KUANTAN – Setiap kali berlaku kebakaran yang melibatkan kediaman, penghuni selalunya beranggapan berada di bawah katil dan di bilik air merupakan tempat selamat untuk menyelamatkan diri.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia semasa kebakaran bukan disebabkan oleh api tetapi mereka terlebih dahulu lemas oleh asap toksik yang wujud akibat kebakaran.
“Melarikan diri ke bilik air bukanlah satu langkah yang bijak kerana tempat itu boleh dimasuki oleh asap semasa kebakaran dan bukan tempat yang selamat untuk menyelamatkan diri.
“Cadangan JBPM adalah setiap rumah kediaman mestilah mempunyai jeriji yang mudah dibuka di pintu dan tingkap bertujuan untuk pelepasan diri sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi SAHIH,hari ini.
Beliau berkata, setiap rumah juga dicadangkan untuk menyediakan alat penggera kebakaran dan alat pemadam kebakaran pada peringkat awal.
Pagi tadi, seorang lelaki warga Kemboja dan empat sekeluarga terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan,Klang.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, empat daripada mereka ditemukan di dalam bilik air sementara seorang kanak-kanak dijumpai di luar bilik air.
Norazam berkata, JBPM percaya mangsa bersembunyi di bilik air dengan harapan lokasi itu boleh menyelamatkan mereka.
Katanya, siasatan awal juga mendapati bilik air menjadi pilihan terakhir berikutan panik tidak dapat keluar daripada laluan pintu dapur rumah kerana telah terkunci.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmidzi disebut bahawa apabila manusia meninggal dunia, dia bebas untuk masuk syurga selagi mana tiada tiga perkara yang mengikatnya iaitu bongkak, hutang dan mencuri harta awam.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Namun ada juga yang suka berhutang dan tidak mahu membayarnya sama ada sengaja ataupun tidak.
Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukar untuk mendapatkan semula hutang tersebut.
Berikut SAHIH kongsikan tips sebelum beri pinjam duit dekat orang lain.
Kenali individu tersebut hatta saudara sendiri atau kawan baik.
Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya.
Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia.
Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu.
Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat membayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.
Berikan jumlah hutang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik.
Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 2,000 tu tak ada, tapi kalau setakat RM200 boleh la nak kasi pinjam.”
Pertimbangkan tujuan mereka meminjam bagi tujuan kecemasan seperti sakit dan sebagainya.
Pastikan mereka tidak menipu.
Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat kaya,berjoli,makan mewah dan sebagainya.
Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat.
Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula.
Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen.
Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.
“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”
Pastikan bertulis Ini yang Islam anjurkan.
Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran.
Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut.
Bertulis.
Bukan sekadar ingat di kepala sahaja.
Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.
Sediakan backup plan awal-awal.
Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan.
Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar.
Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.
Contohnya kalau kita ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.
Fikir dulu ya…🤗
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARANG: Pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus, direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek berusia 19 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 10.10 pagi.
Mengikut laporan BHOnline, suspek yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi semalam ketika datang ke Balai Polis Telemong.
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
BHOnline sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Penjarakan fizikal antara keluarga antara yang akan diperkenalkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Mangsa di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Pahang, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 ketika musim tengkujuh nanti.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kebersihan di PPS juga memainkan peranan penting ketika menempatkan penduduk terjejas banjir selain mengehadkan jumlah pengunjung di 600 PPS yang disediakan.
Bagaimanapun katanya, satu garis panduan berhubung SOP secara keseluruhan bermula daripada pergerakan anggota penyelamat, kepulangan penduduk ke rumah hingga pasca banjir akan dimuktamadkan pada hujung minggu ini kerana masih dalam kajian.
Beliau berkata, garis panduan tersebut berbeza berbanding tahun sebelum ini dan memberikan cabaran kepada kerajaan negeri dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
“Kami dan semua pihak sedaya upsaya untuk memutuskan penulawaran wabak ini di PPS dan untuk tahun ini, antara keluarga perlu diasingkan. Situasi ini akan berbeza berbanding tahun sebelum-sebelum ini apabila penduduk terjejas agak rapat antara keluarga.
