Baiki segera Jalan Sungai Jan yang semakin teruk
Baiki segera Jalan Sungai Jan yang semakin teruk
JERANTUT – Penduduk Sungai Jan, bandar Jerantut memohon pihak berwajib supaya menurap tar di jalan utama di pintu masuk kawasan perumahan dan premis di situ yang berlubang sejak sebulan lalu sehingga mengganggu lalu lintas lalu lintas setiap hari termasuk operasi perniagaan di situ..
Keadaan jalan yang kerap dilalui kenderaan berat dan ringan menyebabkan lubang besar dan takungan air hujan serta difahamkan berpunca paip pecah di laluan tersebut.
Seorang penduduk yang kerap melalui laluan itu, Abdul Rahim Kamaruddin berkata, terdapat permukaan jalan mula berlubang kecil seperti berpunca ada berlaku kebocoran paip air.
“Lama-kelamaan mungkin struktur di situ semakin lembut dan dilalui kenderaan berat dan ringan di situ, keadaan ini semakin teruk dan menimbulkan kesukaran malahan berlaku kesesakan apabila kenderaan yang masuk dari persimpangan utama untuk ke Kuala Tembeling.
“Laluan ini sering digunakan oleh kenderaan untuk ke Kuala Tembeling dan terus ke daerah Lipis sewajarnya dibaikpulih dengan segera bagi mengelakkan kesesakan dan kerosakan kenderaan,” katanya di Sungai Jan di sini hari ini.
Sementara itu, bagi Ketua Cabang Keadilan Jerantut, Mohamad Rafly Mohd Satar berkata, dia membuat tinjuan hari ini mendapati jalan berkenaan semakin rosak teruk dan berlubang yang agak dalam.
“Keadaan ini membahayakan kepada pengguna jalan raya seperti kecederaan khususnya penunggang motosikal pada waktu malam dan kerosakan roda kereta kerana lubang agak dalam.
“Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera membaikpulih supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Lagipun kos membaikpulih masih dalam skala nilai yang kecil,” katanya.
Katanya, diharap pihak berkaitan segera membaikpulih jalan tersebut kerana laluan itu sangat sibuk ke kawasan sekolah, taman perumahan dan kampung menghala ke Kuala Tembeling dan bandar Lipis.-SAHIH.