BANJIR KILAT TAMAN MENTAKAB INDAH
BANJIR KILAT TAMAN MENTAKAB INDAH: 300 PENDUDUK TERJEJAS
TEMERLOH : Seramai 300 orang penduduk Taman Mentakab Indah terkesan dengan hujan lebat yang berlaku selama tiga jam di kawasan itu bermula jam 12.30 awal pagi semalam mengakibatkan berlaku banjir kilat.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada limpahan air anak Sungai Hutan Kemasul dan air surut sepenuhnya pada jam 1.00 tengah hari, semalam.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Pihak Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) telah meninjau ke kawasan terlibat pada jam 5.30 pagi setelah mendapat maklumat penduduk setempat.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Tiada mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tiada berlaku kemalangan jiwa, walau begitu terdapat kerosakan harta benda seperti kereta, motosikal, peralatan dan perabot rumah.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Penghulu Mukim Mentakab 1, Mohamad Sharif Kassim berkata, pihaknya sedang mengemaskini senarai mangsa yang terlibat selain turut memantau dan meninjau keadaan paras air sungai tersebut kerana sehingga jam 4.15 petang hujan lebat masih berlaku Bandar Mentakab dan kawasan sekitarnya.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
“Pihak kami turut bergotong royong memasak dan menyediakan makanan di Masjid Desa Bakti bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyakarat dan Anggota RELA untuk diagihkan kepada mangsa,”katanya.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK