BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, dekat sini, sebentar tadi.
Dia ditemani pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Amizar diapit Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Lokasi penyokong BN§berhimpun kira-kira 500 meter dari Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, yang menjadi pusat penamaan calon.
Ia menjadi hentian atau ‘pit stop’ buat penyokong BN termasuk beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum berarak ke pusat berkenaan.
Penyokong Perikatan Nasional (PN) pula kelihatan tenang dan dihadiri lebih 1,000 orang.
Difahamkan kedua-dua penyokong hadir seawal jam 6.30 pagi untuk berarak menyokong calon parti masing-masing.
Sementara itu, calon BEBAS, Haslihelmy DM Zulhasli tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul kira-kira jam 9.05 pagi.
Beliau adalah bekas ahli UMNO Kampung Sum-Sum, dekat Janda Baik, Bentong. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG, 19 Ogos- Jenazah mangsa penunggang ehailing nahas pesawat Muhamad Hafiz Muhamad Saleh akan dihantar ke kampung halamannya di Kampung Sidam Sungai Petani hari ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Waris keluarga juga kelihatan berkumpul di hadapan Jabatan Forensik bersama van jenazah.
Waris mangsa diwakili oleh ayah dan abang mangsa dengan kerjasama Jabatan Agama Islam, JAKIM.
Allahyarham yang berusia 32 tahun juga dijangka akan dikebumikan di kampung asalnya, iaitu di Kedah.
Tambah Datuk Hussein lagi, bedah siasat telah selesai dan persampelan DNA telah dihantar ke Jabatan Kimia.
Sehingga kini 8 cap jari telah dikenalpasti untuk proses pengecaman – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO JERANTUT bantu calon UMNO Terengganu menang PRN 12 Ogos
JERANTUT: UMNO Bahagian Jerantut menjadi barisan penggempur jentera kempen Barisan Nasional ( BN) Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut Razak Daud berkata, seramai 20 orang membabitkan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO telah diberi tanggungjawab membantu jentera kempen di tiga Kawasan yang berpotensi menang.
Menurutnya, tiga Kawasan itu ialah Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telemong dengan calon BN Datuk Rozi Mamat, DUN Ajil ( Datuk Seri Jailani Johari dan DUN Kuala Berang menampilkan calon Cikgu Jalaludin Ismail.
“ Ketua UMNO Bahagian Jerantut diketuai Haris Salleh Hamzah akan menjalankan kempen mesra rakyat dengan menampilkan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional memerintah negara dan negeri.
Rakyat ( pengundi ) sudah bijak memilih dan membuat penilaian kerajaan mana yang paling ke hadapan membela rakyat dalam ekonomi, Pendidikan dan sosial, katanya kepada SAHIH hari ini.
Razak yang juga Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka yakin pengundi Terengganu khususnya di Telemong, Ajil dan Kuala Berang memilih calon BN yang lebih dipercayai membela nasib rakyat.
Tambah beliau, hulubalang Jerantut ini sudah berada di Terengganu sejak 28 Julai lagi dan akan berada di bumi Tokku Paloh itu selama 14 hari.
"Lebih eronis bumi Jerantut dan Ulu Terengganu ibarat sirih pulang ke gagang kerana hubungannya sudah bermula sejak abad ke 19 lagi melalui Pahlawan Pahang Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain, katanya.
Razak berkata, UMNO Pahang termasuk dari Jerantut akan memberi sokongan dan bantuan padu kepada BN dan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Said.
Beliau berkata , jentera pilihan raya UMNO Pahang dan BN negeri Terengganu sudah berada pada kesediaan 100 peratus selepas penamaan calon pada 29 Julai lepas. -ends
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik usaha Pemasyhuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Bukit Rengit, di Lanchang. Dekat sini, hari ini.
Baginda bertitah, usaha itu merupakan satu anjakan paradigma yang positif terhadap memelihara alam sekitar dan hidupan liar di Negeri Pahang.
“Sepanjang saya sebagai Tengku Mahkota 45 tahun tidak ada lagi usaha untuk merizabkan sesuatu kawasan yang besar atas nama seorang sultan atau tengku mahkota terhadap memelihara alam sekitar.
