Yayasan pelajaran MARA (YPM) kini dibuka
Yayasan pelajaran MARA (YPM) kini dibuka
Yayasan pelajaran Mara (YPM) hari ini meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (csr) pendidikan yayasan pelajaran mara kepada 527 pelajar di parlimen lipis membabitkan jumlah 41 ribu 700 ringgit.
Timbalan menteri pembangunan luar bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bantuan yang diberikan berbentuk program khas kembali ke sekolah ypm, bantuan khas persekolahan YPM dan bantuan bakul makanan.
Bantuan khas kembali ke sekolah berjumlah 12 ribu ringgit diberikan kepada 200 orang pelajar parlimen lipis.
Manakala 13 ribu ringgit kepada sekolah menengah agama (sma) lipis, 4 ribu 700 ringgit kepada sekolah kebangsaan lktp felda kechau satu dan sk penjom 5 ribu ringgit.
Untuk rekod pada tahun ini di pahang seramai 9 ribu 42 orang pelajar telah menerima manfaat daripada bantuan berjumlah
767 ribu 50 ringgit.
Daripada jumlah itu, 130 ribu 200 ringgit telah disalurkan kepada 2,553 pelajar parlimen lipis.
Tambah abdul rahman program csr ini akan diteruskan di seluruh negara untuk membantu golongan memerlukan.
datuk seri abdul rahman mohamad / timbalan menteri pembangunan luar bandar 1
Menurutnya lagi, dan program CSR ini sebenarnya insyaallah tahun depan kita akan jelajah seluruh negara kalau tak sempat saya mungkin agensi kita bergerak bersama melalui pengerusi pengerusi ataupun melalui pemimpin pemimpin setempatlah termasuk pegawai daerah sendiri yang akan terlibat dalam perkara inilah..
Abdul rahman ditemui media selepas menghadiri majlis penyerahan pendidikan yayasan pelajaran mara peringkat Parlimen lipis di Dewan Permata Sekolah Kebangsaan Penjom.-SAHIH