BERGU NEGARA AARON-SOH MARA KE SEPARUH AKHIR BADMINTON
BERGU NEGARA AARON-SOH MARA KE SEPARUH AKHIR BADMINTON
MENEWASKAN PASANGAN INDONESIA, PILIHAN PERTAMA
Pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir temasya sukan Olimpik Tokyo selepaskan menewaskan beregu nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia dalam perlawanan suku akhir.
Chia dan Soh yang tidak diletakkan sebagai bergu pilihan menewaskan pasangan Indonesia itu dengan straight set dengan 21-14 dan 21-17 dalam tempoh 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza.
Perlawanan yang berlangsung pagi ini adalah kemenangan sulung pasangan bergu negara ke atas bergu itu selepas lapan perlawanan yang berpihak kepada pasangan Indonesia itu sejak kejohanan Terbuka Malaysia 2018.
Chia dan Soh merupakan finalis Terbuka All England 2019 dan juga merangkul emas Sukan Sea pada tahun sama.
Hantaran di Facebook selepas kemenangan itu, Chia mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka.
“Kami merasakan sokongan anda, jadi kami berjaya hari ini! Terima kasih kepada anda semua terutama (mereka) yang memberi komen dan (mesej) PM saya sejak malam tadi.-SAHIH.