“Masa dahulu selalu namakan atas nama saya ialah air terjun, itu saja yang saya ingat dalam hutan dan ini satu kawasan yang luas 134,000 hektar di Gunung Ais dan juga di sini kawasan rizab dan diharapkan kawasan dicadangankan ini diwartakan dan diselenggarakan dengan sebaik yang mungkin,” tittah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli pada Majlis Pemasyhuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Bukit Rengit, Lanchang.Pahang, hari ini.
“Agenda ini akan diteruskan dan kita semua harus memberi sokongan dan dokongan khususnya pihak kerajaan, pihak kerajaan persekutuan dan NGO yang berminat untuk memberi perlindungan kepada harimau atau pun hidupan liar ini.
“Pihak kerajaan dapat melaksanakan satu usaha yang baik dalam melaksanakan dan meningkatkan pendekatan-pendekatan berkonsepkan ‘sustainable development approach’ atau pun pendekatan pembangunan mampan bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi juga bagi jangka masa Panjang,” titah baginda.
Baginda turut menitahkan agar Kerajaan Pahang dapat menghutankan dan menghijaukan lebih banyak kawasan daripada jumlah sedia ada sebanyak 57 peratus kawasan hutan yang belum disentuh di negeri ini.
Baginda juga mencadangkan agar Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat membuat perancangan jangka panjang melibatkan kawasan takungan air.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Malaysia menawarkan hidangan lazat ikan buntal Jepun tradisional dan meningkatkan populariti negara ini dalam kalangan pelancong dan peminat makanan dengan pemahaman mendalamnya tentang budaya dan dan kepelbagaian makanan asing.
Di seluruh dunia mengakui ikan buntal ini sebagai hidangan mewah, jadi terdapat juga manfaat ekonomi bagi restoran-restoran mewah.
Jika dibandingkan dengan ikan lain, ikan buntal mengandungi banyak asid amino dan kolagen, tetapi rendah kandungan lemak dan berotot, dengan mempunyai tekstur yang kukuh dan rasa yang segar walaupun digoreng dalam minyak.
Ciri-ciri ini menjadikannya bahan yang ideal dalam masakan Melayu dan Cina yang mewah serta restoran Jepun,” katanya.
Kebanyakan kes keracunan makanan ikan buntal di Jepun disebabkan oleh individu yang memasak fugu yang ditangkap sendiri, oleh itu, Kerajaan Pusat Jepun dan kerajaan tempatan telah melancarkan kempen pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai larangan memasak ikan buntal secara amatur.
Walaupun kita tidak mempunyai jumlah sebenar ikan buntal yang diimport dari Jepun ke Malaysia, jumlahnya dianggarkan seberat kira-kira satu tan setahun.
Kemampuan Malaysia untuk menawarkan hidangan lazat ikan buntal Jepun yang tradisional akan meningkatkan populariti negara ini dalam kalangan pelancong dan peminat makanan dengan pemahaman mendalamnya tentang budaya dan dan kepelbagaian makanan asing.
Orang kaya di seluruh dunia mengakui ikan buntal sebagai hidangan mewah, jadi terdapat juga manfaat ekonomi bagi restoran-restoran mewah, katanya.
Jika dibandingkan dengan ikan lain, ikan buntal mengandungi banyak asid amino dan kolagen, tetapi rendah kandungan lemak dan berotot, dengan mempunyai tekstur yang kukuh dan rasa yang segar walaupun digoreng dalam minyak.
“Ciri-ciri ini menjadikannya bahan yang ideal dalam masakan Melayu dan Cina yang mewah serta restoran Jepun di Malaysia. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru dalam perjalanan ke sekolah maut dalam kemalangan di KM2, Jalan Temerloh-Jerantut
TEMERLOH : Seorang guru lelaki yang dalam perjalanan ke sekolahnya maut dalam kemalangan jalan raya di KM 2, Jalan Temerloh – Mentakab dekat sini pada jam 6.40 pagi ini.
Guru tersebut yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Jerantut , Ganasan A/L Ramasami berusia 44 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Viva ke sekolah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini telah dilanggar sebuah lori balak dalam kemalangan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Roslee Omar berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Viva dari arah Mentakab menghala ke Jerantut dan apabila tiba di tempat kejadian , sebuah lori yang telah keluar dari simpang Taman Sri Semantan telah melanggar kereta tersebut yang sedang bergerak lurus.
