TEMERLOH – Seramai 50 anak yatim dan asnaf dari Temerloh diraikan Puteri UMNO dalam program bantuan Aidilfitri, semalam.
Mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun itu dibawa membeli pakaian raya di samping turut diberikan sedikit sumbangan duit raya.
Ketua Puteri UMNO Temerloh Nurul Asilina Saman berkata, sumbangan itu adalah dari Kerajaan Pahang melalui Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP).
“Hari ini kita bawa mereka membeli baju raya dan mereka boleh pilih sendiri baju raya yang mereka nak.
“Kita juga memberikan ‘goodies’ yang di dalamnya ada biskut raya dan sedikit duit raya,” katanya.
Bagi seorang anak yatim, Siti Aishah Baharom, 20, peluang tersebut memberikan kelegaan buat dirinya untuk menghadapi raya tahun ini.
“Semalam (Selasa) saya baharu selesai menduduki kertas untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) dan hari ini dapat membeli dan memilih pakaian raya.
“Syukur dan terima kasih kepada UMNO dan kerajaan negeri kerana saya antara yang terpilih kali ini,” katanya yang bergelar Anak Yatim sejak berusia enam tahun.
Sumbangan duit raya itu adalah daripada Ketua UMNO Temerloh, Datuk Riduan Hazimin manakala peruntukan untuk membeli baju raya pula adalah sumbangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang disalurkan melalui MTSP.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa bertemu dengan barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong, semalam.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang adalah antara pemimpin yang memulakan perjalanan dalam politik melalui platform Pemuda UMNO.
“Bila bersama Pemuda ni.. semangat naik semacam.
“Saya bersama barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong sembang-sembang dan saling bertukar aspirasi dan inspirasi dalam menggerakkan langkah baharu pergerakan Pemuda selepas ini.
“Sambil-sambil lepak ni, saya ceritakan kisah zaman saya dalam Pemuda dulu.
“Macam-macam saya cerita.. saya kongsikan, mudah-mudahan menjadi pembakar semangat mereka,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar sekolah menengah dan rendah terima bantuan beg Sekolah sumbangan Yayasan Pahang
JERANTUT – Seramai 25 pelajar sekolah menengah dan rendah bertuah terpilih menerima bantuan beg sekolah sumbangan Yayasan Pahang.
Pelajar dari Sekolah Menengah Felda jengka 24 dan Sekolah Kebangsaan Felda jengka 24 telah menerima sumbangan itu daripada keprihatinan kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang di sekolah itu.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud, berkata, Sekolah menengah felda jengka 24, dan Sekolah Kebangsaan Felda jengka 24 buat julung kalinya mendapat sumbangan beg sekolah,
Turut hadir bersama sama Ibu bapa dan penjaga, guru dan juga pelajar hadir dalam majlis ini.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Razak Daud, Ketua Peneroka Jengka 24 yang mewakili Penyelaras DUN Pulau Tawar , Haris Salleh
Turut juga di adakan Majlis Ihya Ramadhan dan gotong royong bersama ibu bapa, pelajar dan memasak bersama bagi persiapan berbuka puasa di Sekolah menengah felda jengka 24.
Program itu bertujuan memupuk nilai-nilai murni serta budaya berkongsi nikmat rezeki yang ada kepada masyarakat sekeliling sebagai tanda mensyukuri rezeki yang diperolehi dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk mengumpul saham akhirat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saguhati buat wali hakim negeri Pahang untuk Aidilfitri
TEMERLOH – Seramai 290 pendaftar perkahwinan, perceraian dan Rujuk Orang Islam ( Wali Hakim) Negeri Pahang menerima sumbangan RM500 sempena bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bantuan julung kali diberikan kepada Wali Hakim membabitkan kewangan sebanyak RM 145,000.
Menurutnya, pemberian One-Off tahunan ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang di atas kepentingan perkhidmatan skim perjawatan ini dalam menjaga salah satu Maqasid Syariah iaitu Penjagaan Keturunan.
