Cari Calon “WALI” Adun Pelangai
Cari Calon “WALI” Adun Pelangai
BENTONG – Calon UMNO yang bertanding dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Pelangai perlu memenuhi kriteria “WALI” — “winnability” (boleh menang), “acceptibility” (kebolehterimaan) dan “likeability” (disenangi) oleh pengundi.
Naib Presiden 1 UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tiga kriteria itu menjadi keutamaan supaya kerusi tradisi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pelangai kekal menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.
Menurutnya, daripada senarai pendek nama enam calon yang dikemukakan hanya tinggal empat calon yang memenuhi kriteria WALI. Namun calon Tunggal dipilih yang akan diumum sebelum 23 September masih diperhalusi.
Kriteria banyak ..antaranya “ WALI “ “winnability” (boleh menang), “acceptibility” (kebolehterimaan) dan “likeability” (disenangi) calon boleh menang,katannya .
Beliau akan berbincang dengan Presiden parti Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sebelum dimuktamatkan bagi memastikan calon yang terpilih menepati kehendak pengundi bagi meneruskan tanggungjawab legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun,“ katanya.
Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata demikian kepada media selepas Majlis Agihan Bantuan Prihatin Pahang ( BPP) kepada 126 mahasiswa dalam DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai di FELDA Kemasul, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, semua pendapat dan pandangan berkaitan kriteria calon dari setiap lapisan kepimpinan termasuk akar umbi mendapat perhatian.
Beliau mengakui mana-mana pilihan raya seperti ini pasti ada suara yang mahukan anak tempatan sebagai calon. Namun prinsip kita cari calon terbaik boleh menang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu menegaskan, siapa sahaja yang memenuhi kriteria ini (WALI) akan menjadi calon UMNO yang mewakili BN di DUN Pelangai.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.-SAHIH