“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu yang beralamat di Taman Saga Damai , Mentakab , maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pemandu lori berusia 58 tahun beralamat di Pekan, Pahang tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat dibawah Sek.41(1) APJ 1987,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dengan dua buah jentera berkejar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
“Setiba di tempat kejadian, Pegawai Operasi BBP Temerloh, Khairul Azzahar Karim mengesahkan kemalangan tersebut membabitkan dua buah kenderaan, iaitu lori balak tanpa muatan dan sebuah kereta jenis Perodua Viva. Anggota bomba mengeluarkan pemandu kereta itu yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembayaran Tol guna Debit Kad mudahkan pengguna lebuhraya
KUALA LUMPUR: Mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran yang dimonopoli oleh Touch N Go sahaja seperti sekarang.
Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad bercakap ketika menjawab persoalan yang dikemukakan dalam sesi Soal Jawab Lisan di Parlimen hari ini.
“Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui plaza tol.”
“Penggunaan akan diperluas kepada debit kad dan kredit kad dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya.”
“Kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah meminta agar syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan laluan dapat dipertingkatkan.”
Beliau juga turut menyarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki e-Wallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol.
“Kita juga memerlukan kerjasama daripada semua kerana mengikut rekod salah satu punca kesesakan di plaza tol adalah kerana ada pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi semasa melalui plaza tol”
“Pihak KKR sentiasa menambahbaik semua sistem dari masa ke semasa, sebab itu kita dapat melihat banyak peningkatan dalam sistem kutipan tol”
“Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF) pada tahun 2025, pihak Kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tuntut pelan asal CSR melalui Simpang Pelangai di teruskan
BENTONG: Kerajaan Pahang menuntut pelan asal pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai, Kelantan melalui Simpang Pelangai Pahang dimasukkan semula dalam pembentangan Bajet 2024.
Exco Pahang Datuk Seri Johari Harun berkata, rancangan asal CSR yang menuju ke Simpang Pelangai, Bentong bagi memudahkan perjalanan ke selatan tanah air melalui Kuala Pilah Negeri Sembilan tanpa memasuki Kuala Lumpur.
Katanya,,saya agak kecewa peruntukan bagi pelaksanaannya fasa 6 sejauh 47 kilometer ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan hanya terhenti di Sertik, Bentong.
` Pengarah Jabatan Kerja Raya ( JKR) yang saya ditemui sebaik sahaja saya dilantik exco telah mengesahkan fasa e-6 CSR ke Simpang Pelangai tidak termasuk dalam pakej projek yang rancak dilaksanakan sekarang. Ini bukan soal politik kerana kita mahu mewujudkan jaringan perhubungan jalan raya yang baik untuk kemudahan semua rakyat sekali gus pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di Simpang Pelangai dan jajarannya..
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Dewan Felda Kemasul, hari ini.
Untuk rekod CSR yang menghubungkan bandar Kuala Krai, Kelantan dengan bandar Kuala Pilah di Negeri Sembilan tanpa tol sejauh 325 kilometer membabitkan enam fasa pembinaan dengan kos lebih RM7.3 bilion. Fasa 1 hingga fasa lima dijangka siap awal 2026.
Johari berkata, pembinaan lebuh raya itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial Simpang Pelangai. Malah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong apabila pengguna boleh menyusur simpang Sungai Dua Lebuhraya Pantai Timur 1 ( LPT-1) pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.
Beliau berkata, pembinaan jalan ini juga memudahkan mereka dari Kelantan dan Terengganu kerana CSR Simpang Pelangai memendekkan perjalanan ke destinasi di selatan seperti ke Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai berharap jaminan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bahawa bajet CSR Simpang Pelangai di masukkan dalam pembentangan Bajet 2024 Oktober ini menjadi kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, perbincangan telah dijalankan dengan sebuah bank perdagangan Agrobank bagi mewujudkan sebuah cawangan di Simpang Pelangai. Buat permulaan sebuah mesin pengeluaran automatik ( ATM) dibuka di sini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut, 2 cedera, Produa Axia bertembung Proton Saga di Mengkarak
Bera : Seorang lelaki dewasa meninggal dunia, manakala seorang wanita dan seorang bayi lelaki berusia dua tahun cedera dalam kemalangan melibatkan pertembungan dua kereta di Jalan Mengkarak, Kampung Durian Tawar, dekat sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komander operasi, Azizan Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang telah melaporkan, kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Axia dari arah Triang ke Temerloh bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah Temerloh dalam kejadian pada pukul 2.27 petang hari ini.