“ Kita berikan saguhati atau pun imbuhan kepada diorang ni sebab diorang berbakti kepada orang ramai bertugas bagi pihak kerajaan ..kalau tak ada wali hakim ini ..jadi akan sulit orang ramai untuk menyatukan atau menyelesaikan perkahwinan anak anak yang mereka nak kahwinkan sebab tu kita bagi kebetul pulak bulan ramadan dan hampir adilfitri “
Katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Perjawatan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Pahang di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kasim, Kerdau ,Pahang .
Disamping itu ianya anya dapat menyampaikan mesej bahawa perkhidmatan mereka turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pahang sepertimana perjawatan lain dalam perkhidmatan keagamaan.
Menurutnya, mereka digolongkan dalam kategori sukarelawan agama sepertimana guru takmir, Kafa, Amil yang tidak bergaji dan berpencen tetapi diberi tauliah menjalankan tugas asas..
Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau menggesa naib kadi mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan kerana menjadi tempat rujukan Masyarakat.
Sementara itu seorang naib kadi, Misbah Murdi,70, dari Felda Jengka Satu berterima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyediakan peruntukan khas sempena hari Raya Aidil Fitri.
“ Jadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri pahang kerana ambil berat tentang perkhdmatan kita baru baru ini lah selama ni kita tak ada apa apa cuma besar pangkat tu wali hakim tapi tak ada apa apa pada hari kita besyukur mudah mudahan benda dipanjangkan dan seterusnya kalau boleh dari tahunan kepada bulanan ,, Pemberian ini meningkatkan semangat kami untuk terus berkhidmat dengan Ikhlas kepada Masyarakat tanpa mengira waktu.
Menurutnya, pemberian ini dicadang dijadikan sebagai bantuan khas tahunan setiap bulan Ramadan berikutan hasil negeri sudah melebihi RM1 bilion.
Untuk rekod menurut beliau, Kerajaan Pahang turut mengagihkan bantuan khas Aidil Fitri secara berperingkat-peringkat kepada 1,203 imam, 1,075 bilal dan 1,065 siak dengan nilai keseluruhan RM788,900.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tradisi Geng Mangkuk Tingkat diteruskan di Pelangai
BENTONG – Sudah menjadi tradisi setiap kali ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam balik kawasan, dia akan menyantuni seberapa ramai penduduk yang sempat ditemui.
Kunjungan itu lebih bermakna ketika bulan Ramadan dengan konsep Geng Mangkuk Tingkat yang diperkenalkannya.
Melalui hantaran di Facebook miliknya, Amizar memaklumkan dia meluangkan masa sebelum berbuka puasa dengan ‘berjalan-jalan’ di sekitar Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai.
“Macam biasa lah, juadah berbuka serba sedikit dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sumbangan ikhlas daripada saya kepada rumah-rumah yang saya sempat ziarah tadi,” katanya.
Amizar kemudiannya ke Masjid Kampung Shafie untuk bersama kariah dan jemaah berbuka puasa.
“Kita buat konsep ‘pot luck’ sebab Kampung Shafie ini memang terkenal, makanan semuanya sedap belaka.
“Konsep ‘pot-luck iftar’ ini saya bawakan dengan niat cuma satu, nikmat yang dikongsikan bersama membawa keikhlasan dan kesederhanaan dalam makanan membawa keberkatan.
“Hujungnya kita mahukan pahala dan ukhwah yang tiada tolok bandingnya… lagi-lagi dalam bulan suci Ramadan ni,” katanya lagi.
Selain itu katanya, konsep ‘pot luck’ juga dapat menyelami suasana Ramadan di Palestin, di mana saudara seagama kita menjalani ibadat puasa dengan serba sederhana.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pastikan penceramah jemputan di Masjid ada tauliah – Sultan Pahang
MARAN- Masjid dan surau di Pahang perlu memastikan semua penceramah dijemput untuk program pengajian dan pengimarahan mempunyai tauliah mengajar agama daripada pihak berkuasa agama negeri.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bertitah menegaskan sebanyak 696 masjid dan surau di Pahang perlu kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh negatif termasuk ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ).
