Umno dan MCA tingkatkkan hubungan lebih akrab
Umno dan MCA tingkatkkan hubungan lebih akrab
RAUB – Umno dan MCA meningkatkan aktiviti merapatkan hubungan antara rakyat dan menolak sebarang bentuk polarisasi perkauman.
Naib Presiden Umno 1, Datuk seri Wan Rody wan Ismail berkata barisan pemimpin meningkatkan hubungan parti komponen Barisan nasional (BN) itu perlu bekerjasama dalam apa jua bentuk tindakan serta aktiviti dalam merapatkan hubungan umon dan MCA.
“Dan kita harap kerjasama apa yang telah terjalin ini dan baik kita nak tingkatkan lagi di masa masa akan datang ..hubungan tu dah baik nak tingkatkkan lagi tiada isu apa nak akrab lagi sebab kita adalah parti daripada dulu menperjuangkan kemederkaan
Katanya, perjuangan bersama sama memperjuangan kemerdekaan perlu difahami oleh semua rakyat agar tidak timbul sentimen perkauman fitnah yang negatif.
“Sekiranya semua perkara yang berkaitan dengan rakyat difahami maka tidak akan ada sifat ekstrem dan dapat menolak sebarang bentuk polarisasi yang semakin ketara di negara ini,”
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Raub ,Pahang
Yang turut hadir Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong ,Presiden MCA
Wan Rody berharap anggota parti politik dari setiap peringkat di negara ini dapat menggelakkan daripada mengeluarkan kata-kata dan ungkapan yang boleh menyinggung perasaan dan melebarkan jurang antara kaum.
Beliau menyeru kepada rakyat supaya melihat prestasi sebagai contoh apa yang dilakukan Presiden MCA sendiri (Datuk Seri Ir Dr Wee KA Siong) termasuk ketika beliau memegang jawatan menteri. Beliau ubah laluan (ECRL) kembali pada asal selain wujudkan dua buah universiti dengan kos pengajian yang mampu dibayar rakyat.
“Ini usaha yang patut diberi perhatian tapi orang sibuk main sentimen, persepsi dan tabur fitnah sedangkan semua okay, tak ada masalah,” ujarnya.-SAHIH