““Seorang mangsa lelaki merupakan pemandu kereta Proton Saga tersepit dan sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Turut mengelami kecederaan ringan seorang wanita dan bayi berusia tahun di dala kereta Perodua dan mangsa telah dihantar ke hospital oleh ambulans KKM sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari hari ini.
Ujarnya, seramai enam orang anggota bomba BBP Triang telah melakukan penugasan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat khas penyelamatan.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah memberi jaminan menyumbang susu berformula khas selama setahun kepada kanak-kanak Orang Kelainan Upaya Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan,6, dari Felda Kota Gelanggi 2.
Pengerusinya Razak Daud berkata, komitmen itu berikutan kanak-kanak berkenaan memerlukan susu khas sebagai rangsangan untuk memulihkan urat saraf yang rosak akibat kemalangan jalan raya.
Menurutnya, Ainul Mardhiah dikategorikan sebagai orang OKU kerana mengalami gangguan saraf, kelemahan pergerakan dan kecacatan bahagian mata akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Ainul Mardhiah anak kedua daripada empat beradik pasangan Nurul Ridzuan dan Nur Ashikin Omar, 36, memerlukan perhatian dan sokongan berterusan masyarakat berikutan keluarganya tidak mampu
Bapa kanak-kanak itu Nurul Ridzuan Ab. Rahman, 35, pula ditahan pihak berberkuasa sebulan lalu akibat kesalahan dadah manakala ibunya Nur Ashikin tidak bekerja,` katanya.
Razak berkata demikian kepada media selepas menyampaikan barangan keperluas asas seperti susu berformula, pampers, baju raya dan wang tunai RM500 di kediamannya di Felda Kota Gelanggi 2 hari ini.
Utusan Malaysia baharu-baharu ini menyiarkan penderitaan dan dilemma ibu empat anak hilang tiada punca pendapatan berikutan tunggak keluarga ditahan pihak berkuasa akibat kesalahan dadah.
Ibu kanak-kanak berkenaan Nur Ashikin Omar berserta empat anak berusia setahun hingga 10 tahun tinggal di se buah rumah yang belum siap kawasan ladang sawit berdekatan jalan raya Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut.
Razak yang juga Pengerusi Biro Sosial dan Kemasyarakatan Gabungan Wilayah Jengka berkata,bantuan sosial seperti ini menjadi agenda utama adan Masjid Felda Wilayah Jengka.
Kesulitan Nur Ashikin Omar, 36, bertambah parah apabila suami tiada di sisi bagi menanggung perbelanjaan anak-anak membeli pakaian raya seperti kanak-kanak yang lain.
Pengerui Gerakan Persatuan Wanita ( GPW} Wilayah Jengka, Zariah Harun berkata, pihak GPW akan terus memantau perkembangan keluarga ini supaya mendapat bantuan berterusan.
Menurutnya, GPW Wilayah Jengka turut terpanggil memberi sumbangan tilam toto, kuih raya dan wang tunai kepada keluarga ini yang baharu sebulan menetap di Felda Kota Gelanggi dari Kedah.
Sementara itu Nur Ashikin sangat bersyukur mendapat bantuan barangan dapur dan tunai dari-pada pelbagai pihak seperti dari Gabungan Gabungan Masjid Wilayah Jengka, UMNO Bahagian Jerantut dan GPW Jengka,
` Saya sangat menghargai sumbangan dari orang ramai kerana zero pendapatan setelah suami sebagai tunggak keluarga ditahan pihak berkuasa terlibat dengan Najis dadah,’ katanya.
Katanya, dia juga perlu menyediakan perbelanjaan bulanan RM1,300 untuk membeli barang dapur, susu dan lampin pakai buang bagi digunakan oleh anaknya yang berusia setahun, dua tahun termasuk rawatan anak OKU yang kini semakin merosot kesihatannya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Nur Ashikin menerusi talian 0132034639 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank bernombor 152116524825.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!