Isteri Menteri Wilayah Persekutuan turun padang memasak untuk penduduk terjejas banjir
Foto atas: 200 pek makanan siap dimasak daripada program inisiatif Dapur Prihatin, Rumah Prihatin untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas.
KUALA LUMPUR – Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin turun padang, memasak menu tengahari untuk disumbangkan kepada penduduk terjejas banjir.
Bantuan 200 pek makanan siap dimasak daripada program inisiatif Dapur Prihatin, Rumah Prihatin itu, diserahkan kepada penduduk di 5 lokasi terjejas iaitu Flat PKNS Kampung Padang, Kampung Baru; Pusat Penempatan Sementara Sungai Seri Ulu Langat; Taman Sri Muda, Shah Alam; Taman Nanding dan Sri Delima (Batu).
Menu berupa nasi putih, ayam kari dan sayur campur yang dimasak sendiri oleh Datin Seri Dato Shamsiah isteri kepada menteri wilayah persekutuan bersama-sama sukarelawan Rumah Prihatin.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Irwan Rizal Mohd Ali Napiah; Pengarah Pentadbiran dan Program Rumah Prihatin, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Tiga mayat daripada lima individu dipercayai hilang dalam kejadian banjir lumpur ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat (SAR) di Telemong, dekat sini, hari ini
Mayat pertama ditemui oleh pasukan itu pada jam 1.06 tengah hari pada jarak kira-kira 2 kilometer dari lokasi berlaku.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, penemuan mayat kedua, seorang warga emas ditemui pada jam 1.20 petang tadi, kira-kira 100 meter dari lokasi penemuan mayat pertama.
“Mayat ketiga pula ditemui 100 meter dari lokasi mayat kedua tadi. Manakala, operasi pencarian mangsa lain yang hilang giat dijalankan,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Katanya, operasi SAR masih diteruskan untuk mencari mangsa yang masih hilang.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan
Foto atas : Lelaki itu di peringkat awal terjun ke sungai itu, hari ini.
KUANTAN – Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Sungai Sri Damai, di Kampung Sri Damai, Kuantan tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP, Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa Mohd Firdaus Supiardi, 26 tahun dikatakan menunggang motosikal ke lokasi sebelum bertindak terjun ke sungai berkenaan.
“Menurut saksi, lelaki itu yang menunggang motosikal ke jambatan itu memberhentikan motosikalnya dan terus terjun ke dalam sungai, mangsa dilihat cuba berenang ke tebing sungai tetapi gagal kerana arus begitu deras.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Ppenyelamat (BBP) Taman Tas dan Kuantan terlibat dalam operasi berkenaan.
“Operasi mencari dan menyelamat itu (SAR) itu turut dibantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
“Operasi SAR itu yang melangkaui sejauh 3 kilometer dari tempat kejadian ditangguhkan pada jam 6 petang atas faktor cuaca,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penduduk di kawasan Felda Jengka 24 diminta bersiap sedia dengan keadaan hujan berterusan yang berlaku sekarang yang menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan rendah di situ.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sebuah rumah di Blok 11 mula dinaiki air dan pasukan rondaan akan digerakan mulai malam ini bagi memantau keadaan semasa untuk memberi amaran kepada penduduk di kawasan yang terkesan.
“Diminta semua penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir sentiasa bersiap sedia dengan mengumpul semua dokumen penting dan barangan berharga untuk diselamatkan sekiranya berlaku kejadian ini.
“Musim tengkujuh sudah mula melanda, minta semua siap siaga, nasihat dan pantau anak masing-masing dan jauhi kawasan banjir, longkang besar, tempat yang ada arus elektrik dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh,”katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, penduduk di kawasan rendah segera berpindah dan sering mengikut arahan pihak berkuasa.
“Penduduk di kawasan rendah sentiasa peka dengan situasi semasa dan jangan berlengah untuk berpindah ke kawasan selamat dan pantau keselamatan anak masing-masing,” katanya ketika meninjau kawasan terbabit.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang mati lemas dihanyutkan air deras banjir
KUANTAN – Seorang lelaki ditemui lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus deras di Jalan Pulau Manis, Gambang,Kuantan,Pahang, hari ini.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, penungang motosikal terbabit dikenali sebagai M. Gunalan, 38.
Katanya, pihaknya BBP Taman Tas menerima panggilan mengenai mangsa yang dihanyutkan berhampiran dengan jirat Cina, Gambang, pada jam 12.40 tengah hari,tadi.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis EX5 menghala ke Kuantan-Segamat cuba menyeberangi arus air di atas jalan.