Titahnya, arahan itu bukan bertujuan menyusahkan mereka tetapi sebagai cara memastikan institusi masjid tidak dijadikan sebagai tempat menyebarkan ajaran menyeleweng atau politik kepartian pecah belah.
“Ia bagi memastikan institusi terbabit ditadbir secara efisien dan profesional khususnya membabitkan program pengimarahan dan pengajian agama,” titahnya di majlis perasmian Masjid Annur Kg Bukit Lada dan penyampaian kepada asnaf dan berbuka puasa bersama rakyat di perkarangan Masjid Kg.Bukit Lada, Maran hari ini.
Justeru itu titah baginda, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri ini.
Al- Sultan Abdullah bertitah, institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan bukannya menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat.
Tegas baginda, pegawai pentadbiran masjid perlu urus tadbir masjid dengan amanah dan bersistematik sekali gus mengelakkan salah guna kuasa yang menyusahkan kariah dan umat.
Baginda turut mengingatkan rakyat terus mengimarahkan masjid yang merupakan institusi asas dan terpenting bagi umat Islam yang menjadi lambang keagongan dan kesyumulan Islam.
” Institusi masjid harus dijadikan sebagai sebuah pusat pusat perkembangan Islam di mana semuanya bermula dan berkembang dari masjid.
” Oleh yang demikian, kerjasama erat antara setiap ahli kariah dalam mengimarahkan masjid dengan melaksana aktiviti keagamaan, kerohanian, sosial mahupun ekonomi mampu menarik lebih ramai umat Islam untuk memenuhi masjid.
Masjid bukan hanya menjadi tempat golongan di penghujung usia untuk menghabiskan sisa usia tua mereka,” titahnya.
Dalam perkembangan berkaitan baginda menggesa ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak membazir makanan pada bulan Ramadan ini
” Bersyukurlah dengan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan ke atas rakyat berbanding sesetengah negara lain,” titahnya.-SAHIH
Ends
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar dalam jurusan hadis dan al-Quran tajaan Yayasan Pahang ke Negara Timur Tengah
LIPIS – Kerajaan Pahang akan menghantar pelajar tajaan Yayasan ke Negara Timur Tengah dalam bidang dari Sains Teknologi,,Kejuruteraan , dan Matematik ( STEM) tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketiga ini Pahang melalui Yayasan Pahang banyak menghantar pelajar dalam jurusan hadis dan al-Quran dibeberapa negara seperti Jordan,Mesir dan Magribi.
“Anak anak pahang nanti yang kembali ke negeri pahang ni seimbang dari segi pengetahuan mereka tidak balik jadi pensyarah jadi ustaz dan kita nak dalam masa yang sama ada yang jadi egineneering ada yang jadi doktor ada jadi akuantan kerana kita menjadi sebuah negara dan negeri yang maju kita kena pelbagaikan jurusan..dan untuk menghantar pelajar ke bidang stem kita kita masih lagi perhalusi dan kaji dan kemungkinan pada tahun hadapan,” katanya.
Program sedia ada diteruskan malah diperkasa namun pada masa sama pelajar STEM akan turut di hantar ke negara berkenaan bagi mendapat kepakaran dalam bidang berkenaan.
Jelasnya ,dengan mempelbagaikan jurusan kepakaran ini secara langsung anak Pahang apabila habis pengajian mempunyai peluang kerjaya tidak hanya sebagai pensyarah, ustaz dan sebagainya,“ katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Peersekolahan dan Sumbangan Ihya` Ramadan di Laman Terbuka Jelai, Sungai Koyan Lipis Pahang ..
