu, seseorang yang ada passion ni boleh memberi inspirasi dan positive vibe kepada orang sekeliling.
Jujur
Bukan setakat jujur rasa sayang je tapi dari segi emosi dan pemikiran. Kalau sedih, cakap sedih. Kalau marah, cakap marah. Senang lelaki nak pujuk atau berbincang. Kalau jenis mulut muncung tapi bila tanya kenapa, cakap tak ada apa-apa. Haa..
Pemberi Semangat
Lelaki suka dapatkan perhatian dengan cara pasangan mereka memberi semangat. Masa mereka sedang down atau mengalami masalah besar, perempuan sentiasa ada untuk mendengar dan memberi kata-kata yang membuatkan mereka yakin untuk melakukan sesuatu.
Berdikari Dan Berani
Ada lelaki suka perempuan yang berdikari dan berani mencuba. Perempuan berdikari mampu menyelesaikan masalah sendiri. Lelaki dapat melihat impian pasangan dia, usaha yang dibuat dan keinginannya.
Perangai ‘Gila-Gila’ Dan Seronok
Perempuan yang mempunyai kelainan pada dirinya, sense of humour yang tinggi. Memang susah lelaki nak lupa. Ada perangai ‘gila-gila’ atau ‘masuk air’ membuatkan momen yang tak dapat dilupakan dan akan dirindukan. Sebab perempuan yang macam ni lebih banyak melakukan aktiviti yang best!
Percaya Pada Diri Sendiri
Salah satu perkara lelaki tertarik pada perempuan adalah keyakinan diri seorang perempuan. Lelaki lebih suka kepada perempuan yang tahu kemampuan diri mereka dan berkongsi pengalaman bersama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nak makeup tapi tak reti nak sorok blackheads, jerawat dan parut. Ada cara paling senang nak sorok semua masalah korang ni dengan menggunakan makeup. Selain daripada penjagaan kulit yang rapi, dengan gunakan teknik makeup yang betul juga akan membuatkan muka korang flawless tanpa orang tahu ada blackheads!
Senang je, ikut empat langkah mudah di bawah. Korang akan cantik sepanjang hari!
Selamat mencuba!
Langkah #1: Primer
Seperti biasa, sebelum memulakan makeup gunakan primer untuk pastikan makeup tahan lama, menutup pori-pori kulit dan hilangkan garis halus pada permukaan muka. Picitkan sedikit primer dah ratakan pada seluruh muka korang. Dari dahi sampailah ke dagu.
Langkah #2: Concealer
Lepas ratakan primer, lapiskan dengan concealer untuk menutup kesan parut, jerawat dan bintik hitam. Tips untuk cover blackheads korang, sapukan concealer di bahagian yang bermasalah dengan cara bulatan menggunakan berus makeup.
Langkah #3: Foundation
Selesai menutup jerawat dan blackheads, sapukan foundation. Foundation pula berfungsi untuk makeup tahan lama dan mencerahkan warna kulit. Pastikan warna foundation sekata dengan warna kulit korang tau, kalau tak nanti muka jadi kelabu asap pula!
Tips tambahan, kalau ada ternampak lagi blackheads, lapiskan dengan concealer pada kawasan tersebut campurkan sedikit dengan foundation.
Langkah #4: Mulakan Bersolek
Dah siap sorok blackheads, jerawat dan parut, korang dah boleh start makeup. Gunakan setting spray makeup untuk elakkan makeup korang jadi cakey, tidak berminyak dan tahan lama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selalunya barang makeup yang cepat habis mesti lipstik atau lipmatte. Yelah, lepas makan tambah lipstik, lepas solat tambah lipstik, bibir kusam tambah lipstik.
Sebab tu cepat habis. Lagi-lagi jenis liquid.
Bila lipmate habis, jangan buang dulu! Sebenarnya ada cara lain untuk korang korek-korek botol lipmatte tu, sekurang-kurangnya boleh pakai beberapa kali lagi.
Untuk hack makeuplipmatte ni, hanya gunakan dua bahan je. Ketip kuku dan lipmatte yang dah habis.
Ikut steps ini!
Buka penutup botol lipmatte
Guna pengetip kuku untuk ketip stopper plastik yang ada dalam botol lipmatte.
Keluarkan stopper tersebut mesti ada lipmatte lebihan dalam botol tu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERSOALAN tender, tender terpilih dan tender terbuka dalam kontrak kerajaan sering mendapat perhatian terutama pada musim pilihan raya.
