MARAN: Pengurusan Kuil Sri Marathandavar, dekat sini, akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Menurut Setiausaha Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam, upacara sembahtang di kuil sempena Deepavali hari ini dihadkan bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari.
SETIAUSAHA Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam
Selain itu, penganut agama hindu perlu mengikuti penjarakan sosial 1 meter, pemeriksaan suhu,pemakaian pelitup separuh muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
“Deepavali ini kali kurang meriah sebab masing-masing macam hari raya puasa pun sama juga bukan.. raya haji pun sama juga.. jadi kita ikut SOP la.. masing-masing jaga negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lawatan Persekitaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Pada lawatan itu, Datuk Seri Dr Sallehuddin berpuas hati dengan pematuhan SOP ditetapkan dan turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang menjalani tugas memutuskan rantaian wabak itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ARAU : Pengusaha kedai makanan di daerah ini mulai bimbang kehadiran pelanggan yang semakin merosot berikutan dua kes positif COVID-19 di sini yang dilaporkan semalam.
Pemilik kedai Warong@Hotel, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, selepas kes tersebut disebarkan menerusi laman sosial dan WhatsApp, pelanggan yang datang ke premisnya hanya 20 orang berbanding 100 orang pada hari biasa untuk menikmati juadah makanan barat dan timur di premis berkenaan.
Beliau berkata, ekoran itu pendapatannya merundum 70 peratus dan sukar untuk menggaji 7 orang pekerjanya jika perkara tersebut berterusan.
Wan Zikri Afthar Ishak
“Selepas berita tersebut dihebahkan terdapat pelbagai versi sehingga masyarakat takut untuk datang ke daerah ini.
“Kami faham kerana masing-masing risau akan keluarga tersayang.
“Namun saya berharap kita dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang mungkin terjejas teruk mungkin dengan membeli secara bungkus atau online.
Kehadiran pelanggan kurang selepas hebah terdapat dua kes covid-19 di daerah itu semalam
“Andai perkara ini berterusan,premis saya mungkin akan bertahan selama sebulan sahaja dan bagaimana nasib pekerja saya nanti.
“Saya berharap ada pihak berwajib boleh mencari penyelesaian kepada peniaga ketika ini,” katanya ketika dihubungi SAHIH hari ini.
Beliau berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab prosedur operasi standard (SOP) di premisnya tidak pernah diabaikan.
“Kedai kami menjarakkan meja melebihi 1 meter supaya tidak terlampau rapat malah kami juga menyediakan cecair pembasmi kuman dan menyediakan alat pengesan suhu selain mewajibkan semua pelanggan dan pekerja memakai pelitup separuh muka.
“Pelanggan juga tidak perlu risau kerana pekerja kami yang mempunyai gejala tidak dibenarkan bekerja,”katanya.
Antara makanan popular di premis berkenaan ialah stik wagyu dengan menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Mengikut laporan Jabatan kesihatan Negeri Perlis semalam, dua kes jangkitan COVID-19 dicatatkan menjadikan keseluruhan jangkitan di negeri ini ialah 40 kes, 36 daripadanya telah sembuh dan dua kes kematian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Bermula sebagai hobi dan aktiviti mengisi masa lapang, mengecat kereta akhirnya membuahkan hasil apabila mampu memberi peluang pekerjaan kepada Mohd Abdul Rahim Salleh,35, sekaligus menambah pendapatannya.
MOHD Abdul Rahim Salleh
Rahim berkata, atas dasar minat dan bakat yang dimiliki, beliau bermula dengan bekerja di sebuah bengkel kereta milik orang lain pada 2003 sehingga 2009.
Namun bermula 2010 selepas mendapat pengalaman bekerja, Rahim membuka bengkel kereta dan mengecat di Tanjung Pasir, di sini, sehingga 2013.
Rahim kemudian berpindah ke bengkel di bawah syarikat Mr Carbon Enterprise,di Indera Mahkota 14, di sini kerana pasaran di kawasan itu lebih meluas selain persekitarannya yang lebih selesa.
ANTARA hasil kerja Mr Carbon Enterprise
“Ketika bekerja, saya juga belajar dan mencari pengalaman teknik semburan cat kerana tidak mudah untuk mengecat kereta kerana ia memerlukan lebih tumpuan selain perlu ketelitian.
“Semburan cat kereta memerlukan kesabaran.. bukan senang untuk memuaskan hati pelanggan. Mereka mengeluarkan wang yang banyak dan kita sebagai pemegang amanah perlu bersikap jujur,” katanya.
