Bilangan kenderaan di LTU menghala ke Gua Musang semakin meningkat
Fot atas : Terdapat kereta berhenti di tepi jalan dan dipantau seorang anggota polis di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama, dekat sini, hari ini.
Bilangan kenderaan di LTU menghala ke Gua Musang semakin meningkat
LIPIS : Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) mula menunjukkan peningkatan bilangan kenderaan mengakibat berlaku kesesakan di penghujung lebuh raya ketika mula memasuki Jalan Lama Gua Musang, hari ini.
LTU antara dua jalan utama dari ibukota ke Kelantan menunjukkan trend pertambahan bilangan kenderaan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, manakala Jalan Benta ke Lipis menunjukkan bilangan kenderaan meningkat tetapi kenderaan masih bergerak lancar dan diletakkan di skala 2.
“Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama turut menunjukkkan peningkatan bilangan kenderaan mengakibat berlaku kesesakan berlaku di penghujung lebuh raya ini ketika mula memasuki Jalan Lama Gua Musang dan berskala 3 dan dijangka berlaku peningkatan bilangan kenderaan menjelang petang dan malam ini.
“Jalan Bandar K.Lipis (Jalan Bandaran) bergerak lancar walaupun bilangan kenderaan meningkat pada skala 1,” katanya melalui siaran media, hari ini.
Katanya, semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati , bersabar serta mematuhi arahan papan tanda atau petugas anggota polis yang di tempatkan di beberapa tempat khusus.
“Dinasihatkan pengguna laluan ini jangan berhenti untuk berrehat atau tidur di lorong kecemasan kerana akan menyusahkan pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan.
“Pengguna jalan raya juga diingatkan menjaga kebersihan serta tidak membuat sampah merata-rata di sepanjang lebunraya LTU ini, selain itu pemandu perlu mengambil rehat yang secukupnya untuk perjalanan jauh demi keselamatan seua pihak,” katanya.-SAHIH.