SELANGOR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama-sama Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baru Cina 2022.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata OP Selamat 17 akan bermula dari 28 Januari hingga 6 Februari 2022, iaitu 4 hari sebelum dan 4 hari selepas sambutan perayaan.
Operasi tahun ini masih mengekalkan tema yang sama “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.
Terdapat 2 objektif utama yang diberikan fokus iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang lelaki dewasa dan wanita maut dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Tanah Putih, Kuantan, pada jam 11.34 malam, semalam.
Seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta Proton Saga maut akibat kereta itu turut terbakar seratus peratus setelah berlanggar dengan sebuah kereta Proton Iswara.
Kereta Proton Iswara yang dinaiki oleh seorang perempuan dewasa yang tersepit telah meninggal dunia.
Manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta yang sama cedera akibat kemalangan itu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pahang, PKPgB Abdul Rahim Baharom, kemalangan itu melibatkan dua kereta tersebut dan kereta Proton Saga yang terbakar.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian untuk pemadaman dan penyelamat.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan alat khas dan dihantar ke hospital mengguna EMRS Taman Tas dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
18 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan dengan lori
Foto atas: Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
TEMERLOH – Pemandu lori dan bas serta 18 penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
Detik cemas itu berlaku apabila bas ekspres tersebut merempuh belakang sebuah lori dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pahang, PPgB Azhar Jaafar, pihak bomba telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 4.26 petang.
Katanya, dalam, kejadian yang berlaku itu, pemandu lori lelaki selamat manakala 10 lelaki dewasa termasuk pemandu bas dan 8 perempuan dewasa penumpang bas selamat dan semua mangsa tidak tersepit.
“Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu Jentera FRT dan satu Jentera EMRS dengan keanggotaan seorang Pegawai Penyelia bersama tujuh orang anggota.
“Pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam bas. Pihak anggota Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan anggota EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital berdekatan dengan menggunakan Jentera EMRS, sebuah ambulan KKM dan tiga unit ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
111 permohonan untuk Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)
PUTRAJAYA – Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan syarat penyertaan yang lebih ketat, menerima 111 permohonan dalam tempoh dua bulan iaitu dari November tahun lalu.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada 111 permohonan itu, Jabatan Imigresen (JIM) meluluskan seramai 15 pemohon, dengan tiga daripadanya sudah berada di negara ini.
Ia sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa syarat ketat yang dikenakan termasuk pemohon perlu mempunyai simpanan tetap sejumlah 1 juta ringgit hanya akan membuatkan warga asing kurang berminat untuk datang ke Malaysia.
Katanya, baki permohonan yang belum diluluskan adalah disebabkan penghantaran dokumen yang tidak lengkap.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Melancarkan Ruang Eksekutif Pusat MM2H, di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya.
Jelasnya lagi tiada perubahan syarat terhadap 27,285 pemegang pas prinsipal dan 27,725 pas tanggungan program MM2H sedia ada, yang sebelum ini berada bawah Kementerian, Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Beliau yakin program itu akan berjaya dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan bersama MOTAC, Bank Negara Malaysia (BNM) dan ejen pengendali MM2H yang terlibat. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA TINGGI – Dua wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) LEMAS, manakala enam HILANG, selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia, Kota Tinggi, 4:50 pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, 19 mangsa berjaya diselamatkan, terdiri daripada sepuluh wanita dan sembilan lelaki.
Radar Sistem Pengawasan Laut Maritim Malaysia mengesan bot dinaiki 27 PATI warga Indonesia terbabit, menuju ke perairan negara, dari Pulau Bintan, Indonesia, sebelum menggerakkan KD Sri Indera Sakti.
Tekong membawa bot secara agresif dan berbahaya selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, menyebabkan bot terbalik dan karam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Dua orang ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, hari ini.
Mereka ialah Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Malaysia, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Hj Abdul Ghaffar.
Kedua-dua mereka merupakan LANTIKAN BAHARU yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Perak berkuat kuasa mulai 20 Disember 2021 hingga 19 Disember 2024.
Pelantikan dua senator itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang dipilih mewakili negeri-negeri seperti mana Jadual Ketujuh, Perlembagaan Persekutuan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUARA TEBAS: BAYI LELAKI DIPERCAYAI LEMAS DITEMUKAN TERAPUNG
Sarawak : Seorang bayi lelaki meninggal dunia dipercayai lemas selepas ditemui terapung di sungai di Kampung Muara Tebas, petang semalam.
