Besi scrap jatuh dari lori punca 30 kenderaan pancit tayar
Besi scrap jatuh dari lori punca 30 kenderaan pancit tayar
BENTONG: Punca banyak kenderaan yang pancit tayar ketika melalui Lebuh Raya Karak Lebuh dan Lebuh Raya Pantai Timur sehingga tular di media sosial adalah disebabkan oleh besi scrap yang jatuh dari sebuah lori dan bukanya kegiatan kianat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata hasil siasatan mendapati pada 29 April lalu sebuah lori treler yang membawa muatan besi scrap dari Balakong, Selangor menuju Ke Gebeng, Kuantan.
Katanya, dipercayai terdapat beberapa serpihan besi scrap jatuh ke atas jalan menyebabkan banyak kenderaan yang melanggarnya mengalami tayar pancit.
“Polis telah berjaya mengesan lori dan pemandu lori treler berkenaan yang merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun.
” Pemandu lori treler berkenaan telah dihubungi untuk hadir ke Pejabat Trafik IPD, Bentong untuk membantu siasatan,” katanya.
Zaiham berkata, dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang dan kenderaan terlibat kebanyakkannya mengalami kerosakan tayar pancit.
Menurutnya pada 29 April lalu (Isnin) pada kira jam 10.40 malam, pihak konsesi lebuh raya telah mengesan beberapa kenderaan membuat aduan kerosakan tayar pancit akibat melanggar objek besi tajam di atas jalan di Lebuhraya Karak dan juga Lebuhraya Pantai Timur.
“Terdapat lebih kurang 30 buah kenderaan pelbagai jenis telah membuat aduan kerosakan tayar pancit pada hotline Lebuhraya Pantai Timur 1.
” Polis Bentong turut menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut Iaitu dari seorang lelaki warganegara tempatan merupakan mangsa
berusia 30 tahun dan juga dari seorang lelaki yang merupakan pegawai peronda LPT
yang berusia 44 tahun,” katanya.
Kes Di Siasat Di Bawah Rule 19 Ln 166/59.-SAHIH