AYAH TERUJA DAPAT BALIK RUMAH BINI MUDA
AYAH TERUJA DAPAT BALIK RUMAH BINI MUDA
PETALING JAYA: Seorang wanita berkongsi detik-detik gembira ayahnya ketika dihantar pulang ke rumah isteri mudanya sejurus larangan rentas negeri telah ditarik semula.
Menerusi perkongsian video oleh @ina.azalea di laman aplikasi TikTok, ibu kepada wanita tersebut turut membekalkan makanan dan duit belanja untuk ke rumah isteri muda suaminya dan bapanya juga dilihat tidak berhenti tersenyum disakat oleh anak perempuannya itu.
Berdasarkan video berdurasi 2 minit 37 saat itu, ayahnya kelihatan tersenyum gembira sejurus tiba di hadapan rumah isteri muda seperti tidak sabar untuk berjumpa bersama isteri keduanya itu selepas sudah lama tidak berjumpa.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian orang ramai.
“Macam inilah sepatutnya berpoligami, orang kita sekarang dah kantoi baru nak kata poligami, tapi tanggungjawab dah kelaut,” kata @Sya.sya.
“Mungkin balik rumah isteri muda, lepas ini dia lebih rasa gembira dan rasa sihat, semoga ayah awak semakin bertambah sihat selepas ini, adakah ini konsep Keluarag Malaysia? ” jelas @Andak282.
“Bila anak-anak yang dah besar pun bagi kerjasama memang lagi mudah, bagus tak ada asyik tengok orang dan ‘label’ macam-macam isu poligami ini,” ujar @abdullahnor311.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 706,500 tontonan dan 27,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE