DAKWAAN PEMASANGAN KAMERA PERANGKAP HAD LAJU DI BAWAH JAMBATAN YANG PALSU DIDAPATI TULAR DI APLIKASI PESANAN WHATSAPP
KUALA LUMPUR- Pihak PLUS telah mengesan mesej yang menjadi tular semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak PLUS ingin menasihatkan semua pengguna agar sentiasa berkongsi maklumat yang sahih dan tidak mudah percaya pada khabar angin dan mesej dari sumber tidak sah yang tular di media sosial.
Dapatkan maklumat yang sahih dari laman rasmi atau berhubung terus dengan pihak PLUS (PLUSLine 1800-88-0000) untuk mendapat kepastian. Rujuk visual di bawah untuk bacaan lanjut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Biarpun mempunyai seorang anak istimewa, namun itu tidak menjadi penghalang buat seorang surirumah untuk menjana pendapatannya sendiri.
Menerima tempahan kuih apam 3D hampir 600 biji sehari, Nurul Aida Aisyah Abdullah bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Wanita yang mempunyai tiga cahaya mata itu turut mengakui dorongan dan pertolongan suaminya yang juga bekerja sedikit sebanyak memotivasikan dirinya untuk menjadi surirumah bekerjaya yang lebih baik buat keluarga.
Menurutnya mengikut atas kuantiti orderlah sehari tak boleh lebih dari 300 pieces sebab akak kena bahagikan masa untuk anak selepas urus deko deko ini kena uruskan anak pula yang istimewa kemudian untuk masa kemas rumah dan sebagainyalah urusan rumah tangga..
Menurut Aisyah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Aisy ini, permulaan 2016 hanya sekadar suka-suka namun menjadi lebih serius apabila pencarian ilmu di internet membuka matanya untuk lebih fokus menjadi sebagai kerjaya.
Tambahnya, memasarkan juga menggunakan platform laman sosial menjadikan pasarannya lebih luar hingga luar daerah dan ada ketika pelanggan terus mendapatkan kuih buatannya terus dari rumah.
Nurul Aida Aisyah Abdullah
Dalam pada itu, beliau yang kini menetap di Mentakab, Temerloh itu turut teruja apabila pembuatan kuih apam yang mengikuti karakter kartun majalah Ujang piihan pelanggan mendapat pujian daripada pemilik asal kartun itu sendiri.
Ia sekaligus, meningkatkan daya kreativitinya untuk menghasilkan kuih apam 3D yang lebih berkualiti.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Passport Zahid dikembalikan untuk rawatan ke Jerman
KUALA LUMPUR – Mahkamah tinggi shah alam dan mahkamah tinggi kuala lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas timbalan perdana menteri i, datuk seri ahmad zahid hamid i untuk mendapatkan pasport bag i mendapat rawatan di munich , jerman.
Kebenaran itu telah dikeluarkan oleh hakim datuk mohd . Yazid mustafa dan hakim collin lawrence sequerah selepas mendengar permohonan itu daripada pihak pembelaan.
Peguam datuk ahmad zaidi zainal mewakili ahmad zahid ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu , kebenaran pasport itu bagi membolehkan anak guamnya itu mendapatkan rawatan sakit tulang belakang yang dialami di munich, jerman.
datuk seri ahmad zahid hamid
Jelasnya beliau merasa bersyukur telah dilu
san oleh kedua-dua mahkamah, mahkamh tinggi shah alan dan mahkamah tinggi jenayah satu jln duta.
Beliau berkata sebaik selesai prosiding jam 4 petang .
Permohonan pasport ahmad zahid adalah dari 26 oktober dan akan mengembalikannya ke mahkamah pada 21 november.
Sebelum ini, ahmad zahid telah dimasukkan di sebuah hospital swasta di shah alam pada 22 ogos lalu kerana kecederaan bahagian tulang belakang yang dialami selepas terjatuh .
Ahmad zahid yang merupakan presiden umno sebelum in i didakwa atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah sgd13.56 juta sebagai dorongan untuk dirinya sebaga i menteri dalam negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali perkhidmatan one stop centre (osc) di china dan sistem vln.
Dia juga didakwa tujuh pertuduhan lain mendapat untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai sgd1,150,000, rm3,000,000, euro15,000 dan usd15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Seramai 14 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam ops samseng jalanan dan ops motosikal di beberapa lokasi sekitar ibu kota , awal pagi i ahad.
Operasi bermula pada jam 9 malam dan berakhir jam 4 pagi itu menyita 17 motosikal.
