BERI GALAKKAN ORANG ASLI SERTAI POLIS
BERI GALAKKAN ORANG ASLI SERTAI POLIS
KUALA KRAU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melaksanakan kerjasama strategik dalam menggalakkan penyertaan kaum Orang asli menyertai badan beruniform itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, terdapat empat jawatan yang ditawarkan kepada anak-anak orang asli yangmempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah ditetapkan.
Jawantan tersebut adalah Inspktor Polis Gred YA13, Konstabel Gred YA1, Konstabel Polis Orang Asli Gred YP1 dan Konstabel Polis YT1.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
“Jadi kita nak bukan sahaja orang asli kita galakkan semua masyarakat Cina, Melayu, India..harini
kempen galakkan kepada masyarakat org asli ini yang mempunyai penguasaan akedemi yang cukup dan syarat- syarat tertentu untuk mendaftar dengan kita,
Beliau berkata, peranan Orang Asli penting dan kerajaan tidak menafikan kehebatan mereka dalam menjaga keselamatan negara seperti Pasukan Keselamatan Orang Asli Senoi Praaq yang menjaga sempadan terutama di bahagian utara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin dan Penyerahan Sumbangan CSR Food Bank Aksem kepada masyarakat orang asli Kampung Pian, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
PDRM dan JAKOA sedang melaksanakan kempen penyertaan kaun Orang Asli akan melaksanakan jelajah pamerah roadshow di Pejabat-Pejabat Kemajuan Orang Asli (PKOAD) yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia pada 14 Mei sehingga 6 Jun nanti.
Ia bagi menegnal pasti calon-calon daripada kalangan orang asli yang berkelayakan dan secara langsung melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian lain di lokasi tersebut.
Borang permohonan boleh diambil di setiap PKOAD sehingga 30 April ini-SAHIH