BANDAR INDERAPURA BERWARNA EMAS
POHON BERBUNGA BERWARNA KUNING KEEMASAN BAGAI POKOK SAKURA DI JEPUN
JERANTUT: Pokok dengan nama saintifik, Laburnum Watereri atau turut dikenali Golden Chain pada ketinggian kira-kira 8 meter, mula mengeluarkan bunga berwarna kuning keemasan sekali gus menambah seri persekitaran bandar Jerantut yang terkenal dengan gelaran Bandar Taman Negara.
Kira-kira 20 pohon tersebut yang ditanam di sepanjang jalan utama berhadapan blok bangunan Bandar Inderapura menghala ke bandar lama Jerantut, pemandangan itu seolah-olah bunga sakura yang sedang mekar di Jepun.
Kalau bunga sakura berwarna merah jambu, pokok Golden Chain yang berasal dari Selatan Eropah dan negara Balkan berwarna kuning keemasan, sesuai ditanam sebagai pohon lanskap di kawasan taman perumahan, halaman rumah atau sepanjang jalan.
Bunga pokok ini boleh menjangkau sepanjang 10 sentimeter (sm) hingga 40 sm, ada yang memberi nama jolokan rantai emas atau hujan emas daripada dua spesis pokok kecil daripada keluarga Faboideae dan Fabaceae.