“Dijangkakan kos penyediaan makanan akan bertambah sehingga 40 peratus kerana bergantung kepada masakan daripada luar berbanding sebelum ini memasak secara bergotong-royong. Namun, ia bergantung kepada keadaan semasa nanti, ” katanya selepas misi penghantaran bekalan makanan bencana ke 118 pangkalan hadapan Pahang yang dilancarkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Katanya, sebanyak 98 tan bekalan makanan terdiri daripada 45 tan beras, 21 tan makanan dalam tin, 11 tan biskut, tujuh tan minyak masak, enam tan masing-masing gula dan kopi, serta satu tan masing-masing teh dan garam melibatkan RM1.079 juta.
“Bekalan makanan tersebut mampu menampung lebih 46 ribu penduduk terjejas untuk 7 hari di Hulu Tembeling, Pulau Tioman dan Kampung Bangkong, manakala di kawasan lain bekalan tersebut mampu menampung sehingga 3 hari.
“Setakat ini kerajaan negeri mempunyai kewangan mencukupi menerusi tabung malapetaka hasil daripada peruntukan kerajaan negeri dan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, ” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000 bagi membaiki kerosakan Sekolah Agama KAFA di Felda Teratai Jengka 21, di sini.
Menerusi hantaran di laman sosial Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, atap dan syiling sekolah berkenaan telah rosak akibat ribut.
Beliau berkata, pendawaian elektrik juga perlu diganti.
” Syukur kerana dapat membaiki kerosakan sekolah ini sekaligus dapat memberi keselesaan kepada pelajar selain keadaan yang membahayakan mereka.
“Alhamdulillah kerja baik pulih telah dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) hasil daripada laporan dibuat, lebih RM80,000 diperlukan untuk menampung kos terbabit dan dijangka dapat dilaksana selama 8 minggu, ” katanya.
Jelasnya, perkara tersebut telah mendapat perhatian Datuk Seri Wan Rosdy ketika kertas permohonan peruntukan khas dibentangkan kepadanya.
Beliau berharap ia dapat membantu pelajar untuk belajar dalam suasana yang selesa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bawang merupakan antara sayuran yang penting dalam bahan masakan Melayu, baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri makanan.
Bawang biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan, atau sebagai hiasan hidangan.
Bawang merupakan bahan yang paling penting dalam apa jua masakan.
Selain menaikkan aroma, awang merah sebenarnya mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik.
Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.
Biasanya ramai akan mengelat apabila disuruh untuk mengupas atau potong bawang kerana ia memedihkan mata.
Namun apakah punca yang membuatkan mata kita berair ketika mengupas bawang?
Ia kerana enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan menyerap ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan mata pedih sehingga mengeluarkan air mata.
Namun, ada beberapa cara mengupas bawang tanpa rasa pedih yang ramai orang tak tahu.
Kupas bawang dalam air
Rendam bawang di dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.
Sapu pisau dengan jus lemon
Sebelum potong bawang, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.
Simpan bawang dalam peti ais
Sebaik-baiknya simpan bawang dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim bawang menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.
Hiris bawang di tempat terbuka
Lazimnya, di tempat kenduri akan memotong bawang di tempat terbuka beramai-ramai. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DIJANGKA DITURUNKAN DALAM AKSI MENENTANG SANTA CLARA
KUALA LUMPUR: Adakah rakyat Malaysia akan menyaksikan kelibat Safawi Rasid buat kali pertama dalam saingan liga utama Portugal?
Persoalan itu bakal terjawab apabila kelab Safawi, PortimonenseSC akan turun menentang pasukan SantaClara di Estádio Municipal de Portimão, Algarve, jam 11 malam ini, waktu Malaysia.
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun menyerahkan kepada jurulatih untuk membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak dalam perlawanan itu.
Malah, dia turut mengakui bersedia sepenuhnya jika diberi peluang membuat penampilan sulung di Liga Primeira.
“Sesi latihan berjalan lancar dan dapat mengikut corak latihan yang diterapkan oleh pasukan malah satu pengalaman berharga dapat menjalani latihan bersama pemain lebih berpengalaman,” katanya dipetik dari BHOnline.
Minggu lalu, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan pertama di liga utama Belgium, Jupiler Pro League bersama kelabnya, KVKortrijk.
