Bekas pimpinan tertinggi Bersatu meninggal dunia
Bekas pimpinan tertinggi Bersatu meninggal dunia
JERANTUT- Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Negeri Pahang, Datuk Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil telah meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh pada jam 10.51 pagi, hari ini.
Menurut sumber, Allahyarham, 49 tahun, mengidap penyakit kegagalan hati dan menerima rawatan selama 5 hari di HOSHAS.
Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Khairunnisa Saleh dan 2 anak perempuan dan seorang lelaki.
Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 untuk kerusi Parlimen Jerantut, Pahang (P081), beliau turut bertanding tiga penjuru.
Beliau tewas kepada penyandang, Ahmad Nazlan Idris dari Barisan Nasional dengan mendapat undi sebanyak 22,640 dan calon dari PAS , Yohanis Ahmad (16,732) dan Wan Mohd Shahrir mendapat 10,877 undi. –SAHIH.