Bekas homeguard tertua negara berusia 110 tahun terima kerusi roda
Bekas homeguard tertua negara berusia 110 tahun terima kerusi roda
Foto: Azli (3 dari kiri berdiri) serta Amir (kanan sekali) bersama at Ariffin (berkerusi roda) di rumah anaknya di Tanjung Buluh, hari ini.
LIPIS – Bekas homeguard (pengawal kampung), Mat Ariffin yang menjadi ‘keluarga angkat’ kepada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang baharu sahaja keluar daripada hospital setelah menerima menerima rawatan selama dua hari berikutan mengalami muntah darah dan uzur.
Homeguard itu dipercayai tertua di negara ini, berusia 110, yang uzur itu disantuni oleh Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor dan wakil Ahli Parlimen Lipis, Amir Marwan Abu Kasim dengan pemberian bantuan di Kampung Tanjung Buloh, Kerambit dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, Mat Ariffin yang pernah bertugas sebagai homeguard antara 1948 hingga 1959 di Kampung Banggul Cik Wan, Pasir Mas (Kelantan) mengalami keuzuran, tidak mampu berjalan dan penglihatan semakin kabur sejak awal tahun ini.
“Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Satu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad meminta saya dan wakil Pejabat Perkidmatan Parlimen menziarahi Mat Ariifin serta menyampaikan bantuan berkenaan.
“Dia (Mat Ariffin) antara seorang homeguard yang paling tua di negara ini di samping empat orang rakannya lagi berusia antara 80 hingga 90 tahun yang masih hidup dan tinggal di Kampung Tanjong Buluh, Lipis dan bekas pejuang keselamatan ini era Komunis ini telah dijadikan keluarga angkat IPD Lipis,” katanya di Tanjong Buloh dekat sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Lipis, Deputi Suprintenden Idros Ismail, Pegawai Khas Pejabat Parlimen Lipis, Amir Marwan Abu Kasim dan Ketua Kampung Tanjung Buloh, Najid Abu.
Azli selanjutnya berkata, Pejabat Parlimen Lipis dan IPD di sini amat menghargai dan menyanjung tinggi perkhidmatan Mat Ariffin antara pejuang sanggup berkorban menjaga keselamatan kampung serta mempertahankan negara daripada ancaman Komunis sebelum dan pasca merdeka.
Sementara Amir Marwan berkata, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah mengetahui keadaan kesihatan Mat Ariffin yang sudah uzur dan tidak mampu berjalan di samping mengalami dan mengalami gangguan pengelihatan sejak awal tahun ini kini dijaga oleh salah seorang anaknya.-SAHIH.