Ia adalah detik bagi setiap pemimpin semua parti cuba meraih sokongan atau mahu menampilkan diri mereka sebagai juara yang benar-benar bersih dan telus.
Rakyat didendangkan dengan lagu sama selepas sesuatu puak berjaya meraih kuasa, tender atau projek tertentu dan terpaksa disemak semula atas pelbagai alasan. Perkara utama yang ingin diketengahkan ialah kononnya supaya proses berkenaan lebih telus.
GAMBAR HIASAN
Apa yang rakyat tidak sedar ialah betapa – apabila mendapat kuasa – ada pelbagai kaedah licik boleh dilakukan atas nama pemberian kontrak secara tender atau tender terbuka bagi agenda diri dan parti.
Proses tender bukan sesuatu yang kompleks untuk difahami. Ringkasnya ia adalah urusan membabitkan pihak yang ingin merebut projek yang mengemukakan dalil masing-masing untuk membuktikan mereka paling layak melaksanakan sesuatu kerja yang ditawarkan kerajaan.
Di pihak kerajaan pula, ia menjadi peluang terbaik untuk mereka memilih pihak yang benar-benar layak melaksana atau membekalkan perkhidmatan, barangan, melaksana penyelenggaraan atau pembinaan.
Syarikat yang ingin membuatkan bidaan perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan termasuk pendaftaran, kepala bidang, skop kerja, memiliki pasukan pekerja yang bertauliah, pengalaman dan kejayaan melaksana projek, keampuhan modal syarikat menurut nilai tender dan aspek berkaitan lain.
ADA TENDER SECARA MENGEJUT
Pembida tender juga perlu mengemukakan tawaran melaksana sesuatu projek pada harga terbaik bersama bukti mereka ada pembekal terbaik untuk memastikan projek mampu dilaksanakan.
Sementara itu tugas panel tender pula adalah memilih syarikat terbaik yang – menurut pandangan dan penilaian mereka – mampu melaksanakan projek pada harga terbaik sejajar dengan jumlah peruntukan.
GAMBAR HIASAN
Adakala syarikat yang menawarkan harga lebih tinggi daripada anggaran peruntukan masih berpeluang merebut projek jika didapati hanya syarikat berkenaan yang dirasakan benar-benar layak berbanding syarikat lain.
Namun kebiasaannya syarikat yang dipilih menawarkan harga lebih rendah daripada anggaran projek meskipun secara relatifnya seringgit atau seratus lebih murah sudah dianggap di bawah bajet.
Tender biasanya dikeluarkan kementerian yang berkenaan apabila sesuatu perancangan diluluskan menerusi belanjawan Parlimen dan ada ketikanya dikeluarkan secara mengejut terutama membabitkan aspek darurat atau bencana.
Ada suatu bahagian atau unit di kementerian mengawal selia tugasan mengelola tender termasuk aspek apakah skop kerja, anggaran peruntukan, syarat yang perlu dipenuhi syarikat yang memasuki tender dan sebagainya.
Malah ramai kontraktor secara berseloroh menyatakan, antara kabel yang paling bagus ialah pegawai yang merangka tender kerana mereka lebih arif mengenai segala aspek dan keperluan berkaitan.
Penender berpengalaman dan yang memiliki maklumat peruntukan sering dianggap mempunyai kelebihan.
Bagi puak yang berjaya merebut kuasa pula, urusan pembangunan, perkhidmatan dan perbekalan bukan saja penting untuk kemajuan negara sejajar dengan manifesto masing-masing, tetapi juga memberi talian hayat kepada kelangsungan politik.
Sebelum menang pilihan raya, seseorang calon – terutama daripada kalangan parti miskin – amat bergantung harap kepada bantuan kewangan pihak lain dan ia dihalalkan menerusi istilah dana politik.
Ada parti mengedar tabung setiap kali ceramah dan banyak juga yang berganding bahu dengan usahawan, kontraktor atau peniaga untuk mengisi keperluan dana.
DAPAT TENDER MENGEJUTKAN
Begitu juga dengan bantuan penyokong tegar yang bermati-matian dan acap kali lebih fanatik berbanding calon sendiri.
Oleh itu kaedah perlu dicari. Umpama menarik rambut dari tepung; rambut jangan putus, tepung usah berselerak.
