BERSATU Pahang tubuh 9 biro penerangan, Datuk Rofaie pengerusi utama
BERSATU Pahang tubuh 9 biro penerangan, Datuk Rofaie pengerusi utama
TEMERLOH – Bagi memperkukuhkan strategi penerangan parti di peringkat negeri, BERSATU Pahang telah menubuhkan sembilan jawatankuasa biro di bawah Jawatankuasa Penerangan Negeri yang diketuai oleh Ketua Bahagian BERSATU Temerloh, Datuk Rofaie Hamdan.
Pengerusi Penerangan BERSATU Negeri Pahang, Datuk Mohd Rofaie Hamdan, berkata keseluruhan biro yang diwujudkan dengan peranan dan skop tugas khusus bagi melicinkan operasi serta penyampaian maklumat parti kepada rakyat.
Sembilan biro yang diwujudkan ialah Biro Penyelidikan dan Analisis Data, Biro Naratif dan Komunikasi Politik, Biro Pempengaruh dan Media Digital, Biro Pemiidato dan Suara Perjuangan, Biro Pengukuhan Dalaman, Biro Wacana Rakyat, Biro Media dan Perhubungan Awam, Biro Program Rakyat dan Biro Gerak Khas Lapangan.
Penubuhan biro-biro ini adalah sebahagian daripada usaha menyusun semula struktur penerangan parti agar lebih dinamik, responsif dan dekat dengan denyut nadi rakyat.
Tambahnya lagi, setiap biro akan digerakkan oleh pasukan tersendiri yang terdiri daripada tokoh muda, pempengaruh media sosial, penceramah politik serta aktivis masyarakat.
Langkah ini juga dilihat sebagai usaha serius BERSATU Pahang untuk memperkukuh jentera komunikasi mereka di lapangan, terutamanya dalam menangkis serangan politik lawan serta menyampaikan dasar-dasar parti kepada masyarakat luar bandar.
Pelantikan rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.-SAHIH