AYAH ADUN TAHAN MENINGGAL DUNIA
AYAH ADUN TAHAN MENINGGAL
JERANTUT: Ayah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin meninggal dunia pada jam 12.34 tengahari di wad Unit rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, semalam.
Ayahnya, Ahmad Badarddin Mat Ripin berusia 64 tahun telah dimasukkan ke wad pada 26 Jun dan dibawa ke HTAA setelah mendapati positif Covid-19.
“Pada 23 Jun, saya membawa Allahyarham untuk melakukan ujian saringan RTK dan didapati positif Covid-19 dan kemudian melakukan kedua ujian PCR pada 24 Jun, dan dipakaikan gelang merah jambu.
“Pada 25 Jun, Allahyarham mula hilang selera makan dan tidak larat pada malam itu, 26 Jun terus dibawa ke HTAA dengan ambulan,”katanya.
Mohd Zakhwan anak sulung daripada 14 beradik berkata 24 orang ahli keluarganya yang lain turut positif Covid-19, kini sedang dalam rawatan dan kuarantin.
“Kali terakhir saya dapat bercakap dengan Allahyarham pada 30 Jun sebelum dikomakan untuk proses rawatan. Pihak hospital menghubungi saya memaklumkan berita kematian ayah, saya reda dengan apa yang berlaku, doakan ayah ditempatkan bersama para ambia, syuhada dan solihin.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan perjalanan terakhir ayah. Semoga Allah membalas jasa anda semua. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pedah, pada jam 9.30 malam tadi ”katanya.-SAHIH.