Pihak yang memegang kuasa perlu membalas jasa baik orang yang mengangkatnya. Dalam konteks ini, orang itu ialah pengundi, penderma atau parti diwakili.
Justeru tidak hairanlah isu kronisme timbul.
GAMBAR HIASAN
Di sebalik hakikat tender pula, muncul apa yang dikatakan sebagai proses memilih siapa yang perlu dianugerahkan.
Kita sering mendengar ada syarikat yang misalnya diketahui umum hanya pandai membancuh air tetapi tiba-tiba memperoleh tender projek pembinaan mega. Atau pengilang skru tiba-tiba mendapat tender hospital.
Ia berlaku ketika bidang asal syarikat tersebut terlalu jauh daripada skop tugasan tender yang diperlukan kerajaan (terima kasih pendaftar syarikat yang membenarkan sesuatu nama syarikat menyenaraikan puluhan kepala bidang).
Rakyat dan usahawan tertanya-tanya mengapa ia berlaku. Penender yang berjaya membuat bidaan dan terpilih akan berhujah bahawa mereka dikurniakan tender menerusi proses terbuka.
Bagaimana ia berlaku? Bagaimana mahu mengelat mengelirukan rakyat marhaen bahawa penguasa nampak amat telus lagi suci tetapi pada masa sama kroni masih terjaga, penyokong dan parti gembira.
Pertama, sistem yang ada membolehkan pemegang kuasa memberi arahan, menaikkan pangkat atau menukar pegawai. Istilah pengasingan kuasa di antara parlimen, perundangan dan eksekutif di negara ini seakan kabur.
Maka biasanya apabila sesuatu penguasa dipilih, pasti juga berlaku rombakan di peringkat kementerian atau agensi penguat kuasa dan keselamatan.
Kedua, penguasa juga menjadi penentu akhir sesuatu projek mega dan dana diluluskan untuk membolehkan sesuatu kerja dilaksanakan. Oleh itu, bagi memastikan orang atau syarikat pilihan boleh merebut tender, wahyu boleh disampaikan, surat sokongan boleh digunakan.
Apakah tidak mungkin pegawai diarah menukar syarat tender senyap-senyap supaya hanya syarikat tertentu sahaja yang dianggap memenuhi piawaian tender?
Malah mungkin juga dengan cara maklumat tender dibocorkan, pengenalan kepala bidang skop kerja baru dibuat secara mengejut, dan tawaran tender dibuka untuk tempoh terlalu singkat. Macam-macam kaedah teknikal boleh dilakukan.
PELAKSANA AGENDA NEGARA
Ada juga rungutan – dokumen tender tiba-tiba menjadi tidak lengkap sedangkan nama syarikat sudah tersenarai untuk penilaian akhir lembaga tender.
Ketika semakin kuat rungutan tender tidak adil atau aduan projek dibolot kartel dan kroni tertentu, pegawai antirasuah dikerah untuk menggambarkan keadaan sudah berubah.
Hakikatnya sebahagian besar kontraktor, peniaga dan pembekal semakin lantang bersuara bahawa mustahil untuk mengelak rasuah jika mahu terus mendapat projek, baik wang dihulur sebelum sesuatu calon duduk di pentas pilihan raya lagi, atau diberikan ketika projek berjalan bagi membolehkan penguasa melunaskan hutang budi.
GAMBAR HIASAN
Bagaimana dengan projek rundingan terus? Tender yang kelihatan sulit pun mudah dipermain, apatah lagi dengan rundingan terus. Apakah isu ini memang tidak akan ada kesudahan?
Kelompangan perundangan dan sistem – selain kebejatan akal budi di setiap sanubari – perlu diperbetul kerana dibimbangi isu ini akan mengakibatkan rasuah dan kronisme terus-terusan membarah.
Diharapkan akan wujud kesedaran di semua lapisan – baik di perkhidmatan awam, golongan eksekutif atau rakyat – bagi membendung perkara ini. Rakyat kini bergantung kepada penjawat awam. Ia kerana mereka adalah pelaksana dan harapan terakhir membantu Yang di-Pertuan Agong menerajui negara.
Mereka juga perlu belajar daripada kesilapan lalu, bahawa mereka sering menjadi kambing hitam apabila badan rasuah bertindak.
Covid-19 juga sepatutnya mengajar penjawat awam bahawa mereka perlu waras dan tidak akur kepada tuntutan penguasa politik.
artikel asal boleh dibaca di laman portal Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!