BEKAS WARTAWAN TERIMA BANTUAN BANJIR
BEKAS WARTAWAN TERIMA BANTUAN BANJIR
TEMERLOH: Musibah banjir besar minggu lalu turut mengakibatkan kediaman bekas wartawan sambilan Berita Harian dan Bernama Pahang, Sharifuddin Mohamad, di Kampung Bukit Ketumbit mengalami kerosakan.
Dia yang tinggal berdua di rumah itu bersama isterinya, Normala Hamzah ketika kejadian, tidak menyangka paras air naik dengan cepat hingga gagal menyelamatkan banyak barangan berharga.
Kejadian menimpa Sharifuddin itu mendapat perhatian Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang juga ahli Parlimen Kuala Krau dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
DATUK ISMAIL MOHAMED SAID (KANAN) MENINJAU KEADAAN RUMAH BEKAS WARTAWAN SAMBILAN BERITA HARIAN DAN BERNAMA PAHANG, SHARIFUDDIN MOHAMAD DI KAMPUNG BUKIT KETUMBIT, DEKAT TEMERLOH, YANG ROSAK TERUK AKIBAT BANJIR
Ismail bersama Syed Ibrahim yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kerdau meluangkan masa kira-kira sejam bergotong-royong membersihkan kediaman berkenaan.
Aktiviti gotong-royong itu turut disertai Pengerusi Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Hussain, sukarelawan FELCRA dan UMNO Bahagian Kuala Krau.
ANTARA BARANGAN KELENGKAPAN RUMAH YANG SEMPAT DISELAMATKAN DALAM KEJADIAN BANJIR DI KAMPUNG BUKIT KETUMBIT, DEKAT TEMERLOH, DI SINI
Difahamkan, musibah banjir tahun ini mengakibatkan Sharifuddin kerugian kira-kira RM40,000 selepas kebanyakan barangan kelengkapan rumahnya rosak teruk dan ada antaranya dihanyutkan arus deras.