AYAM BUNCIT PASU TELANGKUP
AYAM BUNCIT PASU TELANGKUP
JERANTUT : Ayam buncit bakar pasu telangkup sangat enak kerana bahan rempah perap disapu pada permukaan daging ayam yang dibakar tidak hilang, sebaliknya terus sebati pada daging ayam dan memberi aroma sungguh menyelerakan dengan warna keemasan yang menarik.
Keunikannya, cara pembakaran daging ayam menggunakan tempayan dianggarkan bergaris pusat 50 sentimeter (sm) agak jarang ditemui pada masa ini, menjadi tarikan pengguna laluan Jerantut-Jengka di persimpangan Jengka 10 untuk singgah.
Pemilik gerai itu, Puteri Zaleha Arifin, 40, bersama 12 kakitangannya menjalankan perniagaan bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari.
Ibu kepada empat orang anak itu turut dibantu suaminya menjalankan perniagaan sejak 2005 dengan menjual kira-kira 80 ekor ayam bakar pada hari biasa kecuali pada hari Jumaat hingga Ahad sehingga 130 ekor dengan harga seekor RM25 dan RM13 bersaiz separuh.
“Sejak bertukar cara membakar menggunakan tempayan yang memberi kelebihan pada jualannya kerana mendapati rasa ayam dibakar cara begini lebih berperisa dan daging rasa segar.
“Aneka Produk BUNCIT termasuk Sos cili, Black Pepper, Korean, Pencicah, cuka makanan, rempah perap BBQ ayam dan daging turut dijual serta mendapat tempahan pekedai runcit,” katanya kepada SAHIH.
Katanya, gerainya turut menjual pelbagai sos buatan sendiri dijual di kedai dan pasaraya di sekitar bandar Pusat Jengka dan Jerantut serta turut mendapat tempahan dijadikan cendermata kepada tetamu majlis kenduri kahwin. Kepada yang berminat boleh menelefon 017-9834285 atau 011-55009834.