Bilik penyimpanan peluru Perhilitan Kuala Tahan terbakar
Bilik penyimpanan peluru Perhilitan Kuala Tahan terbakar
JERANTUT – Sebuah bilik penyimpanan simpanan peluru Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Taman Negara Kuala Tahan terbakar pada jam 10.21 malam tadi.
Tujuh belas pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba (BBP) Jerantut, BBP Temerloh dan BBP Bukit Angin telah dikejarkan ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar Jerantut.
Pihak JBPM menerima panggilan kecemaran MERS 999 dan BBP Jerantut dalam perjalanan sejurus menerima panggilan dan akan menyeberangi Sungai Tembeling untuk melakukan operasi pemadaman.
Pejabat PERHILITAN itu terletak berdekatan dengan Resort Mutiara Taman Negara yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.-SAHIH.