Balai Bomba ke-31 Pahang bernilai RM 4.5 juta akan dibina di Benta
Balai Bomba ke-31 Pahang bernilai RM 4.5 juta akan dibina di Benta
LIPIS – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke-29 di Pahang bakal dibina di Benta bernilai RM4.5 juta akan menjadi simbol kepada kerjasama erat antara pihak kerajaan dan masyarakat setempat.
Pembinaan BBP Benta ini adalah salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 di kawasan seluas 3.0 hektar dijangka siap pada tahun 2027.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan BBP Benta adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur keselamatan yang lebih menyeluruh dan moden.
“Sudah pasti keprihatinan kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat khususnya di kawasan Benta ini amatlah kami hargai.
“Majlis ini merupakan satu peristiwa bersejarah, bukan sahaja untuk komuniti di Benta tetapi juga untuk negeri ini secara keseluruhannya,’ kata di Majlis Pecah Tanah BBP Benta Di sini, hari ini.
Katanya, di kesempatan ini beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kelulusan pembinaan balai bomba ini.
“Terlaksananya projek ini, bukan sahaja akan meningkatkan tahap respons pasukan bomba dengan lebih cepat, tetapi juga mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat terhadap keselamatan mereka.
“Lokasi balai bomba dibina di kawasan strategik di Benta, dijangka dapat memenuhi keperluan operasi menyelamat di kawasan sekitarnya dengan lebih efisien, seterusnya mengurangkan risiko kehilangan harta benda yang lebih besar,” katanya. -SAHIH.