Kelmarin, giliran pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh membuat penampilan pertama di Liga 1 Thailand bersama PoliceTeroFC ketika menentang Suphanburi.
Pemain kelahiran Gambia itu dimasukkan pada minit 72 dengan perlawanan itu menyaksikan PoliceTeroFC tewas 5-0.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Air Terjun Pelangi merupakan destinasi wajib bagi pelancong luar seperti China dan Singapura apabila melancong ke Sungai Lembing, di sini.
Tidak ketinggalan, pelancong tempatan juga pasti teruja untuk sampai ke air terjun ini untuk melihat sendiri pembentukan pelangi yang hanya berketinggian 50 meter di atas kepala.
Menurut peserta daripada kumpulan Neuhikers, Norasikin Abbas,35, dari Felda Bukit Kuantan, hasrat untuk ke air terjun tersebut sudah bertahun, namun kerana kekangan kerja, beliau terpaksa menangguhkan dahulu perjalanan ke sini.
Beliau berkata, perjalanannya berbaloi apabila dapat melihat sendiri pelangi yang muncul di air terjun tersebut.
“Untuk ke sini, kami perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dari bandar Sungai Lembing lebih kurang jam 8 pagi sebelum berkumpul di Lubuk Kera.
“Setiba di Lubuk Kera, kami kemudian perlu mengharungi sungai kira-kira 30 meter, kemudian kami perlu berjalan kaki di atas laluan berbatu yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke air terjun pelangi.
“Saya fikir, perjalanan ni sesuai untuk semua golongan kerana laluannya tidak berbahaya cuma sedikit licin dan perlu membawa tongkat agar tidak tergelincir.
“Saya bersyukur kerana berpeluang untuk sampai ke air terjun ini dan melihat kebesaran Allah SWT, bukan sahajadapat melihat pelangi, malah dapat melihat batuan yang bertingkat-tingkat serta airnya yang sangat sejuk, “katanya kepada wartawan SAHIH di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Riduwan Shah Aziz,35, berkata, perjalanan tersebut disertai 60 peserta Neuhikers yang rata-ratanya merupakan pencinta alam dan gemar mendaki bukit di negeri Pahang.
“Kami bergerak dari bandar Sungai Lembing seawal 7 pagi dan sampai ke Lubuk Kera kira-kira 8.30 pagi sebelummeneruskan perjalanan ke air terjun pelangi.
“Mujurlah kami sempat melihat pelangi itu kerana mengikut cerita orang pelangi akan hilang lebih kurang jam 10 pagi ke atas, kerana tidak terbias daripada cahaya matahari.
“Pelangi juga tidak muncul jika berlaku hujan di kawasan air terjun tersebut. Saya berpuas hati dengan perjalanan ini dan berharap dapat pergi lagi ke sini pada masa akan datang.
“Sebelum ini saya hanya mampu melihat biasan pelangi di langit tetapi di sini saya boleh menyentuh warna-warna pelangi yang terpancar di permukaan air,” katanya.
Justeru, bagi mereka yang berada jauh dari Sungai Lembing, pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti tempat penginapan, perkhidmatan sewa pacuan empat roda dan perkhidmatan sewa kasut getah untuk keperluan pengunjung. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pedofilia merupakan sejenis penyakit mental yang membahayakan kanak-kanak secara senyap.
Menerusi kajian AmericanPsychiatricAssociation dan TheDiagnosticandStatisticalManualofMentalDisorders, pedofilia merupakan satu penyakit mental.
Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Khairul Salleh Abdul Basiq berkata, malangnya, pakar perubatan dalam negara sukar mengesan dan merawat individu terbabit kerana golongan itu tidak tampil ke klinik atau hospital kerana takut dan malu.
Beliau berkata, sebaliknya hanya mangsa yang mengalami trauma dan fobia tampil diberikan rawatan dan kaunseling.
Justeru katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selaku badan yang mendekati masyarakat perlu memainkan peranan menarik golongan tersebut untuk dipulihkan menerusi rawatan spiritual dan kaunseling.
“sukar untuk kita diagnose kerana golongan ini tidak kehadapan, maka biasanya yang kehadapan adalah mangsa kerana mangsa selalunya akan di bawa berjumpa dengan pakar atau kaunselor.