Beliau berkata, setiap hari bengkelnya didatangi pelbagai jenis kereta dengan pelbagai ragam seperti cat yang terlalu lusuh dan cat yang merekah.
“Cabaran mengecat ialah prosesnya yang makan masa yang agak panjang. Alatan kereta perlu dibuka satu per satu, dibersihkan untuk menghilangkan habuk, disimen, digosok, disembur warna asas, semburan warna utama dan diakhiri dengan menyapu kilatan.
“Sekiranya kereta tersebut pernah dicat sebelum ini, saya perlu mengikis cat lama terlebih dahulu dan kemudian baru boleh buat proses-proses lain, ” ujarnya.
PROSES kemasan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kenderaan dicat
Ujarnya, proses untuk menyiapkan sebuah kereta bergantung kepada saiz dan keadaan kereta dengan aggaran antara dua minggu hingga berbulan.
Harga bagi kereta jenis Sedan boleh mencecah RM6,000 manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) pula mencecah RM10,000 untuk cat warna istimewa.
Beliau berharap masyarakat memahami harga yang diberikan memandangkan proses dan teknik mengecat yang perlu memiliki kesabaran dan ketelitian yang tinggi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis diarah memperketatkan pergerakan rentas negeri yang dikesan sering disalahgunakan bagi tujuan bukan kecemasan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan memberi kuasa kepada polis untuk memberikan kelulusan kepada mana-mana individu melakukan perjalanan rentas negeri.
Bagaimanapun, katanya, kelulusan itu tertakluk kepada tujuan perjalanan, khususnya bagi situasi kecemasan, kesihatan dan kepentingan membabitkan keluarga.
“Ia ikut pertimbangan dan budi bicara polis, saya tidak tahu apa yang terjadi ketika permohonan dikemukakan.
“Mungkin alasan yang diberikan tidak memberikan gambaran sebenar,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Hanya Pahang, Perlis dan Kelantan dikecualikan daripada dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Semenanjung.
Sementara tujuh lagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu dikenakan PKPB selama empat minggu hingga 6 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.
“Kes positif Covid-19 di beberapa negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
“Dalam tempoh ini, KKM melaksanakan penilaian risiko dan mendapati peningkatan ketara bilangan pesakit Covid-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri ini.
“Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB,di negeri-negeri ini, berkuat kuasa selama empat minggu.
“Pelaksanaan PKPB ini membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti disamping untuk mengekang penularan covid-19 di negeri-negeri ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Rata-rata penjawat awam gembira dengan pengumuman yang dibentangkan menerusi Belanjawan 2021 berhubung Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Bagi Samsuryana Saher,40, pengumuman itu memberi khabar gembira buat beliau dan keluarganya walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah, syukur masih ada bonus untuk kakitangan awam, saya pada mulanya redha apabila Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan untuk memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negara dan memerangi COVID-19.
“Namun, selepas Menteri Kewangan mengumumkan untuk memberi bantuan khas kepada kakitangan kerajaan, saya bersyukur kepada Ilahi. Duit itu nanti dapat juga tambah beli peralatan persekolahan anak nanti,” katanya.
Bagi guru, Roshafiza Abd Latif, beliau bersykur kerana bantuan khas tersebut naik kepada RM600 berbanding RM500 sebelum ini.
“Terima kasih kepada kerajaan masih membantu rakyat, asbab ini mugkin kita boleh membantu ibu bapa, adik beradik yang kurang berkemampuan.
“Nilai tidak penting, yang penting niat kita ikhlas,” katanya.
Sementara bagi Mohamad Nadzeri Salleh, 35, berkata, bantuan khas yang diumumkan memberi kelegaan dalam menghadapi tahun 2021 yang semakin mencabar.
“Bantuan ini amat membantu kami penjawat awam menambah sumber pendapatan membeli peralatan pemberlajaran anak-anak, sekaligus meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.
Semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.
Katanya, kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Wanita UMNO Bahagian Maran dan empat Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Persatuan itu melalui laman Facebook mereka telah mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda dalam urusan pentadbiran negara.
Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Noor Amiwati Mohd Haris berkata, persatuan itu juga telah menghina dan merendahkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sedangkan baginda bukan sekadar simbol negara tetapi merupakan tonggak kedaulatan negara.
Perbuatan itu tidak seharusnya berlaku kerana UMANY adalah sebuah badan anak muda universiti yang telah mendapat didikan baik di bawah sistem pendidikan negara.
Mereka seharusnya lebih bijak dan memahami perkara yang mereka perlu suarakan mengikut pandangan anak muda di peringkat universiti.
