BUAYA BAWA TUAH
ANGGAP MACAM AHLI KELUARGA
MAKASAR: Sebuah keluarga menjadikan seekor buaya sebagai ahli keluarga dan memelihara reptilia itu di rumah mereka.
Media tempatan melaporkan haiwan itu dilayan seperti manusia termasuk diberikan tempat tidur dengan selimut dan bantal kerana dianggap sebagai kembar manusia.
Berukuran dua meter, buaya itu dikatakan tidak mendatangkan bahaya menyebabkan ia diletakkan di dalam rumah.
Ia ditemui di bawah jambatan di Sungai Tello sebelum dibawa pulang untuk dipelihara.
Keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Paccinang, Tello Baru di daerah Panakukkang tidak mahu meletakkan buaya itu di dalam kurungan.
Wakil polis, Muhammad Kasim berkata, keluarga itu lebih senang meletakkan buaya itu di dalam rumah kerana yakin ia tidak mengancam mereka.
“Mereka percaya buaya itu tidak akan mengganggu orang lain, apatah lagi keluarga sendiri,” katanya.
Video mengenai buaya itu tular di media sosial selepas orang ramai mengusap badan haiwan berkenaan.