“Namun, pelaku biasanya tidak datang untuk menyerah diri kepada kita dan itu adalah satu cabaran kepada kita di bahagian perubatan, ” katanya.
Beliau menambah, pelbagai faktor yang mendorong kepada pelakuan pedofilia, antaranya pelaku pernah menjadi mangsa ketika zaman kanak-kanaknya sehingga akhirnya terjebak menjadi pelaku.
Selain itu katanya, menonton visual dan rakaman seksual kanak-kanak yang disiarkan secara berleluasa di laman sosial juga boleh mengundang nafsu dan akhirnya menjadikan kanak-kanak tidak berdosa sebagai mangsa.
“Terdapat dua cara pedofilia iaitu melalui sentuhan atau tidak bersentuhan, namun katanya, kedua-dua pelakuan itu mengancam kehormatan kanak-kanak dan ia bertentangan dengan ajaran Islam yang sepatutnya melindungi kanak-kanak.
“Justeru, adalah penting untuk kanak-kanak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa atau sentiasa ibu bapa memerhatikan ataupun memberi penerangan tentang isu pedofilia ni kepada kanak-kanak, ” katanya.
Sementara itu, menurut Pegawai Psikologi UMP, Paridah Muhammad Ali, beliau pernah didatangi seorang klien yang mahu berubah daripada pelakuan pedofilia kerana tidak mahu dibelenggu kehidupan yang songsang.
“Punca utama kenapa mereka ada perasaan begitu adalah kerana mereka lihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat iaitu pornografi walhal dalam islam, untuk menyalurkan nafsu tu adalah sesuatu yang fitrah.
“Semua orang ada perasaan itu tapi macam mana kita nak salurkan dan sebab tu islam mengajar cara dia adalah dengan perkahwinan,” beritahunya.
Jelasnya, terdapat pelbagai kaedah rawatan kaunseling diberikan kepada mangsa dan pelaku pedofilia seperti rawatan terapi seni.
“Kita klien tu sehelai kertas lukisan dan juga warna dan kita minta mereka untuk transfer keadaaan trauma kepada lukisan itu dalam masa yang sama selepas mereka dah meluahkan tentang keadaan mereka, kebiasaannya kami akan minta mereka buat sekali lagi satu situasi yang menyeronokkan agar mereka dapat melupakan kisah silam berkenaan,” katanya.
Baru-baru ini, seorang mekanik sambilan berdepan hukuman penjara 72 bulan dan denda 10 ribu ringgit secara berasingan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak ; dan memiliki imej dan video lucah yang disimpan dalam alat peranti.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih 10 ribu ringgit atau kedua-duanya; serta Seskyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Pembinaan Pusat Perniagaan dan Informasi serta Pusat Rekreasi dan Perkhemahan di Kampung Pagi, di sini, dijangka siap Mac tahun depan.
Projek menelan belanja RM236,590 itu merupakan di bawah seliaan Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang menerusi Program Sukarelawan Pengakap.
Pengerusinya, Muhammad Asmawi Sulaiman berkata, seramai 25 ahli pengakap yang berusia 17 hingga 25 tahun bergotong-royong bersama penduduk kampung membina pusat informasi berkenaan.
Beliau berkata, pembinaan pusat perniagaan dan informasi dibina bertujuan memberi maklumat mengenai aktiviti serta penginapan yang terdapat di Kampung Pagi memandangkan kampung berkenaan berhampiran dengan Taman Negara.
“Pusat tersebut juga akan mempamerkan produk dan barangan tempatan hasil daripada penduduk Kampung Pagi selain merupakan lokasi persinggahan pelancong untuk merehatkan diri seketika setelah merantau perjalanan yang panjang.
“Sementara pusat rekreasi dan perkhemahan pula dibina untuk kemudahan pelancong yang ingin merasakan suasana berkhemah di dalam hutan.
Alatan perkhemahan juga disediakan bagi pelancong yang ingin merasai penginapan dengan kadar yang rendah,” katanya kepada wartawan SAHIH, di sini, hari ini.
Katanya, selepas projek tersebut selesai, ia dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung untuk berkhidmat di pusat tersebut selain memberi peluang perniagaan kepada mereka sekaligus menjana pendapatan masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!