“Laporan polis dibuat agar persatuan tersebut diambil tindakan sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa kerana dianggap biadap dan tidak menghormati baginda sebagai ketua negara.
“Kita di setiap UMNO bahagian di seluruh Malaysia telah membuat laporan dan kami berharap diambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap penghinaan ini.
‘Kami berharap tindakan itu boleh menyedarkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang kita perlu hormati dan kita kagumi, ” katanya.
Difahamkan, 191 wanita UMNO Bahagian di seluruh negara membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Program Kebun Komuniti untuk komuniti separa bandar dan luar bandar antara yang akan diberi perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), tahun depan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan mensejahterakan bandar itu telah diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021, semalam.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, program itu menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60 ribu peserta.
“Saya berharap dengan adanya program tersebut dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti sekaligus mengelakkan masalah sosial yang berlaku di kawasan perumahan yang dilaporkan semakin tinggi.
“Kita di peringkat kementerian akan membangunkan kawasan perumahan di bandar dan di kawasan lapang dengan menanam sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan, ” katanya kepada pemberita selepas Program LocalAgenda dengan memberi pelbagai penyampaian peruntukan baik pulih rumah,menanam pokok dan pelepasan 10,000 anak ikan di sini, hari ini.
Secara keseluruhan belanjawan 2021, beliau berpandangan ia bersifat inklusif, komprehensif, dan berpaksikan kepada kebajikan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.
Katanya, peruntukan juga diberikan berteraskan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek pembangunan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pengumuman kerajaan dengan menangguhkan atau mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan memberi kelegaan kepada rakyat terutama kepada golongan belia.
Tengku Khairiduan Tengku Suhaimi,35, bersetuju dengan keputusan kerajaan itu memandangkan rakyat ketika ini berada dalam kesukaran akibat penularan pandemik Covid-19.
“Saya merupakan peniaga makanan di Pantai Cempaka,Kuantan dan amat terkesan ketika negara mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sebelum ini.
“Walaupun saya tidak membuat pinjaman di bank namun saya bersetuju dengan pengumuman ini.
“Sekurang-kurangnya ia dapat membantu orang lain yang membuat pinjaman di bank dan saya percaya ia dapat mengurangkan beban,”katanya.
Sementara itu, bagi Mohd Izwan Basirun,35, berkata, pengumuman itu merupakan perkara terbaik setakat ini terutama bagi mereka yang terjejas ketika negara berdepan negara ancaman covid-19.
“Tambahan pula,masih ramai yang kehilangan pekerjaan ketika ini,katanya.
Bagi Norhanira Mat Tahar,35, pengumuman itu terbaik bagi mereka yang benar-benar kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetap.
“Walaupun begitu, diingatkan mereka perlu menguruskan kewangan dengan betul kerana walaupun diberi penangguhan, namun jumlah hutang masih tidak berkurangan.
“Lebih baik belanja dengan berjimat-cermat kerana kita faham semua pihak kini berdepan dengan kesukaran kehidupan,”katanya.
Norasikin Abbas,35, pula berpendapat pengumuman itu akan memberi berita gembira kepada golongan B40 dan mereka yang benar-benar rasa terjejas.
“Bagi yang tidak terjejas, lebih baik bayar sahaja hutang di bank kerana lagi cepat bayar, cepatlah habis jumlah hutang masing-masing.
“Jika mereka terjejas, disarankan ambillah penangguhan atau mengurangkan ansuran bulanan di bank.Bergantung kepada kawangan masing-masing,”ujarnya.
Terdahulu kerajaan mengumumkan peminjam kategori B40 dan kumpulan perusahaan mikro diberi pilihan untuk menangguh atau mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan mereka dengan pihak bank.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata itu adalah inisiatif kerajaan bersama institusi perbankan untuk menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40, yang menjadi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Katanya, bantuan itu juga akan memanfaatkan kumpulan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah hari ini.
Ebit Lew dalam perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, berkata beliau risau dengan keadaan di Sabah selepas menerima banyak mesej meminta bantuan.
“Saya menghantar tiga lori Elewsmart dari gudang Elewsmart semalam terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
“Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas.
“Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah.
“Ramai sangat mesej saya.Baca berita rasa sedih.
“Saya turut bekerjasama dengan pesawat My Jet Xpress Airlines yang akan menghantar bantuan keperluan asas itu ke Kota Kinabalu,” katanya.
Katanya, beliau bersyukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express dan terharu dengan layanan baik Pengerusinya, Mohamed Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham.
“Doakan Sabah ya. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua,” tulisnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!