Bursa, Turki – Dua masjid agung yang bersejarah
Bursa, Turki – Dua masjid agung yang bersejarah
Bandar Bursa turut dikenali “Green Bursa”, memberi gambaran yang menarik bukan sahaja dengan udara segar sebaliknya mempunyai dua masjid bersejarah.
Kebanyakan tempat bersejarah di bandar ini bermula sejak zaman awal Uthmaniyyah dan antaranya Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Cami-Bursa yang terkenal mencerminkan gaya budaya Wilayah Seljuk.
Masjid Agung Bursa atau Grand Mosque (Bursa Ulu Camii) ialah sebuah lagi masjid bersejarah di Bursa, Turki telah dibina antara 1396 dan 1399 oleh Sultan Uthmaniyyah Bayezid I bagi memperingati kemenangan besar baginda di Pertempuran Nicopolis.
Bursa satu ketika dahulu berperanan sebagai ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1326 setelah ditawan dari kerajaan Byzantine.
Tahun 1365, ibu kota pentadbiran berpindah ke Edirne kerana pada masa itu kerajaan kesultanan di wilayah itu mula mengalihkan perhatian mereka ke Eropah.
Bursa, bandar ke-4 terbesar di Turki ini turut terkenal dengan industri tekstil, buah pic, buah berangan, sutera serta pelbagai jenis industri lain.
Bagi peminat tekstil khususnya wanita yang mementingkan gaya dan stail, di sini boleh membeli-belah ke bazar yang dipenuhi sutera.-SAHIH