BUANG SISA MAKANAN, PLASTIK ANCAM SISTEM SALIRAN DAN PENCEMARAN
BUANG SISA MAKANAN, PLASTIK ANCAM SISTEM SALIRAN DAN PENCEMARAN
JERANTUT : Orang ramai, pihak swasta, premis kedai makan dan kilang cuba elakkan membuang sisa makanan, plastik, barang keperluan dapur yang sudah tidak digunakan ke tempat yang disediakan seperti tong sampah yang akan diuruskan oleh pihak perkhidmatan Alam Flora dan SWCorp.
Menurut laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan kira-kira 10,000 tan makanan yang masih elok dan plastik terbuang sehari di seluruh Semenanjung Malaysia pada awal bulan Ramadan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain bekas plastik, amalan membuang makanan yang masih elok juga menjadi tabiat penduduk dan kedai makanan yang juga boleh menjejaskan sistem saliran dan timbul pencemaran bau di kawasan tempat tinggal.
“Jumlah ini dijangka meningkat dari semasa kerana semakin ramai pengguna berbelanja sehingga berakhir bulan Ramadan malahan pada hari biasa juga amalan yang sama berlaku dalam kalangan penduduk,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Majlis Undi Perdana Kerja Di Bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Jabatan pengairan Saliran Pahang di Jerantut hari ini.
Yang hadir sama, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Nor Hisham Mohd Ghazali.
Katanya, pembuangan plastik boleh menyebabkan sistem saliran tersumbat yang akan berlaku banjir kilat di sesebuah tempat malahan juga sekiranya sungai dan laut dipenuhi plastik atau sisa buangan boleh wujud pencemaran serta mengancam hidupan air.
“Menurut kajian Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, penggunaan plastik di negara ini yang ke-2 terbesar di rantau Asia dengan purata setiap individu menggunakan 16.78 kilogram (kg) plastik setahun.
“Kementerian merangka perancangan tidak ada lagi penggunaan dan pembuangan sisa plastik pada 2030 sekali gus tidak lagi timbul masalah berdepan pencemaran air termasuk gangguan sistem perparitan,” katanya.