Bas Persiaran terbalik, dua maut, 11 cedera
Foto atas : Sebuah bas persiaran yang membawa 16 orang penumpang termasuk empat orang warga asing terbalik dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Hentian Rehat Lentang hala timur, Lebuhraya Karak dekat sini pagi ini.
Bas Persiaran terbalik, dua maut, 11 cedera
BENTONG : Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran terbalik mengakibatkan dua maut dan 11 cedera dalam kemalangan yang berlaku di KM 51.4 arah timur berdekatan Lentang, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dekat sini pada jam 7.53 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut termasuk seorang lelaki warganegara asing dan seorang lagi penumpang wanita yang masih belum dikenalpasti.
“Pemandu bas tersebut mengalami kecederaan parah dan seorang wanita warga tempatan mengalami kecederaan serupa.
“Sebelas penumpang lain mengalami kecederaan dan lima terselamat. Bas tersebut yang bertolak dari TBS menghala ke Kuantan dengan membawa seramai 20 penumpang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong menerima panggilan telefon kira-kira jam 8.00 pagi tadi memaklumkan kemalangan tersebut.-SAHIH