PEKAN – Pemandu Perodua Viva tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam satu kemalangan jalan raya yang turut melibatkan pacuan empat roda di Kampung Tebat, Chini, dekat sini, pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.
Komander Operasi, PBK II, Zulkarnain Awang, melaporkan seorang lelaki dewasa tersepit di dalam Perodua Viva dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)
“Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Chini telah mengeluarkan mayat lelaki yang tersepit menggunakan peralatan khas dan dua lelaki dewasa cedera yang menaiki pacuan empat roda dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tidakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPKT wujud War Room atasi masalah lewat bina rumah
MARAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) mewujudkan ‘War Room’ Perumahan atau pelan mitigasi sebagai cara mengatasi isu-isu kelewatan projek perumahan di negara ini..
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib berkata, pendekatan ini membabitkan semua projek perumahan di bawah seliaan KPKT seperti PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) termasuk pemaju swasta.
Katanya, pelan ‘war room’ atau mitigasi ini merupakan proses berfokus bagi menyelesaikan sebarang isu kelewatan projek dapat diselesaikan dengan tangkas, cepat dan terbaik
“Kita tidak menafikan memang ada projek yang lewat di dalam kementerian ini, bahkan kementerian baru-baru ini telah menubuhkan war room untuk melihat bagaimana dan apakah masalah yang dihadapi oleh projek projek lewat ini bukan saja di Prima ,malah di SPNB dan juga jabatan perumahan negara.
“Menerusi pelan mitigasi ini, pihak KPKT akan memantau secara rapat kemajuan projek melalui pemerhatian khusus, laporan mingguan dan terakhir surat amaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ` Back to School` peringkat Parlimen Maran membabitkan 4,652 pelajar dari Dewan Undangan Negeri ( DUN) Luit, DUN Chenor dan DUN Kuala Sentul dari keluarga B40 di Dewan Arena Tengku Muda ,di Maran Pahang.
Katanya, kelewatan projek rumah Prima ini masalah utama yang telah dikenalpasti ialah kekangan kewangan yang dialami pada tahun 2017-2019 yang menyebabkan kelewatan dalam pembayaran.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akbar bertarikh 15 Februari di muka hadapan yang bertajuk 21 projek PR1MA `sakit’, pembeli tunggu 5 tahun dalam berkenaan.
“Sekiranya kontraktor asal gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian, pihak KPKT akan mencari kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek demi rakyat.
“Bagaimanapun, Pelan Rasionalisasi Projek Prima telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan sehingga kini PRIMA tidak lagi lewat untuk melunaskan bayaran kepada kontraktor,” katanya.
Dalam pada itu beliau mengakui bahawa pandemik Covid-19 antara faktor utama menyebabkan tapak binaan ditutup dan bekalan bahan binaan terganggu dalam tempoh yang panjang.
Jelasnya, berdasarkan rekod KPKT sehingga kini sebanyak 6,685 pembeli rumah dalam pembinaan telah mula membuat pembayaran kepada pihak bank.
Bagi peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pula, pembeli hanya akan memulakan pembayaran ansuran selepas dua tahun bagi rumah landed dan tiga tahun rumah strata dari tarikh perjanjian. Sehingga kini membabitkan 1,133 pembeli.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mengenang 100 tahun tarikh kelahiran Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Ketiga.
Perasmian Program Bicara Negarawan: Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri.
Program yang dianjurkan Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) ini bertujuan menyuburkan ingatan rakyat malaysia terhadap sumbangan dan jasa bakti tokoh terdahulu.
Ketokohan pemimpin terdahulu menjadi rujukan dan tauladan dalam memperbaiki diri terutama dalam merangka strategi dan halatuju yang berkesan dan berimpak tinggi kepada negara.
Ia sekaligus meningkatkan patriotisme dan jati diri warga Keluarga Malaysia.
Tokoh pembicara pada Forum ini ialah Tan Sri Datuk Sri Utama Shahrir Abdul Samad selaku bekas Setiausaha Politik kepada Tun Hussein Onn dan Moderator ialah Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Penganjuran program ini sejajar dengan sasaran MOTAC, dalam memastikan matlamat kedua Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) iaitu mengukuhkan perpaduan, keperibadian serta jati diri rakyat dan identiti nasional dapat dilaksanakan dengan jayanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Malaysia mengambil langkah berhati-hati untuk mengistiharkan fasa endemik di negara ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pihaknya sedang memantau perkembangan negara lain seperti Sweden dan Denmark yang dirasakan terlalu awal mengisytiharkan COVID-19 bukanlah ancaman kesihatan di negara itu.
Mengulas mengenai peningkatan kes harian COVID-19 yang melebihi 20 ribu kes hari ini, Khairy berkata, pihaknya tidak panik dengan angka itu berdasarkan tahap keseriusan jangkitan.
Tambahnya, ia berbeza dengan kes yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan, Pilihanraya Umum Dewan Negeri Johor tidak akan ditunda, walaupun terdapat peningkatan kes harian Covid-19.
Satu-satunya kaedah yang dapat menunda daripada PRU Dewan Negeri itu dijalankan adalah menerusi pengisytiharan darurat.
Menurutnya, PRU Dewan Negeri Johor perlu dijalankan selepas pembubaran dewan negeri dan pengumuman tarikh penamaan calon, mengundi awal dan hari mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, SPR.