Ketua jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik kuala lumpur, asisten komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata , operasi dijalankan di sekitar pusat bandar dan Lebuhraya NPE .
Dalam operasi ini ade beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri dengan melawan arus.
Bagi operasi samseng jalanan di lebuhraya npe dan di jalan Parlimen , unit risikan operasi JSPT KL telah menahan dan menangkap 5 orang lelaki Yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig – zag , roket , superman serta bersaing.
Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun telah dibawa ke balai i polis trafik , kuala lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) apj 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga Mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Sebanyak 333 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai Kesalahan dan 17 buah motosikal telah disita.-SAHIH .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Korban Pertama Laluan Baru Bentong – Mempaga – Lebu Highway
BENTONG – Belum lagi sampai seminggu ada yang menjadi korban Laluan Central Spine Road (CSR) yang amat signifikan dalam mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Bentong iaitu daripada persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 ke Lebu atau dikenali dengan Bentong Bypass .
Dari hantaran media sosial di Facebook sekumpulan haiwan ternakan dibiarkan lepas dikawasan Laluan itu .
Oleh demikian korban pertama Laluan itu seekor lembu telah dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan Bentong Bypass.
Di faham, pembukaan laluan itu melibatkan Seksyen 5C dan 5D sepanjang 28.5 kilometer itu disempurnakan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Laluan itu juga memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan perjalanan daripada 45 minit kepada 20 minit yang mana selain menjadi laluan alternatif ia akan mengurangkan kesesakan trafik di bandar Bentong terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti sekolah.
Pihak berwajib juga menasihatkan agar ternakan di situ dapat memantau agar tidak terlepas di Laluan tersebut
ini akan membahayakan pengguna di Laluan (CSR) – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian kesihatan optimise semua negeri i kecuali sabah akan mencapai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap pada bulan ini.
Menteri kesihatan, khairy jamaluddin berkata , terdapat beberapa negeri iaitu pahang, kedah , perak , kelantan dan sabah masih belum mendapat kadar vaksinasi lengkap 80 peratus.
khairy jamaluddin /menteri kesihatan
Menurutnya , semua negeri ini kecuali sabah akan capai 80 peratus pada bulan ini. Berhubung di sabah, saya telah berhubung dengan pengarah kesihatan negeri untuk pertingkatkan program outreach. Ini kerana yang datang ke pusat pemberian vaksin (ppv) tidak ramai. Sebab itu kita di sabah tengah usahakan sumber sedia ada untuk pertingkatkan program outreach ke seluruh sabah sebab kita kesan mereka tidak datang ke ppv,
Katanya dalam sidang akhbar d hospital kuala lumpur pada khamis.
Dalam pada itu , khairy memaklumkan dos penggalak vaksin tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana-mana individu yang sudah menerima dua dos.
Tegasnya, dos penggalak berkenaan bukan mandatorily , tetapi, hanya ditawarkan kepada mereka yang mempunyai komorbiditi, warga emas dan petugas barisan hadapan di peringkat awal- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemilik syarikat dan empat pekerja didakwa tipu setengah juta
KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat alat ganti kenderaan dan empat pekerjanya mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen kuala lumpur pada jumaat atas pertuduhan menipu syarikat pembekal alat ganti dengan kerugian rm630,200 membabitkan perbankan berjadual atau ‘inter bank giro ’ (ibg) sejak mac lalu
Kelima-lima tertuduh iaitu ng chong chai , 60 selaku pemilik syarikat ban heng auto part bersama lai wei kiat, 23; lee juan sheng , 24; leong yue long , 25 dan tan wai teck, 26 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan hakim kamarudin kamsun.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama menipu syarikat vanli auto spares sdn . Bhd. Dengan menyerahkan resit pembayaran berjadual.
Ia bagi mempercayai bahawa pembayaran dibuat sehingga mendorong syarikat itu menyerahkan barangan alat ganti kenderaan kepada syarikat ban heng auto part berjumlah rm630,200 secara berperingkat yang mana syarikat pembekal itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di batu 3, jalan ipoh pada 8 mac hingga 12 ogos lalu dan didakwa mengikut seksyen 420 kanun keseksaan dibacakan bersama seksyen 34 akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda , jika sabit kesalahan.
Kamarudin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak rm30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan passport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 disember ini untuk sebutan semula kes SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELANGOR – Kebenaran merentasi negeri akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus .
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri yaakob berkata , pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Tetapi dah tak lama dah serentak seluruh negara. Dulu kerajaan hendak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau dibuka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri-negeri terbabit kerana program vaksinasi di negeri-negeri masih lagi di peringkat rendah antara 60 hingga 70 peratusanya
Katanya kepada media selepas menghadiri program prapelancaran keluarga malaysia di rtm, pada jumaat.
