Bufet Ramadan Hotel Apsara Temerloh Tawar Sajian Beraneka Pilihan
Bufet Ramadan Hotel Apsara Temerloh Tawar Sajian Beraneka Pilihan
TEMERLOH – Hotel Apsara Temerloh buat julung kalinya menganjurkan bufet Ramadan yang menawarkan lebih 60 jenis hidangan, termasuk masakan tradisional Melayu, kuih-muih tempatan, serta hidangan Barat dan India bagi memenuhi selera pelanggan.
Bufet bukan sahaja menyediakan hidangan berkualiti pada harga berpatutan, tetapi juga mewujudkan suasana berbuka puasa yang selesa dan meriah.
“Kami ingin memberikan pengalaman berbuka yang istimewa dengan pelbagai pilihan makanan yang dapat dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan,
Antara menu yang disajikan termasuk rendang, ayam percik, dan pelbagai jenis kuih-muih seperti seri muka dan onde-onde. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati sajian Barat dan India yang turut disediakan bagi memenuhi kepelbagaian cita rasa.
Bufet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM55 bagi dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak, menjadikannya pilihan yang berbaloi bagi mereka yang ingin menikmati hidangan berkualiti dalam suasana eksklusif.
Hotel Apsara Temerloh, yang memiliki 46 bilik dan satu kafe, turut menyediakan dewan di tingkat tiga yang mampu menampung sehingga 300 tetamu, sesuai untuk majlis berbuka secara berkumpulan atau korporat.
Selain itu, hotel ini menawarkan penginapan dengan harga bilik standard bermula dari RM100 hingga RM250 bagi mereka yang ingin bermalam. Bilik VIP juga disediakan untuk pengalaman penginapan yang lebih mewah dan selesa.
Dengan sajian yang pelbagai, suasana yang nyaman serta kemudahan yang lengkap, bufet Ramadan di Hotel Apsara Temerloh dijangka menjadi pilihan utama masyarakat setempat dan pelancong sepanjang bulan puasa ini.-SAHIH