Menurut beliau, anak Pahang yang balik dari Timur Tengah dalam bidang profesional seperti jurusan kedoktoran, jurutera, akauntan dan lain diperlukan negara dan negeri.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan mengkaji rasional cadangan itu dan akan menghantar pelajar tajaan pada tahun hasdapan.
Dimajlis berkenaan beliau menyampaian sumbangan Ihya` Ramadan bernilai RM99,000 kepada 13 masjid mukim bernilai RM5,000 dan 34 surau mendapat RM1,000 setiap surau sekitar Jelai.
Pada masa sama ujarnya,seramai 73 pelajar SMK Sungai Koyan turut mendapat Bantuan Awal Persekolahan ( BAP) 2024.
“Kerajaan Negeri Pahang mensasarkan seramai 16,800 murid sekolah rendah dan menengah dari kalangan kurang berkemampuan akan menerima BAP dalam bentuk peralatan sekolah seperti beg sekolah, botol air dan alat tulis yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Barangan ini akan diagihkan kepada 400 orang murid di setiap 42 kawasan masing-masing, katanya.
Turut menerima sumbangan di majlis ini ialah Maahad Tahfiz Ar- Rushd berjumlah RM5,000, 537 OKU dari 13 kampung di sekitar kawasan Jelai yang terdiri dari 3 kategori seperti Ibu Tunggal ( 127 orang), Anak Yatim (167 orang) dan sakit kronik/ pesakit terlantar (243 orang).
Menurutnya, mereka menerima sumbangan duit tunai berjumlah RM300 seorang dan kurma dengan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM254,00.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Harga juadah yang dijual di 82 lokasi bazar Ramadan seluruh Pahang boleh dikategorikan sebagai amat berpatutan dan murah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, keunikan itu telah menarik ramai pengunjung bukan sahaja umat Islam tetapi pelbagai kaum dan bangsa berkunjung ke bazar bagi membeli aneka makanan dan minuman.
Di Pahang kita ada 3, 630 peniaga dan 4,510 tapak perniagaan membabitkan 82 lokasi dibawah anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak swasta.
“Dapat lihat dan memantau hari pun saya turun di baazar jelai setakat ini semalam dan satu perkara yang unit bazar ramadan negeri pahang ni harga amat berpatutan ada yang tersangat murah ada yang harga biasa ….kita seperti biasa kementerian dah ada platfrom untuk buat aduan dan kita bersama dengan kerajaan negeri pahang untuk kita buat aduan ..,,jangan viral facebook kita berbincang tengok apa sebab nya buat saja cerita rupanya cerita palsu. ” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Cashless Agrobank – Bazar Ramadan Cashless yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di tapak Bazar Ramadan Felda Sungai Koyan di Lipis ,Pahang
Dalam pada itu, Amizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata, walaupun penguatkuasaan telah dijalankan bermula dari awal Ramadan namun sehingga kini tiada tindakan atau kompaun dikeluarkan kepada para peniaga bazar.
“Setakat ini tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil kerana di dalam PBT kita telah maklumat dan taklimat awal kepada peniaga berkaitan kebersihan dan lain-lain kecuali peniaga yang tidak berdaftar dengan PBT.
“Walau bagaimanapun peniaga yang tidak berdaftar kita tidak saman tetapi nasihatkan mereka untuk bersama dalam program bazar Ramadan di peringkat Negeri Pahang,” jelasnya.
Beliau berkata, setakat ini juga tiada aduan daripada pengunjung berkaitan bazar Ramadan dan pihaknya yakin para peniaga akan mengekalkan prestasi dan mutu makanan mereka.
Tambah beliau, selain aduan, rakyat Pahang juga diseru memberi pandangan supaya dapat sama-sama menyumbang idea dan kebaikan sempena Ramadan ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Maran – Kerajaan Pahang sedia meneliti dan mengkaji untuk meneroka bahan mineral nadir bumi oksida sekaligus membina kilang pemprosesan nadir bumi di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri wan Rosdy Wan Ismail berkata,kita mengesahkan bahawa Pahang antara 10 negeri yang mempunyai unsur nadir bumi lempung Jerapan Ion.