“Disebabkan arus terlalu deras, mangsa tidak dapat mengawal keadaan, motosikalnya turut dihanyutkan sehingga ke dalam kebun kelapa sawit yang berhampiran,” katanya.
Kata Mohd Hilmi, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.20 petang pada jarak 200 meter daripada lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus air.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menggunakan teknik Water Serface Rescue dengan melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan dan Pasukan Bomba Sukarela Gambang seramai 24 anggota dan tiga jentera.
Mangsa telah diserahkan kepasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk di bawa ke Unit Forensik, Hospital Tengki Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi bedah siasat. Kejadian itu merupakan kes kematian pertama akibat banjir setakat ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pihak terlibat khususnya Jabatan Pendidikan Pahang mengambil langkah segera menangani kejadian buli dengan memastikan persekitaran selamat di sekolah.
Baginda turut menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sekolah di negeri itu baru-baru ini.
Selain itu baginda bertitah, ibu bapa juga perlu memberi peringatan dan nasihat tanpa jemu kepada anak-anak masing-masing supaya tidak terlibat dalam aktiviti membuli seperti yang didakwa berlaku di daerah Rompin, Maran dan Lipis.
Semalam, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima tiga laporan antara 6 dan 10 Disember lepas, daripada mangsa buli yang mendakwa dipukul pelajar senior atas pelbagai alasan sehingga mengalami lebam dan bengkak.
Pentadbir sekolah perlu kerap mengadakan kempen kesedaran, keagamaan, dan pendidikan sivik untuk mengukuhkan nilai positif dalam setiap pelajar.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Selain itu, Tengku Hassanal juga memberi peringatan kepada pentadbiran negeri termasuk wakil rakyat dan ketua jabatan agar sentiasa turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat.
Selain itu, baginda menyeru meningkatkan perkhidmatan, mempermudahkan urusan rakyat dan mengurangkan birokrasi serta membuang proses yang tidak perlu dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Sementara itu, Tengku Hassanal juga menitahkan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya menekankan aspek alam sekitar walaupun menuju ke arah menjadi negeri maju dan turut memuji tindakan menambah 70 ribu hektar hutan simpan kekal dan hutan simpan pada tahun ini.
Penubuhan skuad elit di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri juga menunjukkan betapa serius kerajaan negeri membanteras pembalakan, perlombongan dan pencerobohan tanah haram di Pahang.
Tengku Hassanal juga bertitah baginda menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung persetujuan kerajaan Persekutuan memberikan pampasan kepada Pahang, atas usaha cemerlang mengekalkan kawasan hutan simpan.
Kepada semua penerima darjah kebesaran dan pingat, Tengku Hassanal menitahkan mereka supaya menjaga kemuliaan anugerah itu dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik dan sentiasa membantu golongan memerlukan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
128 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-62
PEKAN – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mendahului senarai 128 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepat tamat istiadat pengurniaan tersebut.
Hamzah dan Saifuddin antara 15 penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sementara itu, 9 individu dianugerahkan darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Sementara itu, 23 lagi menerima darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Penasihat Undang-Undang Pahang, Saiful Edris Zainuddin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Dr Zulkifle Ali dan CEO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Pemangku Raja Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 57 penerima antaranya Juruiring Tentera Laut Yang di-Pertuan Agong, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim, bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohammad Naim Yaakub.
Pada istiadat itu, Pemangku Raja Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima, darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada empat penerima, darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada tiga individu, darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada tujuh penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada empat penerima manakala seorang individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Harga barangan khususnya barangan keperluan harian seperti makanan yang dilaporkan meningkat mendadak sebelum ini dijangka akan stabil sepenuhnya awal tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penurunan harga itu disebabkan negara luar mula membuka sektor ekonomi masing-masing.
Menurut Ismail Sabri, walaupun rakyat Malaysia ada menternak ayam dan menanam sayuran tetapi makanan ayam serta baja dan racun diimport dari luar negara.
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / PERDANA MENTERI
“Oleh kerana tidak ada pengeluaran bila barang tu sikit permintaan tu banyak tentu sahaja akan naik harga jadi kita percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila seluruh dunia pun telah membuka ekonomi masing masing jadi pengeluaran akan kembali normal dan insyaAllah saya percaya tahun depan awal tahun depan harga akan dapat diturunkan.”
Tambahnya bagi membantu golongan yang terkesan, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif.
Pelbagai program dan projek akan terus dilaksanakan kerajaan dalam usaha menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat bagi mengurangkan beban mereka.
Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Program Khatan Perdana Parlimen Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas Bera.
