Calon Parlimen Jerantut mahu tingkat bidang pertanian, penternakan bantu tangani food security
PRU-15 : Calon Parlimen Jerantut mahu tingkat bidang pertanian, penternakan bantu tangani food security
JERANTUT – Calon Parlimen Jerantut (P081) Barisan Nasional, Datuk Zukarmi Abud Bakar berhasrat untuk meningkatkan bidang pertanian dan penternakan bagi membantu negara dalam menangani isu Dasar Sekuriti Makanan (food security).
Mohd Zukarmi, anak watan Jerantut yang dikenali ramai oleh penduduk di daerah ini serta penduduk di kawasan Felda dalam Wilayah Jengka mahu mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar dijadikan satu ‘ladang bersama’ bagi meningkatkan pengeluaran sumber makanan tempatan.
“Kita mahu memperkasakan bidang pelancongan sebagai aset daerah, negeri dan negara serta membantu pemain industri pelancongan dengan meningkatkan kehadiran lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah Taman Negara Hutan Hujan Tropika beruia 130 juta tahun di daerah ini,” katanya.
Beliau graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, pengkhususan antropologi dan sosiologi serta kursus minor dalam bidang sains politik pastinya tahu keperluan dan kemahuan penduduk di daerah Jerantut
Beliau ketika ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Jerantut dan juga Barisan Nasional mempunyai hubungan baik dengan semua komponen dalam BN yang tidak sukar untuk menjalankan jentera parti dalam kempennya menjelang hari pengundian nanti.
Selain itu, beliau turut memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Biro Felda Umno Bahagian Jerantut, Ahli Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau seorang pengarah Warisan Jengka Holding (M) Sdn Berhad pastinya mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan.
Pernah menjawat Pengurus Penswastaan, Pelaburan dan Kerajaan Tempatan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka dan mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang serta pernah dianugerahkan Hadiah Latihan JPA/JICA ke Jepun selama 1 bulan
Katanya, beliau mahu meneruskan perancangan atau hasrat yang pernah dibawa oleh penyandang dua penggal Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang tertangguh.-SAHIH.