Namun jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kerajaan jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi
Perdana menteri meminta agar rakyat negara ini bersabar dan menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi.
Kita akan umum dalam waktu terdekat lagi dua hari atau tiga hari- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Majlis keselamatan negara (mkn) telah darah untuk mengadakan perbincangan dengan suruhanjaya pilihan raya (spr) dan kementerian kesihatan malaysia (kkm) berhubung sebarang kemungkinan terhadap pilihan raya negeri (prn) di melaka .
Menteri kanan pertahanan , datuk seri hishammuddin tun hussein berkata, beliau telah mengeluarkan arahan itu menerusi menyuarat yang diadakan setiap minggu
Hishammuddin berkata spr akan menentukan apa yang perlu dibuat selepas perkara berkenaan (prn) dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi negara namun, isu berkaitan prosedur operasi standard, sop perlu dibincangkan dengan pihak mkn.
Saya dah arah mkn untuk mendekati pihak-pihak berkenaan bukan saja spr tetapi kkm dan mesyuarat-mesyuarat yang kita adakan berhubung kait dengan covid-19 ini setiap mingggu melibatkan mereka yang semua ada kepentingan dalam apa yang kita putuskan untuk negeri melaka,
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan bakul makanan hasil sumbangan lembaga pemasaran pertanian persekutuan (fama) melalui kementerian pertanian dan Industri makanan (mafi), di padang kawad, kem entah pada rabu.
Hadir sama pada majlis penyerahan itu menteri pertanian dan industri makanan, datuk seri dr ron lad kiandee ;
Mengulas lanjut hishammuddin berkata , pihaknya turut akan mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar berhubung kesan yang mungkin berlaku sekiranya prn the melaka diadakan.
Ujarnya , beliau bimbang trend jangkitan covid-19 yang menurun ketika ini terganggu sekiranya pertimbangan teliti tidak dibuat sebelum memutuskan untuk diadakan prn tersebut
datuk seri hishammuddin tun hussein /menter kanan pertahanan
Jelasnya ,apa yang kita lihat kesan daripada prn kepada kedudukan covid Mesti diteliti sebaik mungkin. Kita tak mahu politik pertimbangan sementara atau semasa menjejaskan agenda nasional yang lebih besar tak kira ape yg kita lalui yang kita hadapi di negeri sabah.
Dewan undangan negeri (dun) melaka terbubar selepas empat adun menarik sokongan terhadap ketua menteri , datuk seri suleiman md ali .
Pengumuman pembubaran itu dibuat yang di-pertua negeri, tun mohd ali mohd rustam sebagai mana dimaklumkan yang di-pertua dun, datuk ab rauf yusoh semalam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian kesihatan (kkm) berkata tiada asas lagi untuk negara membuka pusat pemberian vaksin (ppv) mega di negara ini.
Menurut menterinya, khairy jamaluddin, ppv mega yang di bina khusus untuk pemberian vaksin secara besar-besaran difikirksn tidak lagi perlu apabila negara sudah mencapai kadar vaksinasi yang optimum.
Jelasnya, Ppv yang besar ini sudah pun mencapai matlamat dan hari ini tutup ppv yang paling banyak memberikan vaksinasi di malaysia
Katanya selepas menutup ppv pusat dagangan dunia kuala lumpur (wtckl), pada ahad.
Menurut khairy tidak petlu lag ppv yang besar beroperasi sebab ini melibatkan kos dan sebagainya.
Sehubungan itu ppv yang sudah Mencapai liputan yang baik akan mula di tutup.
Ppv wtckl menutup operasinya selepas memberikan lebih 1.3 juta dos vaksin astrazeneca selepas beroperasi selama 150 hari.
Khairy berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kementerian sains, teknologi dan inovasi (mosti) agar beberapa ppv lain akan terus di buka untuk golongan tertentu.
khairy jamaluddin /menteri kesihatan
Saya akan bermesyuarat dengan kkm dan mosti untuk membincangkan supaya ada beberapa ppv yang masih dibuka samada tercicir ataupun warga asing////kita sedang bincang dgn misti untuk menutup secara berperingkat utk vaksinasi remaja ade beberapa ppv masih lg di guna kan tetapi banyak sekolah digunakan utk vaksinasi dos penggalak kita akan buat melalui klinik2swasta dan kerajaan
Sehingga 21 september lalu seramai 410,489 remaja telah menerima suntikan dos pertama vaksin covid-19.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!