AZIZUL SUJUD SYUKUR ISTERI HAMIL ANAK KETIGA SELEPAS BERJAYA PINGAT PERAK KEIRIN OLIMPIK TOKYO
AZIZUL SUJUD SYUKUR ISTERI HAMIL ANAK KETIGA SELEPAS BERJAYA PINGAT PERAK KEIRIN OLIMPIK TOKYO
TEMERLOH: Jaguh acara keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang terkejut apabila dimaklumkan dia bakal menimang cahayamata ketiga ketika ditemubual oleh Astro Arena selepas berjaya merangkul pingat perak untuk negara di Velodrom Izu, di Jepun, hari ini.
Sejurus dimaklumkan The Pocket Rocketman terus sujud syukur dan berterima kasih kepada semua peminat dan rakyat Malaysia yang turut mendoakan kejayaannya.
“Ketika berkayuh saya teringat wajah isteri dan anak-anak, anak-anak setiap hari call (panggilan telefon) bertanya bila nak balik, itulah antara penguat semangat saya.
“Ketika ini ayah saya sedang sakit (stok), mujur adik-beradik saya menasihatkan saya untuk memberi fokus kepada perlumbaan hari ini, Alhamudlillah, perak untuk negara,” katanya.
Katanya, dia turut memikirkan untuk menang kerana perjuangan perlumbaan di Sukan Olimpik Tokyo sebagai tanggung jawab kepada negara.
Untuk rekod, Azizulhasni atau Jijoe memperbaiki kilauan pingat dalam acara keirin di Tokyo dengan meraih perak selepas membutirkan gangsa di Olimpik Rio 2016 yang pada ketika itu turut dimenangi Kenny.
Kenny ketika ini sudah mengumpul tujuh pingat emas Olimpik sekali gus mengatasi pencapaian Chris Roy dalam senarai Olimpian paling berjaya sepanjang zaman buat Great Britain.
Dia mempamerkan kayuhan bertenaga di Velodrom Izu apabila memecut seawal mungkin sebelum meninggalkan jauh pencabarnya di pentas final termasuk Azizulhasni. Pingat gangsa dimenangi pelumba Belanda, Harrie Levreysen.
Sementara itu, seorang lagi jaguh keirin negara, Shah Firdaus Sharom terkandas di peringkat suku akhir dalam penampilan pertamanya di sukan ini.
Semalam semangat patriotik untuk berjuang sangat tinggi oleh Shah mengharungi pusingan repechage untuk melayakan dirinya dalam acara itu, selepas terjatuh dalam saringannya.-SAHIH.