Menurutnya, kajian menyeluruh perlu dibuat kerana ia membabitkan kawasan alam sekitar, perhutanan dan sebagainya.
“KITA AKAN TELITI TENTANG PERKARA NI LAH ADA KITA ADA TAPI URUSAN UNTUK INI KITA HARUS KAJI DAN TELITI SEBAB IA MELIBATKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN DAN SEBAGAINYA”
Kerajaan Pahang amat positif dalam mengusahakan pengeluaran hasil nadi bumi kerana secara langsung menjanjikan pulangan hadil dan peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat ( STR) Felda Pahang di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 14 Jengka Pahang ..
Ketika ini di bumi Pahang terdapat Kilang Lynas di Kuantan. Yang bahannya dibawa dari Australia dan menjadi milik negara itu sepenuhnya.
Laporan sebuah hari ini terdapat 10 negeri membabitkan 29 kawasan yang mempunyai unsur nadir bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai pasaran RM810 bilion.
Tambah beliau, penubuhan Akademi Mineral Pahang di Lipis tahun ini antara strategi jangka Panjang Kerajaan Negeri melatih generasi muda dalam bidang berkenaan.
Menurutnya, kampus sementara di Lipis melatih pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjuruskan kepada tenaga meneroka hasil mineral di Pahang.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Maran – Kerajaan Pahang meluluskan sebanyak 18 kawasan dalam wilayah FELDA sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) untuk generasi baharu FELDA membabitkan tiga Wilayah Felda di negeri ini.
Menteri Besar Pahang. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 10 kawasan berkenaan membabitkan di Mempaga sebanyak 10 kawasan Wilayah Mempaga, dan masing-masing empat Kawasan di Wilayah Jengka dan Kuantan.
Menurutnya, melalui skim ini, generasi baharu FELDA akan berpeluang untuk membina rumah kediaman mereka di atas tanah yang diberi hak milik.
” PAKEJ KITA HARINI MY ANGKASA YANG TURUT HADIR DIMANA INI MEMBERI PELUANG PADA MEREKA YANG BEKERJA TETAPI TIDAK MEMPUNYAI SLIP GAJI YANG BEKERJA SENDIRI LAH DIMANA AKAN MEMBANTU UNTUK MENGURUSKAN PINJAMAN UNTUK MEREKA MEMILIKI RUMAH ..DAN SAYA SKIM MY ANGKASA SAYA TENGOK TERBAHAGI BEBERAPA SKIM BERMULA 80RIBU SEHINGGA 220RIBU DAN PELUANG KEPADA ANAK ANAK PENEROKA“
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – Menteri Besar Pahang
Jelasnya ,kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 20 September 2023 telah bersetuju untuk mengisytiharkan 18 kawasan dalam Tanah Rakyat (STR) untuk generasi baharu FELDA.
” FELDA melalui kerjasama dengan FIC Supply akan menyediakan reka bentuk rumah untuk dibina dan pembiayaan melalui bank juga akan disediakan., ” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 14, di sini hari ini.
Katanya, usaha ini menunjukan komitmen Kerajaan Negeri dan FELDA yang tidak berbelah bahagi dalam menyelesaikan isu keperluan perumahan yang mendesak di dalam kawasan Rancangan FELDA seterusnya menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada generasi baharu.
Wan Rosdy berkata, dalam pada itu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 juta bagi menyiapkan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai di negeri ini.
Dalam masa masa , pada 19 Januari lalu kerajaan negeri telah menyampaikan kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang membabitkan 1,838 peserta, ” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri juga telah menyampaikan suratan hak milik kepada kira-kira 41,000 daripada 43,126 orang peneroka FELDA di negeri ini iaitu lebih kurang 96 peratus.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!