Mangsa yang berusia setahun 8 bulan itu disedari hilang oleh ibunya dari rumah mereka iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian sekitar pukul 6 petang.
Keluarga mangsa kemudian terus mencari mangsa dan menemuinya terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira sejam kemudian.
Dipercayai mangsa terjatuh dari atas jambatan di luar rumah keluarganya dan keadaan air ketika itu sedang pasang.
Ibu bapa mangsa kemudian terus mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak selepas itu dan telah disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kes tersebut.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM – Jangan beri tekanan kepada pengguna lebuh raya isu RFID
KUALA LUMPUR : Mesyuarat kabinet pada Rabu memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID ), Touch n Go (TNG ) atau SMARTTAG untuk bayaran caj tol.
Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , berkata pilihan sama turut diberikan kepada pengguna ketika peralihan pembayaran tunai kepada TNG dan SMARTTAG , sebelum ini.
Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TNG atau SMARTTAG , katanya kepada pemberita.
Perdana Menteri , berkata pilihan sama turut diberikan kepada pengguna ketika peralihan pembayaran tunai kepada TNG dan SMARTTAG , sebelum ini.
Beliau berkata , syarikat konsesi juga seharusnya mengekalkan lorong pembayaran menggunakan TNG dan Smarttag bagi memberi kebebasan memilih kepada pengguna.
Menurutnya lagi jika 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TNG dan SMARTTAG . Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya
Ismail sabri berkata, Kementerian Kerja Raya akan memanggil syarikat terbabit untuk berbincang dan dimaklumkan mengenai keputusan jemaah menteri itu selain keputusan membabitkan bayaran perlu dirujuk kepada kabinet.
Pelaksanaan RFID yang dimulakan secara berperingkat di lebuh raya utara selatan (plus) pada 15 januari lalu, mengundang kemarahan pengguna lebuh raya terbabit apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan teruk di tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putra kerana kegagalan sistem berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SINTOK – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu, mulai Isnin lalu.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar menerusi kenyataannya memaklumkan sebagai universiti berfokus pengurusan yang cemerlang, pihaknya percaya dengan segala pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti Prof. Dr. Haim Hilman untuk menggalas tanggungjawab diberikan.
Beliau berkata kementerian juga percaya Haim Hilman mampu meneruskan kesinambungan UUM sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara.
Prof. Dr. Haim Hilman, 49 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau ialah pensyarah pengurusan strategik dan seorang penyelidik, penulis dan perunding aktif dalam bidang pengurusan strategik, strategi kompetitif, kepimpinan, dan keusahawanan.
Sehingga kini, beliau telah menerbitkan kira-kira 30 penulisan akademik dalam jurnal dan sekitar 100 artikel, selain menulis 4 buah buku akademik dalam bidang pengurusan dan pengurusan strategik
Salah satu buku beliau menjadi buku teks untuk program ijazah perniagaan sarjana muda dan siswazah di universiti dan digunakan sebagai salah satu rujukan utama di beberapa universiti.
Beliau juga terlibat secara aktif dalam projek perundingan untuk sektor awam dan swasta dan bertanggungjawab untuk menjaga keseluruhan pengurusan kualiti universiti (MS ISO 9001: 2008), jaminan kualiti akademik, dan agenda penarafan dunia.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RUMAH ANAK YATIM, NGO DI PENDANG TERIMA SUMBANGAN RM155,000.00
Foto atas : Datuk Awang Hashim (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pengurusan Rayas.
PENDANG – Prihatin dengan keperluan semasa dan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, RM155,000 telah disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Amal Solehah (RAYAS), Pendang dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Pendang.
Bantuan kewangan khas tersebut disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.
Datuk Awang berharap, sumbangan ini dapat membantu RAYAS dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tersebut dalam menganjurkan program yang dapat membangunkan modal insan yang terbaik kepada masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Rumah Anak Yatim Amal Solehah (RAYAS) di Pendang.
Datuk Awang turut mengingatkan anak-anak yatim di rumah berkenaan supaya tidak menjadikan situasi yang dilalui ketika ini sebagai penghalang untuk berjaya.
Sebaliknya, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh agar dapat melakar masa depan yang lebih cerah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!