BERANGKAT PULANG KE ISTANA NEGARA
Berita Nasional
BERANGKAT PULANG KE ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lalu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keberangkatan pulang Seri Paduka pada jam 12.40 tengah hari semalam, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda sudah beransur pulih. Atas nasihat pakar perubatan IJN, Seri Paduka Baginda akan berehat di Istana Negara,” katanya.
Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 September untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 September menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan.
Sumber: BERNAMA