Kira-kira 350 kanak-kanak berumur antara lima dan 12 tahun dikhatankan secara percuma dengan setiap seorang mereka turut diberikan topi keledar sebagai cenderahati dalam program anjuran Pemuda UMNO Bera.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wujudkan Koperasi pemborong untuk bantu atasi kenaikan harga barang
BERA – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) disaran berbincang bagi membantu kerajaan mengatasi kenaikan harga barang ketika ini dengan mewujudkan pemborong di kalangan koperasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemborong di kalangan koperasi bertindak membeli barangan secara pukal dengan modal yang rendah dan membekalkannya kepada lebih seribu 500 kedai runcit koperasi di seluruh negara dengan harga yang lebih rendah.
Ekoran itu, kira-kira 7 juta ahli koperasi di seluruh negara dan rakyat amnya, dapat menikmati harga yang rendah dengan membeli di koperasi-koperasi berhampiran mereka.
“Wujudkan satu pemborong-pemborong koperasi, koperasi makmur ker, pemborong angkasa ker, supaya koperasi ni boleh beli secara banyak, secara pukal kalau ada 1500 kedai kita berpakat pulak dengan FAMA, FAMA pun ada kedai, kalau dia ada 1,500 kedai kita 1,500 dah ada 3,000 kedai jadi kalau beras tarik beli seratus kampit dia beli untuk seluruh koperasi di Malaysia mungkin beribu kampit dibeli kita beli harga pukal harga akan turun”
Sementara itu Ismail Sabri turut menyatakan kesalnya terhadap tohmahan kononnya daging dan ayam yang diimport dari Thailand dan China adalah tidak halal.
Menurut Ismail, kerajaan sebelum membenarkan import ayam dan daging, pihak JAKIM akan melakukan lawatan ke negara tersebut bagi memastikan ianya disahkan bersih dan halal.
Katanya, cara penyembelihan mengikut hukum syarak, kebersihan di loji memproses serta pengangkutan menjadi syarat utama kerajaan dalam mengimport ayam
“Bukan setakat sembelihan itu kena ikut agama kena ikut Islam bukan kerana sijil itu, apa kilang itu bersih untuk mendapat sijil halal tetapi dari segi pengangkutan pun kena halal, makna sampai tahap pengangkutan pun mesti diisytiharkan halal oleh JAKIM bermakna tidak ada barang-barang lain bertukar tukar dengan barang halal di dalam pengangkutan,” katanya.
B
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau berkata demikian kepada ketika berucap pada Mesyuarat Agung perwakilan tahunan koperasi pekebun kecil daerah Bera Berhad kali ke-6 di Pahang
Pada majlis itu SKM memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada Koperasi Pekebun kecil Daerah Bera Berhad. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keturunan Raja Yala dipinggirkan hingga menumpang tanah orang
Kisah menarik dan sedih dari Yala (THAILAND). Kami melawat ke rumah kerabat diraja Yala. Namanya Tengku Muhammad. Kisah lamanya tidak sempat ditanya. Bila kami melihat keadaan rumahnya, dapur tempat tidur.
Sedihnya. Tengku ini menumpang tinggal di tanah orang lain. Bersamanya isteri dan 2 orang cucu. Cucu mereka anak yatim piatu. Memgikut cerita jiran, tiada siapa yang pedulikan pakcik dan cucu nya ini. Mahu pun imam kampung pun tidak ambil tahu. Jiran sebelah lah tempat bergantung.
Diberi sedikit gulai tiap kali mereka memasak. Itulah sunnah Nabi bila jiran sebelah terbau masakan. Yang menariknya Tengku Muhammad masih menyimpan keris dan pedang peninggalan Sultan Yala.
Keris yang beratus tahun. Bila dibacakan doa keris ini boleh berdiri sendiri.
Rumah yang kedua seorang nenek dan cucunya. Nenek ini berketurunan raja.
Bila kami sampai kami letak beras di atas rumahnya dia menangis. Nenek kata beras di dapur makin habis,yang ada hanya beras hancur dimakan bubuk. Menangis dari kami sampai hingga kami balik.
Doanya panjang kepada yang telah memberi sadaqah. Nenek ini kata dia bersaudara dua pupu kepada Tengku nenek ini yang lupa namanya kerana kami sendiri menahan menangis.
Dia pelihara seorang cucu. Ibu dan bapa cucu nya ini dipenjara. Cucunya selepas 3 hari dilahirkan dipenjara dan dihantar ke rumahnya. Nenek ini menjaga seorang diri. Jikalau lihat keadaan nenek ini memang tidak larat hendak berkerja. Nak menanggung makan minum dirinya dan cucunya. Hanya jiran-jiran tempat bergantung.-SAHIH
Kredit : Koleksi Senjata Warisan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!