BUDAK DUA TAHUN DITEMUI LEMAS
BUDAK DUA TAHUN DITEMUI LEMAS
TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di Sungai Kampung Kuala Apas dekat sini pada Khamis.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh sepasukan bomba ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sungai terbabit kira-kira jam 12.25 tengah hari.
Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang pada Rabu ketika ibunya sedang membaiki reban ayam di kawasan rumah mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 9.11 malam Rabu.
Menurutnya, pasukan bomba membuat operasi pencarian di kawasan kejadian kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.
“Hasil operasi menggunakan bot orang kampung, pasukan bomba berjaya menemui mangsa pada jam 12.25 tengah hari,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lani, lapor BH ONLINE
“Operasi SAR membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ditamatkan pada jam 12.54 tengah hari,” katanya.