Beliau sekali lagi memberi jaminan, tidak akan ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di seluruh negara seperti sebelum ini dan hanya PKPD bersasar sahaja di lokaliti berlaku peningkatan kes.
Datuk Seri Ismail mengulas gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan mengenai penundaan PRU Dewan Negeri Johor disebabkan pertambahan kes Covid-19 ketika ini.
Beliau ditemui dalam satu majlis bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Ledang di Tangkak, Johor.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bomba Alor Setar berjaya pujuk cubaan gantung diri
ALOR SETAR : Pujukan hampir sejam pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Alor Setar,Kedah berjaya menyelamatkan cubaan seorang lelaki mengantung diri dengan mengikat tali pada wayar elekrik atas bumbung rumah
Pegawai Operasi Balai Bomba Dan penyelamat berkenaan Pegawai Bomba Kanan II Mohd Arizal Mahmud berkata lelaki warga Thailand itu dilaporkan cuba bertindak demikian dalam kejadian kira kira pukul 7.47 malam tadi di Kampung Hulu Alor Setar.
Mohd Arizal menerusi kenyataan berkata Pusat Gerakan Operasi PGO sebaik menerima panggilan kecemasan digerakkan ke lokasi .
Setibanya di lokasi kelihatan seorang mangsa dipercayai hendak membunuh diri di atas bumbung rumah teres setingkat itu dengan mengikat tali pada wayar di tiang elektrik.
Mangsa yang berjaya dilengahkan untuk meneruskan tindakannya walaupun pada mulanya enggan turun namun akhirnya turun ke bawah sebaik ketibaan polis di lokasi.
Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Butterworth : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima helikopter Leonardo AW 139 untuk kegunaan baharu bagi menggantikan pesawat Nuri yang telah tamat operasinya pada Ogos 2019.
Pesawat baharu itu diterima menerusi kaedah kontrak sewaan yang dikenali sebagai Government Operate, Company Own Maintain (GOCOM) daripada pihak Westar Aviation Services Sdn Bhd.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini tiga helikopter sudah pun diterima, manakala sebuah lagi dijangka diterima pada Mei depan.
Perolehan Helikopter AW 139 secara sewaan ini selari dengan perancangan di bawah Pelan Tindakan 2022 iaitu untuk meningkatkan lagi kesiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semua kos menyelenggara pesawat berada di bawah tanggungjawab syarikat yang menyewakan helikopter tersebut mengikut konsep GOCOM. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rootstalk kembali bersemangat di Suntone Reggaefest
Band Rootstalk yang berpecah sekitar tahun 2010 dengan genre reggae moden kembali aktif dengan barisan pemuzik baharu untuk Reggae Fest project di bawah kendalian Jahvalion.
Apiq seorang pemain gitar yang pengasas band yang berasal dari Temerloh , Pahang telah mula bergerak di beberapa gig di sekitar ibu kota sebelum ini.
Apiq sebaliknya tidak putus semangat dan pada 2011, mengekalkan “line-up” lama sehingga sekarang ialah Apiq Sulaiman (penyanyi), Ery Haidar (penyanyi), Johan Othman (dram), Wan Mohd Fadhli (gitar utama), Amir Rashid (bass), NorAzizi EG (perkusi), Azrul ‘Kurt’ Anuar (keyboard) dan Fitri Rosley (gitar kedua).
“Antara pentas besar yang pernah kami adakan persembahan ialah KL Reggae Fest pada 2011, Asian Reggae Fest (2012), Skanking Fest Prelude (2016), Rimba Reggae Fest (2017) serta aktif dengan gig di tanah air antara 2011 hingga tahun lalu.
“Pada 2017, Rootstalk muncul dengan EP pertama berjudul Memoirasta yang memuatkan lima lagu iaitu Oh Hati, Memoirasta, Enough, Cicee dan Mr Arjuna,” katanya.
Baru-baru ini, Rootstalk terbabit menjayakan Suntone Reggaefest yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak.
“Alhamdulillah penganjuran itu berjaya mencapai matlamat. Persembahan kali ini adalah pentas apresiasi Rootstalk terhadap band reggae tempatan yang lain beserta sambutan ulang tahun ke-10 kami dalam ‘scene’ reggae.
“Kami turut menjemput beberapa rakan dari band lain untuk turut serta dengan Rootstalk di Suntone Reggaefest, “katanya
Katanya antaranya Dodd (penyanyi Skudap Skudip), Along (Rasta Syndicate), Apek (Sharp Shooter) dan Bob (Akar Kayu)
“Selain itu, band lain yang turut serta ialah Republic of Brickfields, Rosewood, Coca d Monday, The Island, Highbiscus, Buzzkill, The Ghetto, Banyak Bunyik Republik dan JAHVALION,” katanya.
Rootstalk boleh dihubungi di beberapa platform media sosial seperti Instagram (@roostalkband), Facebook (The Rootstalk) dan YouTube (The Rootstalk).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pekerja sektor pembuatan harus mengambil Dos penggalak
SELANGOR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memastikan kadar pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 dipertingkat dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan, langkah itu bagi mengelakkan rantaian bekalan terjejas berikutan keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak industri bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak dalam sektor berkenaan sekaligus memastikan tiada lagi penutupan sektor ekonomi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!